Bersabarlah Menunggu Keputusan Majlis Raja Raja


Oleh : DR MUHAMMAD FATHI YUSOF

BERSABARLAH MENUNGGU KEPUTUSAN MAJLIS RAJA-RAJA

1. Pada zaman teknologi maklumat ini, wujud satu sikap tidak sabar untuk mengetahui sesuatu berita baru. Akibatnya ada segelintir yang cuba membuat pelbagai telahan dalam isu pelantikan jawatan YDPA dengan mendahului ketetapan Majlis Raja-raja.

 
2. Perkara 32(3) menyebut bahawa kuasa melantik YDPA terletak pada Majlis Raja-raja. Perkara 38(6) pula menyebut kuasa melantik YDPA adalah termasuk dalam kuasa di bawah budibicara Majlis Raja-raja. Ia membawa maksud, tidak siapa yang boleh campur tangan dalam urusan berkenaan.

3. Perkara 38(2) pula menyatakan bahawa pelantikan YDPA oleh Majlis Raja-raja hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan.

4. Jadual Ketiga, menetapkan bahawa seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika:

(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

5. Jadual Ketiga juga memberikan panduan berkenaan jadual pergiliran YDPA antara sembilan buah negeri. Pergiliran ini telah pun berlaku dalam pusingan pertama dengan urutan senarai berikut: Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Perak.

6. Bila selesai pusingan itu, maka Jadual Ketiga menetapkan bahawa perlu dibuat senarai baru yang disusun semula bagi pusingan berikutnya dengan menyenaraikan negeri-negeri “mengikut susunan Raja-rajanya telah memegang jawatan itu”.

7. Oleh kerana dalam pusingan pertama, semua sembilan orang Raja-raja telah mengisi jawatan YDPA, maka pusingan kedua ini sepatutnya berjalan mengikut pusingan pertama. Jika ada Raja yang meminta dilambatkan gilirannya waktu pusingan pertama dahulu, ia tidak perlu diambilkira dalam pusingan kedua ini.

8. Oleh yang demikian, memandangkan enam buah negeri telah selesai mengisi jawatan YDPA dalam pusingan kedua ini, maka tinggal lagi baki tiga negeri yang belum iaitu Pahang, Johor dan Perak. Jika diikutkan, jadual pusingan terdahulu, giliran berikutnya ialah Pahang.

9. Walau bagaimana pun, Majlis Raja-raja tidak terikat untuk membuat pemilihan berdasarkan pergiliran ini semata-mata. Majlis Raja-raja boleh membuat keputusan yang berbeza di atas beberapa asas iaitu:

a. Majlis Raja-raja boleh membuat keputusan berbeza berasaskan tiga faktor yang menghilangkan kelayakan YDPA yang terdapat dalam Jadual Ketiga.

b. Terdapat kemungkinan mana-mana Raja yang menyatakan hasratnya untuk tidak dipilih, atau dilambatkan giliran.

10. Dalam hal ini saya berpendapat, rakyat perlu memberikan kepercayaan dan kesetiaan kepada Majlis Raja-raja dalam menentukan pelantikan YDPA. Apa sahaja keputusan perlu diterima dengan hati terbuka dan positif. Tidak perlulah menggunakan saluran media baru untuk menyebarkan pandangan-pandangan yang seolah-olah cuba untuk mempengaruhi pelantikan YDPA.

11. Pilihan yang ada pada Majlis Raja-raja adalah luas. Keputusan yang dibuat itu juga berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang dinilai dalam mesyuarat berkenaan. Intipati perbincangan tentunya adalah rahsia. Tidak perlu bagi kita untuk mencari dan mengorek maklumat yang di luar tanggung jawab kita.

12. Dalam tempoh sebelum YDPA dilantik ini Timbalan YDPA iaitu Sultan Perak akan menjalankan tugas dan peranan YDPA. Walau pun tiada tempoh yang ditentukan bagi pemangkuan tugas, namun kita percaya Baginda akan mengambil langkah segera bagi melantik YDPA yang baharu melalui mesyuarat Majlis Raja-raja.

13. Kita sama-sama doakan agar pemilihan YDPA berjalan lancar dan dirahmati oleh Allah SWT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/01/bersabarlah-menunggu-keputusan-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Muda Perlis Saran 25 Iman Terima Keputusan Dipecat

Raja Muda Perlis Saran 25 Iman Terima Keputusan Dipecat

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 300 hits
DENYUT REFORMASI KANGAR Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan imam yang dipecat dan ditukarkan supaya menerima keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dengan hati terbuka dan berlapang dad...
Majlis Raja Raja Tentukan Pengganti Ydpa

Majlis Raja Raja Tentukan Pengganti Ydpa

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 623 hits
06 Januari 2019 9 37 PM KUALA LUMPUR ndash Keputusan Sultan Muhammad V melepaskan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 disifatkan sebagai kali pertama berlaku dalam sejarah penta
Pm Tidak Campur Majlis Raja Raja Pilih Agong Baharu

Pm Tidak Campur Majlis Raja Raja Pilih Agong Baharu

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 391 hits
KUALA TERENGGANU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yang di Pertuan Agong yang baharu dapat diputuskan secepat mungkin Dr Mahathir berkata ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di Pert...
Majlis Raja Raja Akan Tetapkan Tarikh Mesyuarat Khas Pilih Ydpa Ke 16

Majlis Raja Raja Akan Tetapkan Tarikh Mesyuarat Khas Pilih Ydpa Ke 16

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 938 hits
KUALA LUMPUR Enam Sultan dan Raja menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja raja di Istana Negara hari ini Agenda mesyuarat khas hampir sejam Majlis Raja raja itu difahamkan adalah untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis m...
Agong Majlis Raja Raja Akan Tentukan

Agong Majlis Raja Raja Akan Tentukan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1284 hits
Kedudukan tinggi Permainan pun tinggi Sultan Pahang Terpulang pada Majlis Raja raja untuk pilih AgongSultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja Raja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengum...
Sultan Pahang Terpulang Pada Majlis Raja Raja Untuk Pilih Agong

Sultan Pahang Terpulang Pada Majlis Raja Raja Untuk Pilih Agong

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 496 hits
Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja Raja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengumumkan pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 demi kebaikan negara Baginda ber...
Majlis Raja Raja Bermesyuarat Malam Tadi Tidak Seperti Mesyuarat Biasa Kata Sumber

Majlis Raja Raja Bermesyuarat Malam Tadi Tidak Seperti Mesyuarat Biasa Kata Sumber

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 482 hits
Majlis Raja raja Melayu dilapor bermesyuarat di Kuala Lumpur malam tadi Ia berlangsung ketika timbul spekulasi berkaitan status Yang Di Pertuan Agong Sultan Muhammad V Memetik sumber The New Straits Times hari ini mengesahkan mesyuarat tida...
Raja Thai Disanjung Kerana Di Thailand Tiada Dap

Raja Thai Disanjung Kerana Di Thailand Tiada Dap

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 528 hits
KOTA BHARU 9 Jan Kerajaan perlu menjadikan Thailand sebagai contoh dalam mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang menghina institusi beraja di negara berkenaan Penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Jeli Azran Deraman berkata Ke...
Lelaki Dipenjara 3 Tahun Denda Rm5 130 Kerana Hina Dan Ugut Bunuh Raja

Lelaki Dipenjara 3 Tahun Denda Rm5 130 Kerana Hina Dan Ugut Bunuh Raja

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 274 hits
Lelaki dipenjara 3 tahun denda RM5 130 kerana hina dan ugut bunuh rajaMahkamah di Kemboja menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap seorang lelaki kerana menghina raja dalam penulisannya di Facebook Tertuduh Ieng Cholsa mengaku...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi