Darurat Bereskan Soal Ekonomi Pendapatan Rakyat



KERAJAAN perlu memikir dan melaksanakan pelan penyelesaian kepada isu ekonomi rakyat sekiranya Perintah Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini.
Ini kerana kebimbangan dalam kalangan rakyat timbul terutama bagi mereka yang terlibat dalam sektor perniagaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Selain itu, pekerja yang memperoleh pendapatan secara harian juga bimbang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Perintah Darurat.
“Darurat ini pula dikatakan sehingga Ogos dan memang menunjukkan tindakan kerajaan adalah lebih serius.
“Kalau PKP dua minggu sahaja, kesan kepada ekonomi rakyat, perniagaan itu mungkinlah tidak ketara. Boleh tahan lagilah.
“Tetapi, apabila darurat diumumkan seolah-olah macam PKP ini besar kemungkinan akan dilanjutkan lagi mungkin sebulan sebab pakar perubatan pun sudan bersuara kata dua minggu mungkin tak cukup.
“Disebabkan itu, maknanya kalau PKP dilanjutkan lebih daripada sebulan dan Darurat ini pun memang bertujuan untuk menfokuskan kepada krisis kesihatan, satu yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan ialah kesan daripada usaha menangani pandemik ini memang termasuk kesan kepada ekonomi.”
Demikian kata Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan Putra, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.
Terdahulu YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan Perisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah untuk membendung dan melandaikan penularan Koronavirus (Covid-19)
Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, darurat akan dilaksanakan sehingga 1 Ogos tahun ini.
Dalam pada itu, Ahmad Razman turut meminta kerajaan menjelaskan isu berkaitan pemberian moratorium pinjaman seperti dilakukan ketika awal pelaksanaan PKP tahun lepas.
Ini kerana, kesan yang akan dihadapi negara terhadap ekonomi adalah sama seperti sebelum ini jika perintah darurat dilakukan.
“Itu yang kita, rakyat hendak tengok, boleh tak mereka dapat segala jenis bantuan ini dan satu lagi mungkin orang tanya dulu ada moratorium, sekarang ada lagi ke tak?
“Yang kes itu, bergantung kepada sama ada PKP ini akan dilanjutkan lebih daripada sebulan atau tidak, masa itu kerajaan kena fikirkan balik, kemudahan moratorium itu.
“Itulah sebab saya tengok, pengumuman darurat ini memang dalam kenyataan itu hanya fokus menangani krisis kesihatan sahaja.
“Jadi, isu bagaimana hendak menangani krisis ekonomi itu tidak ada, saya harap kerajaan akan memberi penerangan lebih lanjut, adakah jawatankuasa khas darurat itu akan fokus kepada kesihatan sahaja ke ataupun termasuk ekonomi.
“Sebab kalau boleh, alang-alang sudah isytihar darurat, dua-dualah lebih baik.
“Apabila kerajaan melihat kepada kedua-duanya, masa itu mungkin mereka boleh buat keputusan berkenaan patut ke tidak bank-bank bagi kemudahan moratorium seperti dahulu,” jelasnya.
Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melaksanakan PKP2.0 susulan peningkatan kes baharu Covid-19 membimbangkan dan perkhidmatan kesihatan berada pada tahap maksimum. – SM

The post Darurat: Bereskan soal ekonomi, pendapatan rakyat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/12/darurat-bereskan-soal-ekonomi-pendapatan-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satgas Siapapun Yang Buat Rakyat Tidak Percaya Soal Vaksin Harus Kita Lawan Bersama Sama

Satgas Siapapun Yang Buat Rakyat Tidak Percaya Soal Vaksin Harus Kita Lawan Bersama Sama

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 310 hits
Ketua Satgas Penanganan COVID 19 Doni Monardo meminta masyarakat tidak ragu lagi dengan vaksinasi Corona Doni menilai pengorbanan Presiden Jokowi menjadi yang pertama divaksinasi COVID 19 luar biasa Kita sederhana Pak Bapak Presiden saja su...
4 Pakar Ekonomi Malaysia Sahkan Rakyat Malaysia Kaya Raya Kah

4 Pakar Ekonomi Malaysia Sahkan Rakyat Malaysia Kaya Raya Kah

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 344 hits
Empat orang pakar ekonomi tersohor menyatakan rakyat Malaysia sudah selesa sekarang Tahniah lebai Takbirrr
Darurat Kenapa Rakyat Salahkan Pn

Darurat Kenapa Rakyat Salahkan Pn

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 453 hits
Via WhatsApp Kenapa nak salahkan kjaan PN penularan COVID19 sedangkan negara lain lebih teruk lagi Jawapan Mula mula kita rakyat Malaysia kita bukan rakyat negara lain bukan Amerika UK ataupun Afrika Selatan tapi Malaysia dan rakyat negara ...
Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 296 hits
Walaupun banyak pakar ekonomi berpendapat pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali yakin keadaan sebaliknya akan berlaku Beliau berkata pelaksan...
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 552 hits
Senarai Pakej Bantuan Permai 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan Pakej Bantuan PERMAI yang bernilai sebanyak RM15 Billion Pa...
Darurat Muhyiddin Perolehi Kuasa Mutlak Mahu Selamatkan Diri Tutup Mulut Rakyat Kata Ph

Darurat Muhyiddin Perolehi Kuasa Mutlak Mahu Selamatkan Diri Tutup Mulut Rakyat Kata Ph

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 518 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengusulkan negara diletakkan bawah darurat adalah untuk menyelamatkan diri walaupun ia merencat demokrasi dan menafikan suara rakyat kata Pakatan Harapan Blok pembangkang...
Terimalah Hakikat Kerajaan Yiddin Tiada Majoriti Kedutaan Beri Amaran Pkp Darurat Akan Lumpuhkan Ekonomi

Terimalah Hakikat Kerajaan Yiddin Tiada Majoriti Kedutaan Beri Amaran Pkp Darurat Akan Lumpuhkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 316 hits
NORMAN RADZUAN Hari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat besar dan kecil akn ditutup Ia sgt2 membimbangkan kata mereka Mereka meragui atas dasar ke...
Darurat Dan Pkp Kenapa Hanya Najib Yg Saran Bantuan Kpd Rakyat

Darurat Dan Pkp Kenapa Hanya Najib Yg Saran Bantuan Kpd Rakyat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 405 hits
Parti dan mana pemimpin lebih bercakap dari sufut politik dan perundangan samada sokong atau bantah Hanya Najib sarankan kenapa darurat dan pkp tidak diiringi dengan bantuan kepada rakyat ITU yang sepatutnya diutamakan oleh semua pemimpin s...
Muhyiddin Perlu Ambil Kesempatan Tunjuk Prihatin Kepada Rakyat Sebelum Darurat Berakhir Dan Pru15 Bermula

Muhyiddin Perlu Ambil Kesempatan Tunjuk Prihatin Kepada Rakyat Sebelum Darurat Berakhir Dan Pru15 Bermula

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 347 hits
Jika Muhyiddin bijak ambil kesempatan ini pengaruh umno akan berkurangan Sekaligus UMNO akan berkompromi atau akur untuk berada di bawah logo PN untuk bertanding Pakatan Pembangkang tanpa Tun M bertanding jika dapat survive sudah sangat bai...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material