Pm Tidak Campur Majlis Raja Raja Pilih Agong Baharu



KUALA TERENGGANU — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu dapat diputuskan secepat mungkin.
Dr Mahathir berkata ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi urusan tertentu.


Loading...
“Kerajaan akur dengan keputusan Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan. Ia adalah mengikut perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Teregganu di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris.



Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz semalam. Baginda menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.

Dr Mahathir berkata kebiasaannya Majlis Raja-Raja mempunyai peraturan dan kaedah tertentu sama ada melibatkan penggiliran mahupun undi yang telah termaktub dalam perundangan.

Ditanya mengenai pengganti Sultan Muhammad V, Dr Mahathir berkata beliau sama sekali tidak akan mencampuri urusan pengganti baginda dan ia adalah keputusan muktamad Majlis Raja-Raja.

“Kita tidak akan mencampuri urusan itu. Pengganti Yang di-Pertuan Agong akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Saya tidak tahu bagaimana cara pemilihan dan mengikut adat mereka ada susunan mereka sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi menteri-menteri kabinet pada masa sekarang, Dr Mahathir berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan prestasi mereka.

“Kita perlu ingat bahawa mereka adalah ahli kabinet baharu dan sebelum ini mereka tidak pernah jadi menteri. Mereka terbawa-bawa dalam pembangkang dulu dan sukar untuk membawa diri,” katanya.

Beliau berkata sewajarnya menteri kabinet yang ada itu diberi peluang dan tidak ada keperluan untuk menukar mereka dengan menteri yang baharu.

Sementara itu, Dr Mahathir mahu semua pihak memahami kenapa beliau sering mengutamakan masalah yang dihadapi bangsa Melayu kerana beliau mahu bangsa itu bangkit dan menjadi maju seperti bangsa lain.

“Parti Bersatu akan sentiasa mengutamakan permasalahan bangsa Melayu yang kini masih merupakan bangsa yang miskin.

“Perubahan perlu dibuat supaya Melayu juga dapat nikmat kekayaan negara kita. Kita bukan akhirnya ketinggalan jauh di belakang,” katanya.

Ketika berucap merasmikan pejabat Bersatu baharu itu, Dr Mahathir berkata Bersatu boleh menggantikan Umno untuk membela bangsa Melayu dan berharap sokongan itu diterima semua.

Dr Mahathir juga mahukan Bersatu tidak membuat kesilapan seperti kerajaan terdahulu yang akhirnya boleh meruntuhkan kerajaan.

“Jangan buat seperti yang dilakukan dahulu dan jika perkara itu berlaku, kerajaan yang ada tidak akan boleh bertahan lama,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/pm-tidak-campur-majlis-raja-raja-pilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Terpulang Pada Majlis Raja Raja Untuk Pilih Agong

Sultan Pahang Terpulang Pada Majlis Raja Raja Untuk Pilih Agong

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 433 hits
Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja Raja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengumumkan pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 demi kebaikan negara Baginda ber...
Majlis Raja Raja Akan Tetapkan Tarikh Mesyuarat Khas Pilih Ydpa Ke 16

Majlis Raja Raja Akan Tetapkan Tarikh Mesyuarat Khas Pilih Ydpa Ke 16

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 854 hits
KUALA LUMPUR Enam Sultan dan Raja menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja raja di Istana Negara hari ini Agenda mesyuarat khas hampir sejam Majlis Raja raja itu difahamkan adalah untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis m...
Undi Rahsia Raja Raja Penentu Agong Timbalan Yang Baharu

Undi Rahsia Raja Raja Penentu Agong Timbalan Yang Baharu

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 912 hits
KUALA LUMPUR Susulan peletakan jawatan oleh Sultan Muhammad V petang ini Majlis Raja Raja dijangka bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi memilih dan melantik Yang di Pertuan Agong yang ke 16 Laman web rasmi Majlis Raja Raja yang dikemas k...
Pemangku Raja Pahang Yang Di Pertuan Agong Baharu

Pemangku Raja Pahang Yang Di Pertuan Agong Baharu

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 474 hits
Pemangku Raja Pahang Yang di Pertuan Agong baharu Posted By on January 10 2019Kerabat Diraja Pahang bercadang menabalkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang lapor The New Str...
Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 473 hits
Raja raja Melayu dilaporkan sedang bersidang di Istana Negara di Kuala Lumpur Adalah dipercayai ini susulan selepas Sultan Muhammad V bertindak turun takhta sebagai Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V dipilih oleh Persidangan Raja raja ...
Clj Serah Memorandum Tolak Campur Tangan Eksekutif Dalam Pemilihan Ydp Agong

Clj Serah Memorandum Tolak Campur Tangan Eksekutif Dalam Pemilihan Ydp Agong

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 270 hits
Pengarah Concerned Lawyers for Justice Tuan Hafiz Norkhan menyerahkan memorandum kepada setiausaha politik YAB Perdana Menteri menegaskan peri pentingnya urusan pemilihan Yang diPertuan Agong dilaksanakan bebas dari sebarang campur tangan p...
Bersabarlah Menunggu Keputusan Majlis Raja Raja

Bersabarlah Menunggu Keputusan Majlis Raja Raja

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 552 hits
Oleh DR MUHAMMAD FATHI YUSOFBERSABARLAH MENUNGGU KEPUTUSAN MAJLIS RAJA RAJA1 Pada zaman teknologi maklumat ini wujud satu sikap tidak sabar untuk mengetahui sesuatu berita baru Akibatnya ada segelintir yang cuba membuat pelbagai telahan dal...
Majlis Raja Raja Bermesyuarat Malam Tadi Tidak Seperti Mesyuarat Biasa Kata Sumber

Majlis Raja Raja Bermesyuarat Malam Tadi Tidak Seperti Mesyuarat Biasa Kata Sumber

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 426 hits
Majlis Raja raja Melayu dilapor bermesyuarat di Kuala Lumpur malam tadi Ia berlangsung ketika timbul spekulasi berkaitan status Yang Di Pertuan Agong Sultan Muhammad V Memetik sumber The New Straits Times hari ini mengesahkan mesyuarat tida...
Majlis Raja Raja Tentukan Pengganti Ydpa

Majlis Raja Raja Tentukan Pengganti Ydpa

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 506 hits
06 Januari 2019 9 37 PM KUALA LUMPUR ndash Keputusan Sultan Muhammad V melepaskan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 disifatkan sebagai kali pertama berlaku dalam sejarah penta
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats