Anwar Sebagai Pm Bukan Gagal Cuma Belum Lagi Anwar Ibrahim



PETALING JAYA: “Bukan gagal jadi Perdana Menteri (PM), cuma belum lagi…” Itu kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perihal kegagalan beliau berulang kali menjadi PM.
Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu cukup yakin harapan untuk menjadi pemimpin nombor satu negara masih ada.
Malah Presiden PKR itu menegaskan beliau masih calon PM bagi Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, kata Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson, terdapat segelintir pihak kurang senang dengan usaha beliau, terutama golongan elit kaya yang digelarnya sebagai ‘tokoh yang berbilion-bilion’.
Bagaimanapun, kata beliau, perkara itu tidak menjadi masalah kerana keutamaannya hanya untuk menjaga kebajikan rakyat.
“Bukan gagal (jadi PM), cuma belum lagi. Saya harus terima kenyataan bahawa saya masih jadi calon PM bagi PH, dan insya-Allah kalau boleh diberikan sokongan oleh rakyat, saya akan teruskan untuk menjaga kepentingan terutamanya rakyat bawahan.
“Saya tahu yang kaya-raya ada duit berbilion-bilion itu memang tak berapa setujulah. Tokoh yang bilion-bilion ini, dia memang takut dengan saya. Saya ingat rakyat lebih faham dan lebih selesa,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia di kediamannya Rabu lalu.
Ditanya tentang faktor usia beliau yang kini sudah 74 tahun dan sekiranya gagal lagi pada PRU-15 waktunya dilihat semakin singkat, Anwar berkata, beliau memang memikirkan dalam tempoh usia tertentu hasrat menjadi PM jika terus tidak kesampaian ia akan dilepaskan kepada generasi baharu.

“Janganlah sampai 95 tahun pun hendak jadi PM,” katanya tertawa.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa kerjasama PKR dengan UMNO seperti yang heboh baru-baru ini, tiada kaitan dengan usahanya untuk menjadi PM, sebaliknya ia adalah usaha bersama dua parti kawan-lawan itu tidak lebih daripada sekadar untuk menyelamatkan negara.
Katanya, matlamat kerjasama itu adalah untuk membentuk kerajaan baharu yang mana dasar ekonominya mengutamakan rakyat jelata, selain menyelamatkan negara daripada kebobrokan yang ada sekarang.
“Kita memberikan ruang dan kita lihat beberapa kenyataan pimpinan UMNO agak lebih tegas dalam hal menyelamatkan ekonomi negara dan menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tak sah ini.
“Pada masa sama dasar ekonomi yang seharusnya pro rakyat, itu harus diketengahkan, itu semua nampak selari (antara dua parti ini),” katanya.
Tanpa menyebut nama, Anwar berkata, beberapa pertemuan dengan pimpinan UMNO telah dibuat dan hasilnya positif.
Hal ini, katanya, susulan persefahaman antara kedua-dua parti yang berjaya dibentuk, malah beliau meyakini idealisme dibawa UMNO.
“Perbincangan ada, perbincangan yang tak rasmi dengan pimpinan parti, dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (UMNO), dan mereka lebih faham kita.
“Maka kalau kemungkinan kerjasama kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP, dan kini dengan UMNO yang sehaluan ini, kalau mereka (UMNO) terima landasan ini, ia landasan berteraskan idealisme.
“Saya berpuluh tahun dengan UMNO sebab apa? Sebab saya yakin dengan idealisme itu. Jadi kalau idealisme itu dijadikan landasan, maka saya tak fikir ada masalah,” katanya
The post Anwar Sebagai PM, Bukan Gagal Cuma Belum Lagi – Anwar Ibrahim appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/15/anwar-sebagai-pm-bukan-gagal-cuma-belum-lagi-anwar-ibrahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung Kes Liwat Anwar Ibrahim

Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung Kes Liwat Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Seorang hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman pemula ketua pembangkang itu berkaitan sabitan dalam kes liwat II Datuk Se...
Sijil Lahir Pkr Tertulis Pkr Bin Anwar Ibrahim

Sijil Lahir Pkr Tertulis Pkr Bin Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 278 hits
Keputusan tiga Ahli Parlimen meninggalkan PKR didakwa didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap kepimpinan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim Ia selepas Anwar didakwa membawa amalan politik pecah belah nepotisme dan kronisme hingga...
Umno Tidak Sebulat Suara Sokong Anwar Punca Ph Gagal Rampas Putrajaya Kata Khalid

Umno Tidak Sebulat Suara Sokong Anwar Punca Ph Gagal Rampas Putrajaya Kata Khalid

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 331 hits
Adam Abu BakarSHAH ALAM Tindakan pemimpin Umno yang tidak sebulat suara dalam menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan hasrat Pakatan Harapan menawan Putrajaya kembali sepertimana diumumkan presiden PKR sebelum ...
Anwar Ibrahim Kenyataan Media Pengerusi Pakatan Harapan Ketua Pembangkang

Anwar Ibrahim Kenyataan Media Pengerusi Pakatan Harapan Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 303 hits
KENYATAAN MEDIA 4 Mac 2021 1 Ahli ahli Dewan Rakyat Pakatan Harapan menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 24 Februari 2021 di mana Yang di Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat b...
Anwar Ibrahim Dan Pakatan Harapan Sudah Sesat

Anwar Ibrahim Dan Pakatan Harapan Sudah Sesat

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 331 hits
Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan sudah sesat jalan Perjuangan mereka bukanlah lagi untuk negara dan rakyat tetapi hanyalah untuk memenuhi kepentingan peribadi mereka Apa sudah jadi kepada Deklarasi Rakyat pada tahun 2008 Agenda Reformasi p...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Buggy Kenderaan Elektrik

Solar Time Moves Forward Celebrating 44 Years Of Heritage Innovation In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

The Sunday Currently Still Here

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Soalan Ujian Psikometrik Pembangunan Masyarakat S5 S9 Terkini

Naik Taraf Dataran Kejat Mukim Lata Rek

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 158