Pm Umum Pakej Permai Rm15 Bilion Lindungi Ekonomi Dan Rakyat Ketika Musim Covid 19


 


KUALA LUMPUR  -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19.
Muhyiddin berkata pakej bantuan PERMAI yang memperuntukkan sejumlah RM15 bilion, antara lain mempunyai 22 inisiatif bermatlamat untuk memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
“Kerajaan telah berkali-kali membuktikan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi,” katanya dalam pengumuman khas pakej bantuan PERMAI yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial.
Muhyiddin berkata di bawah matlamat memerangi wabak COVID-19, kerajaan telah menyediakan dana tambahan sebanyak RM1 bilion merangkumi hampir RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara serta agensi lain.
Perdana menteri berkata penyediaan peruntukan itu menumpukan kepada bekalan, antaranya tambahan reagen dan kit saringan serta peralatan perlindungan diri (PPE) terutamanya kepada petugas kesihatan.
Di bawah matlamat ini juga, beliau berkata perancangan program vaksinasi negara adalah ‘on-track’ dengan kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin dan bekalan vaksin pertama dijangka diterima negara pada penghujung Februari.
“Melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang telah ditubuhkan, kerajaan akan memastikan ketelusan perolehan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan akan diberi perhatian utama melibatkan dana sebanyak RM3 bilion untuk tujuan ini,” katanya.
Muhyiddin menegaskan garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu menerima vaksin akan dihebahkan dan program vaksinasi tersebut dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.
“Ini bermakna, kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal Mac dan dapat meliputi lebih 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama 2022,” kata perdana menteri. 
Muhyiddin berkata bagi inisiatif Mengukuhkan Sistem Kesihatan Negara, kerajaan akan menambah lebih 3,500 anggota kesihatan yang akan mula bertugas pada hujung bulan ini, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta.
“Ini terdiri daripada penolong pegawai perubatan, paramedik, juruteknologi makmal dan jururawat.
“Saya memberi jaminan sekiranya terdapat keperluan akan datang dan bagi menggerakkan program imunisasi kelak, kerajaan bersedia menambah pengambilan baharu,” katanya.
Perdana menteri berkata seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021, pemberian ‘one-off’ atau sekali sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain akan mula dibayar dalam suku tahun pertama tahun ini.
Sementara bayaran bulanan sedia ada yang diterima sebanyak RM600 oleh petugas barisan hadapan kesihatan dan RM200 oleh petugas barisan hadapan yang lain akan tetap diteruskan sehingga wabak COVID-19 berakhir, kata Muhyiddin.
Selain itu, Muhyiddin berkata hospital swasta telah bersetuju untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam dan kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan tersebut.
Beliau berkata bagi inisiatif memperkukuh saringan kesihatan pekerja, kos saringan COVID-19 akan ditanggung sepenuhnya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di zon-zon merah, selain pelepasan cukai bagi bayaran ujian pengesanan COVID-19 untuk menyokong lebih banyak individu membuat ujian saringan dan pengesanan virus itu secara persendirian.
Bagi aspek bayaran Bantuan Prihatin Rakyat, Muhyiddin berkata bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan dipercepatkan mulai 21 Jan melibatkan 11.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM2.38 bilion.
Sementara di bawah inisiatif memperkukuh program kebajikan, perdana menteri berkata kerajaan telah meningkatkan kadar bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkuat kuasa bulan ini, manakala Program Bakul Makanan akan segera dilaksanakan selain potongan cukai kepada penyumbang bantuan kebajikan.
Dalam perutusan kira-kira 40 minit itu, Muhyiddin turut menggariskan matlamat ketiga berkaitan menyokong kelangsungan perniagaan yang antara lain menambah baik Program Subsidi Upah 3.0 di bawah Perkeso dan meneruskan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.
“Kerajaan akan memperluaskan bantuan GKP Tambahan ini kepada 500,000 PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri lain akan menerima RM500. Perluasan inisiatif itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.
“Namun, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta,” katanya.
Pakej bantuan PERMAI ini merupakan inisiatif kelima dilaksanakan kerajaan dalam membantu rakyat sejak PKP pertama kali dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melibatkan peruntukan RM250 bilion pada Mac 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) sebanyak RM10 bilion pada April 2020.
Selain itu, turut diumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM35 bilion pada Jun lepas, selain Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion pada September lepas.
Bagi memudahkan akses kepada maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan yang telah tersedia, orang ramai boleh melayari PORTAL MANFAAT BELANJAWAN 2021: belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/pm-umum-pakej-permai-rm15-bilion.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Permai Rm15 Bilion Tanda Pkp Dan Darurat Akan Dilanjutkan Lagi

Pakej Permai Rm15 Bilion Tanda Pkp Dan Darurat Akan Dilanjutkan Lagi

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 255 hits
POSTED BY AMIR WRLRPakej bantuan Perlindungan Ekonomi Rakyat Malaysia yang bernilai RM15 bilion menimbulkan lebih banyak persoalan terhadap niat dan ketelusan kerajaan dalam usaha untuk membantu rakyat Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata...
Reaksi Bercampur Aduk Untuk Pakej Permai Rm15 Bilion

Reaksi Bercampur Aduk Untuk Pakej Permai Rm15 Bilion

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 224 hits
Kumpulan majikan dan pengilang menggesa subsidi upah dilanjutkan daripada sebulan kepada tiga bulan bawah pakej bantuan PERMAI PETALING JAYA Pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion mendapat pelbagai reaksi daripada kumpulan majikan dan pe...
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 472 hits
Senarai Pakej Bantuan Permai 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan Pakej Bantuan PERMAI yang bernilai sebanyak RM15 Billion Pa...
Pakej Permai Mampu Legakan Rakyat

Pakej Permai Mampu Legakan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 177 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia yang diumum kerajaan kelmarin dianggap banyak pihak sebagai melegakan rakyat Mereka yang hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan setidak tida...
2 Beranak Serang Anggota Polis Ketika Beratur Untuk Jalani Ujian Saringan Covid 19 Dipenjara

2 Beranak Serang Anggota Polis Ketika Beratur Untuk Jalani Ujian Saringan Covid 19 Dipenjara

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 338 hits
2 beranak serang anggota polis ketika beratur untuk jalani ujian saringan Covid 19 dipenjaraSeorang bapa dan anaknya di China dijatuhkan hukuman penjara kerana memukul anggota polis ketika beratur bagi menjalani ujian saringan Covid 19 yang...
Darurat Bereskan Soal Ekonomi Pendapatan Rakyat

Darurat Bereskan Soal Ekonomi Pendapatan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 222 hits
KERAJAAN perlu memikir dan melaksanakan pelan penyelesaian kepada isu ekonomi rakyat sekiranya Perintah Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini Ini kerana kebimbangan dalam kalangan rakyat timbul terutama bagi mereka yang terlibat dalam se...
Jepun Sumbang Rm1 2 Bilion Bantu Dunia Perangi Covid 19

Jepun Sumbang Rm1 2 Bilion Bantu Dunia Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 216 hits
JEPUN menyumbang AS 300 juta untuk pembangunan dan pengagihan vaksin Covid 19 bagi membantu dunia mendepani penularan pandemik itu kata Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka Komitmen kewangan untuk lima tahun bermula tahun ini tersebut mera
Najib Not Impressed With Government S Rm15 Billion Permai Special Stimulus Package

Najib Not Impressed With Government S Rm15 Billion Permai Special Stimulus Package

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 215 hits
Former prime minister Najib Razak says the government s new RM15 billion Permai stimulus package announced today has fallen short of expectations and that most of the initiatives had already been announced previously He said the special aid...
Covid 19 Bank Islam Beri Bantuan Kewangan Rm37 9 Bilion

Covid 19 Bank Islam Beri Bantuan Kewangan Rm37 9 Bilion

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 240 hits
BernamaBank Islam Malaysia Bhd telah membantu seramai 350 000 individu dan syarikat perniagaan yang terjejas KUALA LUMPUR Bank Islam Malaysia Bhd telah membantu seramai 350 000 individu dan syarikat perniagaan yang terjejas akibat pandemik ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu

Burung Bukan Punca Pesawat Terhempas Rupanya Ditembak Anti Dron Alasan Tak Masuk Akal Russia Buat Ramai Marah

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry