Pm Perlu Jelaskan Keputusan Sambung Khidmat Azam Baki Ngo Antirasuah


malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: May 12, 2023 5:22 PM
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim perlu menjelaskan sebab di sebalik keputusan menyambung khidmat ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, kata peguam Cynthia Gabriel.

Pengasas Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) itu berkata, keputusan melanjutkan khidmat Azam Baki menyukarkan agenda untuk memerangi rasuah.

“Lanjutan ini bukanlah satu langkah yang baik, malah ia menjadi halangan dalam perjuangan Anwar menentang rasuah.

“Dia perlu menjelaskan keputusannya di sini. Kita pastinya boleh melaksanakan proses yang telus dan bertanggungjawab dalam pelantikan jawatan melalui Jawatankuasa Pilihan Parlimen,” katanya kepada Malaysiakini.
Gabriel yang menganggotai Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPG) mengenai Pencegahan Rasuah dan Cukai Bertanggungjawab, berkata, dia mahu segera berjumpa dengan perdana menteri berhubung keputusan itu.

Pada Rabu lalu, ketua setiausaha negara mengumumkan tempoh perkhidmatan Azam dilanjut setahun lagi berkuatkuasa hari ini.

Azam menyambut hari lahirnya yang ke-60 hari ini, yang merupakan umur persaraan wajib.

Dia dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 2020 oleh perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletak jawatan selepas berlaku pertukaran kerajaan pada tahun itu.

Di bawah Akta SPRM 2009, seseorang ketua pesuruhjaya SPRM dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat oleh perdana menteri.

Azam mendapat kritikan selepas terlibat dalam skandal pemilikan saham yang menimbulkan persoalan sama ada ia sepadan dengan pendapatannya sebagai penjawat awam dan kebimbangan berlaku konflik kepentingan.
Azam mendakwa saham itu bukan miliknya tetapi dibeli oleh adiknya dengan menggunakan namanya, sehingga turut mengheret Suruhanjaya Sekuriti dalam isu berkenaan.

Sementara itu, pakar ekonomi, Edmund Terence Gomez memberitahu Malaysiakini bahawa pelantikan semula Azam sebagai "sangat mengejutkan".

“Nama ketua pesuruhjaya itu tercemar pada tahun lepas apabila dakwaan melibatkan pemerolehan saham miliknya didedahkan. Beliau kemudiannya dikekalkan sebagai ketua pesuruhjaya.

“Oleh itu dia telah mencemarkan nama baik institusi yang dipimpinnya,” katanya.

Gomez berkata, hanya pada Mac lalu Anwar mengatakan dia tidak mempunyai sebarang bantahan untuk memindahkan kuasa memilih ketua pesuruhjaya SPRM yang baru kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC).
Gomez berkata untuk tidak membenarkan situasi yang sama berlaku, reformasi jangka panjang perlu dilaksanakan.

Dia menggesa Akta SPRM dikaji semula bagi membolehkan ketua pesuruhjayanya dipilih oleh lembaga penasihat.

Menurutnya, panel seperti PSSC - yang ahlinya dipilih oleh perdana menteri - juga harus benar-benar bebas.

“Cadangan saya ialah ketua pesuruhjaya SPRM perlu dilantik oleh lembaga penasihat, yang dipilih secara bebas. Dalam kedua-dua kes, Pejabat Perdana Menteri tidak sepatutnya bersuara dalam perkara ini.

“Kedua-dua lembaga penasihat dan ketua pesuruhjaya SPRM boleh bertanggungjawab kepada PSSC - yang sepatutnya diketuai oleh ahli pembangkang.

“Pembaharuan dalaman sebegini bermakna wujudnya hubungan jarak dekat antara SPRM dan cabang eksekutif kerajaan,” katanya.

Gomez berkata ini adalah hal yang boleh dilaksanakan dalam sidang parlimen akan datang.

Azam memainkan peranan penting dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB dan mengetuai siasatan berhubung hal ehwal Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Selaku ketua pesuruhjaya SPRM, dia juga menyelia siasatan terhadap pengerusi DAP Lim Guan Eng, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan pemimpin Bersatu.

SPRM sebelum ini juga menyiasat hakim perbicaraan kes SRC International, Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung dakwaan berlaku konflik kepentingan dan salah laku.

Menjelang pilihan raya umum lalu, timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mengancam untuk "mencari" Azam jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, selepas PH menjadi kerajaan Rafizi menafikan dia mengugut ketua pesuruhajaya SPRM itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/pm-perlu-jelaskan-keputusan-sambung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azam Baki S Term As Macc Chief Extended For 1 Year

Azam Baki S Term As Macc Chief Extended For 1 Year

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 374 hits
Azam Baki s term as MACC chief has been extended by one year amid speculation on whether he would be put out to pasture Chief Secretary to the Government Mohd Zuki Ali announced this in a statement today Zuki said the Yang di Pertuan Agong ...
Berbanding Azam Baki Anwar Lebih Patut Dikalungkan Ucapan Tahniah

Berbanding Azam Baki Anwar Lebih Patut Dikalungkan Ucapan Tahniah

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 205 hits
Sebagaimana dilaporkan media Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki disambung khidmatnya setahun lagi untuk mengetuai agensi pencegahan rasuah itu Beliau yang sepatutnya bersara wajib pada 12 Mei ini kerana mencapai usia 60 tahun disambung setahu...
Pm Anwar Azam Baki Idrus Harun S Contracts Extended As They Are Doing A Good Job

Pm Anwar Azam Baki Idrus Harun S Contracts Extended As They Are Doing A Good Job

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 218 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said he decided to extend the contract of Malaysian Anti Corruption Commission chairman Tan Sri Azam Baki because he felt the latter was doing a good job Anwar said the same goes for the Attorney Gene...
Last Minute Tahu Kena Sertai Khidmat Tentera Kai Exo Menangis Luah Perasaan

Last Minute Tahu Kena Sertai Khidmat Tentera Kai Exo Menangis Luah Perasaan

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 164 hits
Nampaknya Kai adalah ahli EXO yang seterusnya akan menjalani khidmat ketenteraan wajibnya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 3 Mei SM Entertainment telah mengumumkan bahawa Kai akan menyertai latihan asas ketenteraan pada 11 Mei ini sebagai pek...
Ph Grassroots Leaders In A Bind Over Azam S Contract Extension

Ph Grassroots Leaders In A Bind Over Azam S Contract Extension

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 172 hits
Azam Baki s contract as the MACC chief commissioner was extended for a year earlier this month PETALING JAYA The extension of Malaysian Anti Corruption Commission chief Azam Baki s contract has left some Pakatan Harapan grassroots leaders e...
Telemovie Cikgu Daniel Lakonan Azam Pitt Melati Melissa

Telemovie Cikgu Daniel Lakonan Azam Pitt Melati Melissa

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 271 hits
Tonton telefilem khas sempena Hari Guru berjudul Cikgu Daniel disiarkan pada 16 Mei ini Selasa pukul 9 malam di TV2 Judul Cikgu Daniel cikgudanielWaktu Siaran Selasa 16 Mei 2023 9 00 malamRangkaian TV2 RTMPenulis Skrip Zakaria HassanPengara...
Lanjutan Kontrak Azam Rosak Imej Pm Tentang Rasuah Kata Gomez

Lanjutan Kontrak Azam Rosak Imej Pm Tentang Rasuah Kata Gomez

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 258 hits
freemalaysiatoday com 12 May 2023 10 30amBekas ahli panel penasihat SPRM itu berkata perdana menteri perlu menjelaskan mengapa beliau membenarkan kontrak Azam Baki dilanjutkan Edmund Terence Gomez berkata lanjutan kontrak Azam Baki akan men...
Azam To Meet Loke Over Misconduct In Ministry

Azam To Meet Loke Over Misconduct In Ministry

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 209 hits
MACC chief Azam Baki will hold a meeting with Transport Minister Anthony Loke to elaborate on the alleged misconduct by staff of an agency under the ministry He said an appointment will be made with Loke in the near future I am ready to exp...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor