Berbanding Azam Baki Anwar Lebih Patut Dikalungkan Ucapan Tahniah




Sebagaimana dilaporkan media, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki disambung khidmatnya setahun lagi untuk mengetuai agensi pencegahan rasuah itu.

Beliau yang sepatutnya bersara wajib pada 12 Mei ini kerana mencapai usia 60 tahun, disambung setahun lagi khidmatnya bermula tarikh yang sama.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata, Yang Di Pertuan Agong telah memperkenankan pelanjutan tempoh perkhidmatan Azam itu.

Ini bererti, perkenan Agong itu diberikan setelah lanjutan khidmatnya dicadangkan oleh kerajaan atau secara spesifeknya oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selaku ketua kerajaan.

Sementara para penyokong PH rata-ratanya terdiam dan ada sebahagian pula geleng kepala dengan perlanjutan khidmat Azam itu kerana beliau merupakan antara subjek kecaman gabungan itu sebelum PRU15 lalu, PN dan Pas pula antara yang paling awal memberikan ucapan tahniah.

Yalah…mana PN tidak gembira dan mengucapkan tahniah kerana selepas Peguam Negara, Idrus Harun yang merupakan lantikan PM8, Mahiaddin Md Yasin sebelum ini juga disambung khidmatnya selama enam bulan lagi, kini giliran Azam pula menerima diberikan khabar gembira.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, dengan perlanjutan khidmat itu bererti isu saham dan dakwaan mengumpul kekayaan yang dikaitkan dengan Azam sebelum ini ternyata tidak berasas.

“Malah kami sentiasa yakin dengan penafian Azam berhubung pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengannya,”tambah Takiyuddin lagi.

Sebuah NGO pro UMNO, tetapi kini juga pro kerajaan iaitu Majlis Perundingan Melayu melalui jurucakapnya Shahbudin Embun, turut mengucapkan tahniah kepada Azam.

Kata beliau, perlanjutan itu membuktikan SPRM di bawah kepimpinan Azam telah memberi keyakinan kepada kerajaan dan rakyat terhadap usahanya selama ini dalam memerangi rasuah tanpa rasa takut.

Adalah dijangka selepas ini lebih banyak ucapan tahniah diterima Azam berikutan perlanjutan khidmatnya itu.

Yang nyata di sini, walaupun menjadi subjek kecaman PH sejak sekian lama, beliau nampaknya bijak menyesuaikan diri apabila terbentuk kerajaan baru.

Selain Anwar sendiri ada mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai pemilikan saham Azam sebelum ini, antaranya mahu sebuah badan bebas menyiasat perkara itu, manakala Rafizi Ramli berjanji untuk mencari KP SPRM jika PH berjaya menjadi kerajaan dan ada juga desakan beliau ditangkap, semua itu kini nampaknya seperti tiada apa-apa pernah yang berbekas di hati bersama kuasa yang sudah diperolehi.

Anwar dan PH seolah-olah sudah boleh menerima Azam, malah diberi lanjutan khidmat selama setahun lagi, walaupun sudah patut bersara secara wajib.

Dalam hal ini, tanpa menafikan Azam memang wajar diberikan ucapan tahniah, yang lebih patut dikalungkan ucapan tahniah yang sebenar-benarnya ialah Anwar sendiri.

Tanpa cadangan Anwar kepada Agong, tentulah tidak mungkin Azam dapat disambung khidmatnya.

Kenapa Anwar masih mahu Azam terus berkhidmat mengetuai SPRM?

Apakah beliau tiada calon lain?

Di sinilah hebatnya Anwar, bukan saja Peguam Negara dan KP SPRM tidak ditukar atau ditamatkan khidmat serta-merta apabila kuasa ada dalam tangannya, pemegang-pemegang jawatan penting lain dalam kerajaan yang sepatutnya perlu ditukar untuk mempercepatkan proses reformasi sebagaimana kerap dilaungkan sebelum ini sepertinya tidak perlu bimbang apa-apa dengan kedudukan mereka.

Agaknya reformasi akan lebih cepat terlaksana dengan mengekalkan semua mereka itu.

Atas kehebatan luar biasa itu, maka janganlah kita lupa atau malu-malu untuk memberi sebesar-besar kalungan tahniah kepada Anwar.

Dulu ketika Peguam Negara disambung pun tiada ucapan tahniah kepada Anwar, janganlah ketika Azam ini pun senyap juga begitu saja.

Apa kata sebagai pendokong dan penyokong PH, mereka tampil beramai-ramai mulai sekarang memberi kalungan tahniah kepada Anwar? – ShahbudinHusin 11/05/2023.

https://shahbudindotcom.net/

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/berbanding-azam-baki-anwar-lebih-patut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Azam Baki Idrus Harun S Contracts Extended As They Are Doing A Good Job

Pm Anwar Azam Baki Idrus Harun S Contracts Extended As They Are Doing A Good Job

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 248 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said he decided to extend the contract of Malaysian Anti Corruption Commission chairman Tan Sri Azam Baki because he felt the latter was doing a good job Anwar said the same goes for the Attorney Gene...
Anwar Hargai Sikap Mb Kelantan Berbanding Sanusi Sombong

Anwar Hargai Sikap Mb Kelantan Berbanding Sanusi Sombong

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 202 hits
Haspaizi Zain Raveena Nagotra Alyaa AlhadjriPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan persekutuan menyambut baik kesediaan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob untuk berunding dengan baik bagi menyelesaikan isu air di negeri itu Berband...
Pm Perlu Jelaskan Keputusan Sambung Khidmat Azam Baki Ngo Antirasuah

Pm Perlu Jelaskan Keputusan Sambung Khidmat Azam Baki Ngo Antirasuah

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 332 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan sebab di sebalik keputusan menyambung khidmat ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki kata peguam Cynthia Gabriel Pengasas Pusat Membanteras Rasuah d...
Berbanding Menyertai Pn Laluan Kj Untuk Jadi Pm Lebih Cerah Jika Masuk Dap

Berbanding Menyertai Pn Laluan Kj Untuk Jadi Pm Lebih Cerah Jika Masuk Dap

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 381 hits
Walaupun Khairy Jamaluddin atau KJ menurut Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hasan bakal menyertai PN tetapi kenyataan Ong Kian Ming bahawa bekas Menteri Kesihatan itu sepatutnya memilih DAP kerana parti itu memerlukan calon Perdana Menteri w...
Azam Baki S Term As Macc Chief Extended For 1 Year

Azam Baki S Term As Macc Chief Extended For 1 Year

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 398 hits
Azam Baki s term as MACC chief has been extended by one year amid speculation on whether he would be put out to pasture Chief Secretary to the Government Mohd Zuki Ali announced this in a statement today Zuki said the Yang di Pertuan Agong ...
Gbp Usd Adakah Bank Of England Akan Pergi Lebih Jauh Berbanding Fed Dan Ecb

Gbp Usd Adakah Bank Of England Akan Pergi Lebih Jauh Berbanding Fed Dan Ecb

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 225 hits
Jangan percaya kata kata percayakan tindakan Gabenor Bank of England Andrew Bailey membayangkan kesilapan penilaian pasaran berhubung pengetatan lanjut dasar monetari manakala Ketua ekonomi Huw Pill bercakap tentang keperluan untuk berhemat...
Pkr Mp Suaram S Criticism Of Anwar Unfair

Pkr Mp Suaram S Criticism Of Anwar Unfair

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 217 hits
Suaram was not fair in its criticism of Prime Minister Anwar Ibrahim said Bayan Baru MP Sim Tze Tzin This comes after its executive director Sevan Doraisamy said that Anwar will be the worst prime minister in the country if he fails to fulf...
Dugaan Pagi Khamis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Sambal Bendi Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Barangan Kaca Dijadikan Doorgift

Ibu Stres Bayi Tertekan Ramai Tak Tahu Kesan Emosi Waktu Mengandung

Makan Sedap Sampai Luka Bernanah Waktu Pantang Makanan Ni Mungkin Puncanya

Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd