Undi Rahsia Raja Raja Penentu Agong Timbalan Yang Baharu


KUALA LUMPUR: Susulan peletakan jawatan oleh Sultan Muhammad V petang ini, Majlis Raja-Raja dijangka bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong yang ke-16
Laman web rasmi Majlis Raja-Raja yang dikemas kini pada Jumaat lalu, menyenaraikan beberapa prosedur dalam menentukan pemilihan Yang di-Pertuan Agong baharu. Baginda mesti dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja


Jika berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pula akan menyembah syarat kepada setiap Raja bagi memohon perkenan sama ada Baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Bagaimanapun, Raja-raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir sekali dalam senarai pencalonan pada masa itu
Di bawah kategori kelayakan seorang Raja atau Sultan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, hanya Raja-Raja yang boleh dipilih selepas baginda memberi perkenan untuk dipilih, hanya Raja-Raja yang boleh mengundi dan jika seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai proksi
Kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan dipilih, tetapi peraturan itu tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-sembilan
Selepas itu senarai baharu yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan juga memperuntukkan seorang Raja layak dipilih kecuali belum dewasa atau telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Baginda tidak berhasrat dipilih
Kelayakan juga hilang jika Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan secara undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan kelemahan akal atau tubuhnya atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima orang Raja
Prosedur lain adalah seperti berikutProsiding pemilihan• Apabila Majlis Raja-raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri tidak hadir walaupun mereka anggota Majlis. Pemilihan dibuat secara undi sulit dan Kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama. Kemudiannya dimasukkan dalam peti undi. Kertas undi dimusnahkan di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan. (Dibakar/dirincih)• Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Dalam Mesyuarat Pemilihan itu, hanya Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan

Kertas undi bagi Pemilihan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. - Ihsan Laman Web Rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Kertas undi bagi Pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. - Ihsan Laman Web Rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-RajaProses Pemilihan• Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membekalkan satu kertas undi setiap Raja dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya, sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong
• Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Baginda
• Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperoleh undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi
• Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun
Apabila tamat urusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula disempurnakan mengikut proses yang sama pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan menghantar surat mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri
Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan fungsi rasmi selepas menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-raja dan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai saksi-saksi

Grafik BERNAMA- BH Online   #CelahGelegar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/undi-rahsia-raja-raja-penentu-agong.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemangku Raja Pahang Yang Di Pertuan Agong Baharu

Pemangku Raja Pahang Yang Di Pertuan Agong Baharu

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 506 hits
Pemangku Raja Pahang Yang di Pertuan Agong baharu Posted By on January 10 2019Kerabat Diraja Pahang bercadang menabalkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang lapor The New Str...
Pm Tidak Campur Majlis Raja Raja Pilih Agong Baharu

Pm Tidak Campur Majlis Raja Raja Pilih Agong Baharu

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 375 hits
KUALA TERENGGANU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yang di Pertuan Agong yang baharu dapat diputuskan secepat mungkin Dr Mahathir berkata ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di Pert...
Raja Tidak Layak Dilantik Sebagai Agong Sekiranya

Raja Tidak Layak Dilantik Sebagai Agong Sekiranya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 318 hits
Susulan perletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong Majlis Raja raja akan bersidang untuk membuat pemilihan menggantikan kekosongan itu Pemilihan daripada sembilan raja raja Melayu Berdasarkan Perlembagaan Persekutan ...
Timbalan Perdana Menteri Dedah Perbuatan Agong Ini Yang Dia Akan Ingat Sampai Bila Bila

Timbalan Perdana Menteri Dedah Perbuatan Agong Ini Yang Dia Akan Ingat Sampai Bila Bila

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 354 hits
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesedihannya susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong hari ini Beliau berkata ini kerana tuankulah yang berkenan memberi pengampunan penuh kepada ...
Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 507 hits
Raja raja Melayu dilaporkan sedang bersidang di Istana Negara di Kuala Lumpur Adalah dipercayai ini susulan selepas Sultan Muhammad V bertindak turun takhta sebagai Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V dipilih oleh Persidangan Raja raja ...
Sultan Pahang Terpulang Pada Majlis Raja Raja Untuk Pilih Agong

Sultan Pahang Terpulang Pada Majlis Raja Raja Untuk Pilih Agong

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 478 hits
Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja Raja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengumumkan pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 demi kebaikan negara Baginda ber...
Pemuda Umno Mahu Tindakan Tegas Terhadap Eric Liew Yang Menghina Agong

Pemuda Umno Mahu Tindakan Tegas Terhadap Eric Liew Yang Menghina Agong

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 373 hits
Tindakan tegas terhadap Eric Liew hina Agong Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak Polis Diraja Malaysia agar bertindak tegas kepada pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew yang secara jelas menghina Sultan Muhammad V Komen yang dibuat Eri...
16 Senarai Yang Di Pertuan Agong Malaysia Dari Tahun 1957 Sekarang

16 Senarai Yang Di Pertuan Agong Malaysia Dari Tahun 1957 Sekarang

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1466 hits
Yang di Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia Peranan YDPA adalah berdasarkan konsep raja berpelembagaan Perkara 181 di dalam Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa kedaulatan dan kuasa raj...
Pemimpin Netizen Luah Rasa Sedih Dan Terkejut Peletakan Jawatan Agong

Pemimpin Netizen Luah Rasa Sedih Dan Terkejut Peletakan Jawatan Agong

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 301 hits
Bernama Rakyat Malaysia menzahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita peletakan jawatan itu PEMIMPIN dan kebanyakan netizen di media sosial menzahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Ya...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp