Reaksi Bercampur Aduk Untuk Pakej Permai Rm15 Bilion


 
Kumpulan majikan dan pengilang menggesa subsidi upah dilanjutkan daripada sebulan kepada tiga bulan bawah pakej bantuan PERMAI.PETALING JAYA: Pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion mendapat pelbagai reaksi daripada kumpulan majikan dan pekerja, dengan kedua-dua pihak menggesa penambahbaikan demi mendapat manfaat lebih baik.
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyambut baik keputusan kerajaan memperluaskan program subsidi upah kepada semua sektor yang menunjukkan kerajaan mendengar permintaan majikan.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan berkata, tempoh sebulan mungkin terlalu pendek untuk menunjukkan hasil berkekalan.
“Ia perlu sekurang-kurangnya tiga bulan, seperti program subsidi upah terdahulu (pada 2020),” katanya pada FMT.
Shamsuddin Bardan.Menyentuh pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai moratorium pinjaman akan terus ditawarkan, Shamsuddin berkata, moratorium pinjaman harus diberikan secara automatik kepada semua peminjam.
“Sama ada pekerja atau syarikat, kita semua menghadapi masalah aliran tunai sekarang, terutamanya majikan. Bagi pekerja, banyak syarikat akan melakukan banyak pengurangan kos daripada segi elaun dan gaji lebih masa. Bahkan, ada syarikat yang melaksanakan potongan gaji.”
Katanya, tindakan mewajibkan individu dan firma membuat permohonan untuk moratorium terlalu bermasalah dan birokratik.
Tetapi, beliau menyambut baik lanjutan geran khas Prihatin kepada 500,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), dengan bayaran RM1,000 buat setiap penerima.
Mohd Effendy Abdul Ghani.Walaupun PKS di negeri lain hanya akan menerima RM500 setiap satu, katanya, perbezaan itu munasabah kerana syarikat di negeri dikenakan PKP bersyarat dan pemulihan menghadapi kurang sedikit sekatan.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak nampak manfaat lebih besar untuk pekerja menerusi pakej PERMAI dan dua isu utama utama pekerja adalah moratorium pinjaman automatik serta skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Timbalan Presiden Mohd Effendy Ghani memahami keperluan menetapkan beberapa kriteria untuk skim i-Sinar, tetapi berharap kerajaan dapat melonggarkan lagi syarat kerana pekerja terdesak akibat PKP.
Katanya, lebih banyak boleh ditawarkan kepada guru, terutama dengan kelas tahun ini yang akan bermula secara dalam talian pada 20 Jan, kecuali untuk mereka yang menduduki SPM dan STPM.
“Mungkin ada diskaun yang dapat diberikan kepada guru untuk pembelian pakej data, komputer atau peranti. Mereka memerlukan peranti itu untuk bekerja dengan berkesan dari rumah,” katanya kepada FMT.
Soh Thian Lai.Ditanya jika pakej PERMAI cukup untuk membantu pekerja mengatasi masa-masa sukar, katanya, pakej Penjana yang diumumkan Jun tahun lalu nampaknya tidak cukup.
Beliau menggesa kerajaan tampil dengan strategi jangka panjang dalam memerangi pandemik dan mengelak daripada melaksanakan semula PKP.
Sebahagian besar, jika bukan semua, sektor ekonomi boleh dibenarkan beroperasi, selagi SOP ketat ditetapkan dan dipatuhi.
Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia, Soh Thian Lai juga mendesak tempoh subsidi upah dipanjangkan sehingga tiga bulan kerana akan ada kesan bertindih kepada perniagaan, walaupun selepas operasi disambung semula sepenuhnya selepas PKP berakhir.
Beliau turut menggesa Akta Covid-19 diperluaskan untuk merangkumi sektor pembuatan dan perkhidmatan lain yang berkaitan untuk meringankan beban industri akibat penguncupan aktiviti. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/01/reaksi-bercampur-aduk-untuk-pakej.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Umum Pakej Permai Rm15 Bilion Lindungi Ekonomi Dan Rakyat Ketika Musim Covid 19

Pm Umum Pakej Permai Rm15 Bilion Lindungi Ekonomi Dan Rakyat Ketika Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID 19...
Pakej Permai Rm15 Bilion Tanda Pkp Dan Darurat Akan Dilanjutkan Lagi

Pakej Permai Rm15 Bilion Tanda Pkp Dan Darurat Akan Dilanjutkan Lagi

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 255 hits
POSTED BY AMIR WRLRPakej bantuan Perlindungan Ekonomi Rakyat Malaysia yang bernilai RM15 bilion menimbulkan lebih banyak persoalan terhadap niat dan ketelusan kerajaan dalam usaha untuk membantu rakyat Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata...
Pakej Permai Mampu Legakan Rakyat

Pakej Permai Mampu Legakan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 177 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia yang diumum kerajaan kelmarin dianggap banyak pihak sebagai melegakan rakyat Mereka yang hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan setidak tida...
Najib Not Impressed With Government S Rm15 Billion Permai Special Stimulus Package

Najib Not Impressed With Government S Rm15 Billion Permai Special Stimulus Package

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 214 hits
Former prime minister Najib Razak says the government s new RM15 billion Permai stimulus package announced today has fallen short of expectations and that most of the initiatives had already been announced previously He said the special aid...
Infografik Pakej Bantuan Permai

Infografik Pakej Bantuan Permai

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 430 hits
An additional stimulus package worth in excess of RM15 billion was announced by Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today The Malaysian Economic and Rakyat Protection Assistance Package dubbed the Permai aid package will include 22 new ...
Rebat Elektrik Dalam Pakej Permai Bukanlah Diskaun Sebenar Dedah Najib

Rebat Elektrik Dalam Pakej Permai Bukanlah Diskaun Sebenar Dedah Najib

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 299 hits
PETALING JAYA Rebat elektrik yang diberikan kepada semua pengguna domestik dan bukan domestik pada kadar 2 sen setiap kilowatt sejam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang tadi bukanlah diskaun yang sebenar kata Naji...
Terkini Antara Pengumuman Perdana Menteri Berkenaan Pakej Bantuan Khas Permai

Terkini Antara Pengumuman Perdana Menteri Berkenaan Pakej Bantuan Khas Permai

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 261 hits
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan bahawa satu bantuan yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia akan diperkenalkan bagi membantu rakyat dan e...
Diy Cara Kilatkan Semula Lampu Depan Kereta Yang Kabur Kuning Dengan Bajet Rm15 Mudah

Diy Cara Kilatkan Semula Lampu Depan Kereta Yang Kabur Kuning Dengan Bajet Rm15 Mudah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 408 hits
Tidak dinafikan kereta yang lebih dari usia 5 tahun pasti mengalami perubahan Termasulah juga bahagian lampu hadapan yang mulai kabur dan kusam kekuningan menyebabkan kualiti pencahayaan menjadi kurang jelas
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa