Lanjutan Kontrak Azam Rosak Imej Pm Tentang Rasuah Kata Gomez


freemalaysiatoday.com
Joel Shasitiran 12 May 2023, 10:30am

Bekas ahli panel penasihat SPRM itu berkata, perdana menteri perlu menjelaskan mengapa beliau membenarkan kontrak Azam Baki dilanjutkan.
Edmund Terence Gomez berkata lanjutan kontrak Azam Baki akan menjejaskan kredibiliti perdana menteri.
PETALING JAYA: Lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki telah “merosakkan” kredibiliti Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata aktivis anti-rasuah Edmund Terence Gomez.

“Bagaimana kontraknya (Azam) boleh dilanjutkan apabila reputasinya dipersoalkan? Lanjutan kontrak ini terletak di bawah seorang perdana menteri yang bercakap tentang menghapuskan rasuah,” kata Gomez kepada FMT.

“Ia satu kerosakan serius terhadap (kredibiliti) Anwar dan beliau perlu menjelaskan mengapa beliau membenarkan lanjutan itu.”

Gomez meletak jawatan daripada panel penasihat SPRM pada Disember 2021 berikutan laporan mengenai dakwaan terhadap Azam berhubung isu pemilikan saham korporat secara meluas walaupun terdapat had RM100,000 ke atas pegangan ekuiti untuk kakitangan awam.

Azam berkata, dia memberi kebenaran kepada adiknya untuk membeli saham menggunakan akaunnya pada 2015, dan pihak atasannya dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ketika Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan panel penasihat SPRM membersihkan Azam daripada salah laku, beberapa kumpulan pemantau dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) menggesa siasatan dibuka berhubung perkara itu.

Pada Rabu, tempoh perkhidmatan Azam telah dilanjutkan selama setahun. Kontraknya sepatutnya tamat pada 12 Mei.

Azam dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020, berikutan peletakan jawatan pendahulunya, Latheefa Koya, selepas kejatuhan kerajaan PH.

Sementara itu, bekas presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Ramon Navaratnam berkata kerajaan perlu menjelaskan mengapa ia memilih untuk melanjutkan kontrak Azam berikutan kontroversi dagangan saham.

Beliau berkata ini amat penting dalam memastikan keyakinan orang ramai terhadap keputusan kerajaan.

“Orang ramai mesti mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap keputusan (kerajaan) (untuk menyambung kontrak),” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/lanjutan-kontrak-azam-rosak-imej-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menengok Aturan Tentang Pekerja Kontrak Di Uu Cipta Kerja

Menengok Aturan Tentang Pekerja Kontrak Di Uu Cipta Kerja

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 299 hits
Media sosial belakangan ini dihebohkan oleh pengakuan seorang pekerja buruh yang ingin memperpanjang masa kontrak kerja dengan persyaratan yang nyeleneh berupa staycation bersama atasan yang terjadi di salah satu perusahaan di Cikarang Jawa...
Saya Tak Curi Bomba Sendiri Bantu Ambil Air Kata Siti Zailah

Saya Tak Curi Bomba Sendiri Bantu Ambil Air Kata Siti Zailah

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 450 hits
Siti Zailah Mohd Yusoff melihat anggota bomba membuka pili bomba untuk menyalurkan air ke dalam lori sebelum diagihkan kepada penduduk PETALING JAYA Ahli Parlimen Rantau Ranjang Siti Zailah Mohd Yusoff menafikan dakwaan beliau mencuri air d...
Guna Pili Bomba Tanpa Kebenaran Ahli Parlimen Diseru Minta Maaf Kata Menteri

Guna Pili Bomba Tanpa Kebenaran Ahli Parlimen Diseru Minta Maaf Kata Menteri

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 387 hits
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata menjadi kesalahan menggunakan pili bomba tanpa kebenaran PETALING JAYA Nga Kor Ming menyeru seorang Ahli Parlimen meminta maaf kerana menggunakan pili bomba tanpa kebenaran di Kelan...
Netizen Kecam Influencer Buat Content Sindir Golongan B40 Tapi Ryzal Ibrahim Kata Ramai Tak Faham Maksud Tersirat

Netizen Kecam Influencer Buat Content Sindir Golongan B40 Tapi Ryzal Ibrahim Kata Ramai Tak Faham Maksud Tersirat

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 1222 hits
Pempengaruh terkenal Ryzal Ibrahim baru baru ini memuat naik konten mengenai rutin kehidupan B40 Konten tersebut telah mendapat kecaman netizen yang mendakwa seolah olah Ryzal Ibrahim memerli dan menghina golongan B40 ini Bukan itu sahaja n...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Hari Skiing Di Cairngorms Day 3

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Malaysian Ringgit Forecast 2026 How To Find The Lowerst Exchange Rates


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Isu Kesihatan Lelaki Di Malaysia Mengapa Lelaki Hidup Lebih Singkat Dan Apa Puncanya

Cara Simpan Daun Kesum Agar Kekal Segar Lebih 2 Minggu Petua Mudah Berkesan

Ain Syakirah Feat Farah Insyirah Rindu Rinduan Jadi Kenangan Chord

Empati Yang Terlalu Dalam Sunyi Yang Terlalu Jujur

Editor S Choice An Alternative Top 10 For 2025

Dpsp Upsi Ambilan Mac 2026