Pm Dan Sumbangannya Dalam Kejayaan Bn Di Johor


 
Belum pernah dalam sejarah di mana-mana PRK atau PRN sebelum ini, Perdana Menteri turun sekerap yang dilakukan Ismail Sabri Yaakob dalam PRN Johor.
Malah, beliau menjelajah seluruh Johor untuk bertemu dengan semua kepimpinan bahagian bagi memberi semangat dan meninjau perjalanan kempen.
Selain tenaga, masa dan kesungguhan, saya yakin bukan sedikit wang ringgit yang beliau habiskan untuk parti dan calon dalam PRN Johor ini.
Semuanya tidak lain adalah untuk memastikan UMNO dan BN mencapai kejayaan yang diidam-idamkan.
Berbanding dengan Najib Razak atau Bossku dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat memilih kawasan Parlimen atau calon tertentu untuk dibantu, Perdana Menteri sebaliknya berjumpa dan membantu semua kawasan serta menyeluruh.
Semasa kempen juga kedengaran suara-suara nakal daripada calon dan kepimpinan bahagian yang mengeluh bahawa Bossku hanya datang untuk makan-makan dan kemudian terus balik.
Seolah-olah berpenat jentera parti datang beramai-ramai menyambut beliau tidak lebih hanya untuk jadi “contents” dalam media sosialnya saja.
Bagi yang pernah jadi calon, ada juga yang dikatakan mengeluh, ini kali pertama dalam sejarah di mana parti dan Presiden tidak membantu calon dari segi kewangan.
Kesemua peruntukan untuk menggerakkan jentera adalah datang daripada UMNO Johor semata-mata.
Dalam hal ini, mujurlah kepimpinan UMNO dan BN Johor sangat beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, memahami serta hebat seperti Hasni Mohamad.
Beliaulah yang membantu semua calon dan kawasan DUN seluruh Johor selain dari bantuan yang dihulurkan oleh menteri-menteri UMNO serta kepimpinan UMNO negeri-negeri yang lain.
Saya sempat bertanya kepada sorang Pengerusi Perhubungan UMNO negeri di sebuah negeri di utara, berapa banyak yang ibu pejabat UMNO bagi untuk PRN Johor kepada setiap calon, selamba dia Jawab.. ‘Sekupang pun Presiden tak bantu kali ini.’
Tetapi bila UMNO dan BN diumumkan menang semalam, bukan Perdana Menteri, Hasni atau UMNO negeri-negeri yang diberi penghargaan, sebaliknya Zahid Hamidi telah menghadiahkan kemenangan serta terima kasih kepada Bossku.
Yang tidak begitu membantu, hanya bermain di media sosial, bahkan merupakan liabiliti sepanjang kempen kerana diserang pelbagai parti lawan telah dijulang sebagai hero yang sebenar.
Bahkan, kalau mahu dikira, tiada sekeping pun poster gambar Presiden dan Bossku yang berani UMNO jual sepaniang kempen berlangsung, melainkan yang ada hanyalah gambar Perdana Menteri dan Hasni.
Saya amat bersimpati kepada Menteri Besar Johor yang tidak diraikan dan Perdana Menteri yang jelas dimalukan dengan laungan ‘Bubar Parlimen’ pada saat UMNO dan BN meraikan kemenangan semalam.
Tidak sewajarnya laungan itu dihadapkan kepada Perdana Menteri, melainkan untuk menekan dan menunjukkan rasa tidak hormat kepadanya sebagai ketua kerajaan.
Bukan sedikit jasa Perdana Menteri dalm PRN Johor ini dan saya yakin Bangsa Johor tidak berperangai begitu, semua yang terpamer semalam itu adalah gelagat sekawan ‘beruk upahan yang tertelan lobak’ yang dipercayai datang dari luar negeri Johor.
Saya sedih melihat UMNO sekarang ini kerana ia sedang dipimpin oleh orang yang salah dan dikelilingi insan-insan yang yang hanya perasan mereka adalah hebat.
Ingatlah, perjuangan belum lagi selesai dan rakyat menunggu PRU15 sebagai detik sebenar di mana mereka akan keluar beramai-ramai untuk menolak pemimpin yang kotor.
PRN bukan ukuran atau sandaran kekuatan sokongan rakyat, UMNO perlu menukar nakhoda dengan segera jika ingin diterima rakyat seperti mana Hasni diterima oleh Bangsa Johor.
RAMLAN YUSOF
Ahli UMNO dan Jentera Petugas Zon Tengah (16 hari berkempen dalam PRN Johor?






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/pm-dan-sumbangannya-dalam-kejayaan-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Kejayaan Perkongsian Kuasa Bn Telah Terbukti

Prn Johor Kejayaan Perkongsian Kuasa Bn Telah Terbukti

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 189 hits
JOHOR BAHRU Keputusan UMNO meletakkan calon di 37 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor dan bukan 42 sebagaimana diumumkan sebelum ini merupakan manifestasi kekuatan persefahaman antara parti komponen Barisan Nasional ...
Dahulunya Di Felda Johor

Dahulunya Di Felda Johor

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 171 hits
Di suatu Felda Dahulu nak pacak bendera parti keADILan kena sepak ludah side mirror keta patah motor coverset pecah Sekarang Meskipun berlainan ideologi politik Rakan Pemuda Umno sanggup tahan Kak Wan untuk selfie bersama Dahulu dan Sekaran...
Prn Johor 22 531 Anggota Pdrm Atm Mengundi Esok

Prn Johor 22 531 Anggota Pdrm Atm Mengundi Esok

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 229 hits
JOHOR BAHRU Seramai 22 531 pengundi yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia Johor dan Angkatan Tentera Malaysia serta pasangan akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri Johor Selasa ini Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Ma...
Orang Johor Kurang Kesedaran Politik Islam Hadi

Orang Johor Kurang Kesedaran Politik Islam Hadi

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Kurang kesedaran politik Islam di Johor adalah punca Pas tidak mampu menawan hati penduduk negeri itu walaupun ia menjadi antara negeri terawal ditubuhkan cawangan parti berkenaan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata p...
Prn Johor Polis Siasat Video Tular Bertengkar Pasang Bendera Parti

Prn Johor Polis Siasat Video Tular Bertengkar Pasang Bendera Parti

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 228 hits
Rakaman video itu dikesan tular semalam pada 6 petang bagaimanapun sehingga kini polis masih tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu JOHOR BAHRU Polis menjalankan siasatan susulan satu rakaman video tular di media sosial memap...
Bn Sets Eyes On Two Third Majority In Johor

Bn Sets Eyes On Two Third Majority In Johor

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 195 hits
Barisan Nasional hopes to achieve a two third majority victory in the Johor state elections Umno vice president Ismail Sabri Yaakob said He said BN s chances were good but the coalition does not intend to merely settle for a simple majority...
Muhyiddin Not Convinced Of Pn Candidate For Johor Mb Says Shahrir

Muhyiddin Not Convinced Of Pn Candidate For Johor Mb Says Shahrir

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 284 hits
Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin s failure to announce the coalition s pick for menteri besar should PN form the next Johor government points to a lack of trust in its 56 candidates says Umno veteran Shahrir Samad The Johor Bahr...
Let Ceramah Speakers In Johor Polls Remove Mask Kj Tells Ec

Let Ceramah Speakers In Johor Polls Remove Mask Kj Tells Ec

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 450 hits
The Health Ministry has recommended to the Election Commission to give flexibility for those giving ceramah in the campaign for the Johor state election to not have to wear a mask when giving the talk However he said the relaxation on the w...
Prn Johor Khemah Besar Ph Tidak Begitu Menjadi Kata Penganalisis

Prn Johor Khemah Besar Ph Tidak Begitu Menjadi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 192 hits
freemalaysiatoday com March 7 2022 9 00 AMPenganalisis politik berpandangan khemah besar PH gagal diserlahkan kesatuannya pada PRN Johor kali ini PETALING JAYA Khemah besar yang diharapkan pimpinan Pakatan Harapan untuk menyerlahkan kesatua...
15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Cancel Culture Antara Keadilan Sosial Dan Pengadilan Massa Digital

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Beto Tolak Babak Atas Katil Watak Lgbt Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga