Pm Sikap Sendiri Punca Antivaksin Hadapi Kesukaran


AGENDANASIONAL
October 17, 2021 4:45 pm

Ibu bapa membawa anak mendaftar untuk menerima suntikan pelalian Covid-19 dalam program vaksin remaja dan murid berkeperluan khas daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 29 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERA, 17 OKT: Kerajaan tidak akan secara sengaja menyukarkan kehidupan golongan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, tetapi perkara itu berpunca daripada sikap mereka sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata walaupun suntikan vaksin tidak diwajibkan buat masa ini, namun ia membantu mereka yang menerimanya untuk menjalani kehidupan lebih mudah, menerusi pelbagai kelonggaran yang diberikan termasuk kebenaran merentas negeri.

“Mereka yang tidak mengambil vaksin yang menyukarkan diri, bukan kerajaan yang sengaja menyusahkan…sebab itu saya menyeru mereka yang masih belum menerima vaksin untuk berbuat demikian, supaya semua kemudahan yang diberikan turut boleh dinikmati.

“Tambahan pula, sebagai manusia kita kena bertanggungjawab membantu melindungi orang lain, dengan mengurangkan risiko jangkitan dan mengurangkan keseriusan kesan penyakit jika dijangkiti, dengan mengambil vaksin Covid-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di sini hari ini.

Upacara disempurnakan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Turut dinaikkan pangkat adalah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka.

Kenyataan Khairy itu, menurut Perdana Menteri adalah merujuk kepada kesukaran yang terpaksa dilalui mereka yang tidak mahu menerima vaksin, memandangkan syarat lengkap vaksin Covid-19 bukan hanya dibuat kerajaan Malaysia, namun pelbagai pihak lain.

“… seperti hanya mereka yang lengkap vaksin dibenar mengerjakan umrah dan tahun hadapan boleh menunaikan ibadah haji. Ini syarat daripada kerajaan Arab Saudi yang sudah tentu menyusahkan diri mereka yang tidak divaksin,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada lengkap dua dos vaksin akan dijadikan syarat pengambilan baharu penjawat awam, Ismail Sabri berkata walaupun ia cadangan yang baik, ia memerlukan perincian dan kajian mendalam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Ia (cadangan itu) mungkin boleh dipertimbangkan, namun JPA kena lihat daripada pelbagai aspek termasuk perundangan. Setakat ini, tindakan hanya boleh diambil terhadap mereka yang sudah bekerja seperti yang ditetapkan tarikh akhir penjawat awam mengambil vaksin ialah 1 Nov ini,” katanya.

-BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/pm-sikap-sendiri-punca-antivaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Rumah Tangga Dipercayai Jadi Punca Askar Mengamuk Maut Tembak Diri Sendiri

Masalah Rumah Tangga Dipercayai Jadi Punca Askar Mengamuk Maut Tembak Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 308 hits
Masalah rumah tangga dikenal pasti punca seorang anggota tentera mengamuk dan menembak diri sendiri di Kampung Kolong 1 Sungai Tengah Jalan Matang di sini hari ini Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ber...
Antivaksin Jangan Jadi Penghasut Kerana Kejahilan Sendiri

Antivaksin Jangan Jadi Penghasut Kerana Kejahilan Sendiri

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 136 hits
Oleh GAMBAR Abd Razak Aid ANALISIS WALAUPUN pelbagai kluster akibat penularan Covid 19 semakin berkurangan dan semakin dapat dikawal tetapi satu lagi kluster yang mungkin akan terus wujud biarpun pandemik tersebut berakhir Kalau kluster ini...
Umno Enggan Bekerjasama Pn Rangka Strategi Sendiri Hadapi Prn Melaka

Umno Enggan Bekerjasama Pn Rangka Strategi Sendiri Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 366 hits
agendaily com16 10 2021Perikatan Nasional Melaka mempunyai kekuatan tersendiri tanpa kerjasama UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Perikatan Nasional akan merangka strategi sendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka set...
Penyelewengan Punca Adun Melaka Melompat

Penyelewengan Punca Adun Melaka Melompat

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 178 hits
Kalau UMNO ini terus mempunyai pemimpin pemimpin seperti yang ada pada hari ini rakus Rakusnya diibaratkan makan itu tangan kanan dan kiri disuapkan ke mulut sambil mata menjeling lagi ke makanan lain di atas meja yakni projek projek ekonom...
Ini Punca Sebenar Lelaki Mengamuk Libas Parang Ditempat Awam

Ini Punca Sebenar Lelaki Mengamuk Libas Parang Ditempat Awam

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 271 hits
Kota Bharu Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas didapati mengamuk dengan melibas sebilah parang kepada orang awam di dalam sebuah bangunan di Jalan Hospital di sini semalam
Ph Sahkan Sedia Terima 4 Adun Jadi Punca Krisis Melaka

Ph Sahkan Sedia Terima 4 Adun Jadi Punca Krisis Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 171 hits
agendaily com7 10 2Pakatan Harapan Pakatan Harapan mengesahkan kesediaan menerima sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjadi punca krisis politik di Melaka untuk membentuk satu kerajaan baharu dengan melantik seorang Ketua Mente...
Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi Getahnya Punca Mulut Melecur Air Liur Meleleh

Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi Getahnya Punca Mulut Melecur Air Liur Meleleh

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 250 hits
Pokok hiasan antara pilihan ibu ibu untuk menaikkan seri di kawasan halaman rumah atau ruang tamu Ini kerana ia antara terapi untuk rumah kelihatan tenang dan sejuk mata memandang Bagaimanapun bagi rumah yang ada anak kecil pemilihan untuk ...
Guan Eng Punca Projek Nfc Gagal Dimuktamadkan Najib Kata

Guan Eng Punca Projek Nfc Gagal Dimuktamadkan Najib Kata

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 608 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyebabkan projek National Feedlot Center gagal dimuktamadkan dakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Menurutnya ada pembeli baharu dikatakan mempunyai kekuatan kewangan dan ...
Penganjur Menjadi Punca Wanita Maut Ketika Aktiviti Bungee Jump Setinggi 82 Kaki

Penganjur Menjadi Punca Wanita Maut Ketika Aktiviti Bungee Jump Setinggi 82 Kaki

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 198 hits
Seorang ibu kepada tiga anak dilapor maut ketika membuat lompatan bungee dengan keadaan yang salah lapor Daily Mail
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal