Sultan Pahang Terpulang Pada Majlis Raja Raja Untuk Pilih Agong



Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengumumkan pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 demi kebaikan negara.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas kemungkinan baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berikutan pelantikan sebagai Sultan Pahang keenam berkuat kuasa semalam.


Loading... "Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi, kalau sudahpun tercatit ke situ ke situlah saya, kita lihat surah Yasin ayat 82, barulah kita faham apa yang saya maksudkan," titah baginda.

Surah Yasin ayat 82: Innama amruhu idza arada syaian an yaqula lahu kun fayakun. Ertinya, Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah! Maka jadilah ia.

Sultan Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana mahu memfokuskan kepada soal pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang pada 15 Jan ini.


"Saya akan fikir apakah yang harus saya buat selepas itu," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas solat subuh di Masjid Imam Syafie, Kota SAS, di Kuantan hari ini.

Sementara itu, Sultan Abdullah turut berkongsi perasaan baginda sebaik mendapat maklum tentang pengumuman pelantikan sebagai Sultan Pahang, yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah semalam.

"Perasaan insaf dan tawaduk sebaik terima panggilan dan cadangan menjadikan saya sebagai Sultan Pahang keenam... Ini sudah tentu satu perasaan berbelah, ada perasaan sedih ada perasaan syukur tanda kepercayaan ayahanda dan adik-beradik serta sebahagian besar rakyat Pahang.

"Ini juga satu tanggungjawab besar saya kepada rakyat dan saya akan usahakan untuk lakukan yang terbaik untuk rakyat Pahang tidak kira bidang apa sekalipun," titah baginda.

Baginda juga berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan tidak kira kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat untuk membela rakyat yang memerlukan bantuan.

Semalam baginda diumumkan sebagai Sultan Pahang yang baru menggantikan ayahanda baginda yang kini dilaporkan dalam keadaan gering.

Cadangan untuk melantik Sultan Abdullah, 60, dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur Jumaat lalu setelah perbincangan diadakan dalam kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/sultan-pahang-terpulang-pada-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Tidak Campur Majlis Raja Raja Pilih Agong Baharu

Pm Tidak Campur Majlis Raja Raja Pilih Agong Baharu

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 415 hits
KUALA TERENGGANU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yang di Pertuan Agong yang baharu dapat diputuskan secepat mungkin Dr Mahathir berkata ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di Pert...
Biodata Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Biodata Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 841 hits
Biodata Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah TENGKU Abdullah FOTO Asyraf HamzahTENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal PekanBaginda adalah anak keempat daripada tujuh berad...
Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 634 hits
PEKAN Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di Pertuan Agong Ke 16 Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang ya...
Pahang Sultan Leaves Selection Of Agong To Rulers Council

Pahang Sultan Leaves Selection Of Agong To Rulers Council

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 786 hits
Pahang ruler Sultan Abdullah Ahmad Shah is leaving to the wisdom of the Council of Rulers which will be meeting on Jan 24 to announce the candidate selected as the 16th Yang di Pertuan Agong in the interest of the nation Sultan Abdullah was...
Pahang To Get New Sultan Who Will Become The Next Agong Decision To Be Announced On Saturday At 3pm

Pahang To Get New Sultan Who Will Become The Next Agong Decision To Be Announced On Saturday At 3pm

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 342 hits
THE decision of the Pahang royal council which is believed to have discussed the future of the state s monarch at a meeting today will be announced tomorrow said Sallehudin Ishak The Pahang state secretary said the announcement would be mad...
Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang Rupanya Ini Bukan Kali Pertama Terjadi

Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang Rupanya Ini Bukan Kali Pertama Terjadi

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 983 hits
Sultan Abdullah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie KUANTAN Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shae Kotasas di sini hari ini sehari selepas diumumkan sebagai Sultan Pahang Keberangk...
Bets Are On Sultan From Najib S Home State To Win Race To Be Agong Pahang Regent Be Made Sultan This Week

Bets Are On Sultan From Najib S Home State To Win Race To Be Agong Pahang Regent Be Made Sultan This Week

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 356 hits
Pahang ruler Sultan Ahmad Shah is next in line to become the Yang di Pertuan Agong but the state monarch is ill His poor health condition led to speculation as to whether the Conference of Rulers would elect Johor ruler Sultan Ibrahim Iskan...
Majlis Raja Raja Akan Tetapkan Tarikh Mesyuarat Khas Pilih Ydpa Ke 16

Majlis Raja Raja Akan Tetapkan Tarikh Mesyuarat Khas Pilih Ydpa Ke 16

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 962 hits
KUALA LUMPUR Enam Sultan dan Raja menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja raja di Istana Negara hari ini Agenda mesyuarat khas hampir sejam Majlis Raja raja itu difahamkan adalah untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis m...
Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 556 hits
Raja raja Melayu dilaporkan sedang bersidang di Istana Negara di Kuala Lumpur Adalah dipercayai ini susulan selepas Sultan Muhammad V bertindak turun takhta sebagai Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V dipilih oleh Persidangan Raja raja ...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peluang Miliki Rumah Idaman Di Laman Sendayan 2 Yang Tidak Harus Di Lepaskan

Bengkel Jelajah Upkk Persediaan Motivasi Dan Tips Kejayaan Bersama Ustaz Azhari Dan Ustazah Asma Harun

Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan