Umno Enggan Bekerjasama Pn Rangka Strategi Sendiri Hadapi Prn Melaka


agendaily.com16/10/2021
Perikatan Nasional Melaka mempunyai kekuatan tersendiri, tanpa kerjasama UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Perikatan Nasional (PN) akan merangka strategi sendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setelah UMNO enggan bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRN negeri itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan PN termasuk PAS dalam Muafakat Nasional (MN) dalam PRN Melaka hanya akan memecah belahkan rakyat.

“Jika dia (UMNO) tidak mahu bekerjasama, maka sebagai Setiausaha Agung PN, kami akan melakukan mengikut strategi PN sendiri.

“Beliau (UMNO) tidak mahu untuk duduk (bersama PN), saya pulangkan perkara itu kepada pemimpin-pemimpin PN untuk duduk berbincang bagi menentukan masa depan rakyat terutamanya rakyat Melaka sendiri,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, rakyat tidak mahu melihat pemimpin parti politik yang hanya pandai bercakap hingga menyebabkan perpecahan.

Menurutnya, rakyat mahukan pemimpin yang sentiasa mahukan penyatuan dalam kalangan rakyat.

Katanya lagi, kini adalah masanya untuk rakyat menentukan masa depan kedudukan seorang pemimpin yang enggan bekerjasama dengan parti bangsa sendiri.

“Dalam soal ini rakyatlah yang akan menentukan kedudukan pemimpin seperti itu nanti,” katanya.

“Kalau seorang Presiden menganggap dirinya seorang pemimpin besar yang tidak mahu bekerjasama dengan bangsa sendiri, parti yang memperjuangkan nasib rakyat, maka terpulanglah kepada rakyat untuk menentukan masa depannya.

“Yang penting PN bersedia hadapi untuk memilih pemimpin yang penuh berintegriti,” katanya.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa partinya tidak akan meneruskan kerjasama bersama PAS dan Bersatu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut senada dengan Zahid dengan mengatakan parti itu akan kekal dengan pendirian yang pernah dikeluarkan Presiden UMNO.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membuat keputusan itu, susulan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang majoriti apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika itu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan UMNO.

Empat bekas ADUN itu adalah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/umno-enggan-bekerjasama-pn-rangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Melaka Alu Alukan Kerjasama Pn Mn Hadapi Prn Ab Rauf

Umno Melaka Alu Alukan Kerjasama Pn Mn Hadapi Prn Ab Rauf

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 259 hits
UMNO Melaka Alu alukan Kerjasama PN MN Hadapi PRN Ab Rauf MASJID TANAH UMNO negeri Melaka mengalu alukan kerjasama Perikatan Nasional dan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka ...
Najib Mohon Ubah Tarikh Lawat Anak Di Singapura Untuk Bantu Umno Hadapi Prn Melaka

Najib Mohon Ubah Tarikh Lawat Anak Di Singapura Untuk Bantu Umno Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 296 hits
Oleh Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika hadir ke perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur GAMBAR Abd Razak Aid DATUK Seri Najib Tun Razak memohon untuk meminda tarikh pelep...
Prn Melaka Umno Belum Putuskan Kerjasama Dengan Parti Lain

Prn Melaka Umno Belum Putuskan Kerjasama Dengan Parti Lain

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 505 hits
UMNO belum membuat keputusan sama ada bergerak secara solo atau bekerjasama dengan mana mana parti lain bagi Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AW...
Pn Melaka Yakin Kekuatan Sendiri Walau Tak Kerjasama Dengan Umno

Pn Melaka Yakin Kekuatan Sendiri Walau Tak Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 254 hits
JASIN Perikatan Nasional Melaka yakin mampu membentuk kekuatan sendiri menerusi gabungan Bersatu PAS dan Gerakan pada pilihan raya negeri di negeri itu sekiranya tidak bekerjasama dengan Umno kata Pengerusinya Mohd Rafiq Naizamohideen Bersa...
Politik Melaka Pas Kesal Pembubaran Dun Sedia Hadapi Prn Hadi Awang Berapa Kerusi Pas Ada Di Melaka

Politik Melaka Pas Kesal Pembubaran Dun Sedia Hadapi Prn Hadi Awang Berapa Kerusi Pas Ada Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 224 hits
MELAKA Pas melahirkan kekesalan atas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik COVID 19 Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun parti itu bersedia menghadapi sebarang ke...
Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 247 hits
AGENDA DAILY Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man PAS beri jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Melaka Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan...
Ahmad Maslan Enggan Dedah Strategi Kerana Umno Sudah Kuat

Ahmad Maslan Enggan Dedah Strategi Kerana Umno Sudah Kuat

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 205 hits
agendaily com6 19 2021Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan UMNO tidak akan mendedahkan strategi yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka nanti kerana parti tersebut sudah kuat kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad M...
Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 537 hits
Seorang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mendedahkan hanya Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu UMNO bertanding secara solo pada pilihan raya negeri Melaka tetapi setakat ini parti masih belum ada keputusan muktamad ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara

Dark Side Of Him Akaun Kedua Khairul Aming Curi Tumpuan Netizen Tampilkan Sisi Berbeza Dan Santai

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Taruhan Bola Pialabet Handicap Panduan Dan Strategi Terbaik Untuk Pemula

10 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Johor Wajib Singgah Sekali Seumur Hidup