Prn Johor Kejayaan Perkongsian Kuasa Bn Telah Terbukti



JOHOR BAHRU – Keputusan UMNO meletakkan calon di 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan bukan 42 sebagaimana diumumkan sebelum ini, merupakan manifestasi kekuatan persefahaman antara parti komponen Barisan Nasional (BN).
Pengerusi BN Johor dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, keputusan UMNO berkenaan bilangan calonnya pada PRN Johor kali ini didorong oleh semangat BN, dan kejituan konsep perkongsian kuasa yang menjadi amalan serta tonggak parti itu selama ini.
“Kita berpegang kepada konsep kongsi kuasa ini, walaupun (Timbalan Presiden UMNO) Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan mengatakan UMNO perlu bertanding 42 kerusi, itu hasrat kita.
“Kita akan cuba cadangkan (bertanding di 42 kerusi), kita akan cuba dapatkan tetapi akhirnya apabila di atas semangat BN, di atas semangat kita faham tentang negeri Johor ini tadi, mungkin Melaka berbeza kerana suasana dan keadaan,” katanya ketika ditemuramah oleh moderator Irfan Faruqi dalam program Suara Johor terbitan Bernama TV yang disiarkan pada Ahad.
Akhir bulan lepas, Mohamad mengatakan bahawa UMNO akan meletakkan 42 calon pada PRN Johor, tetapi dua hari sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari, parti itu mengumumkan calon-calonnya akan hanya bertanding di 37 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
Ia adalah tambahan dua kerusi berbanding 35 yang ditandingi oleh calon-calon UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.
PRN Johor akan menyaksikan calon-calon MCA bertanding di 15 kerusi, manakala MIC di empat DUN.
Menurut Hasni lagi, di dalam soal pembahagian kerusi di antara parti-parti komponen BN mereka cuba untuk mencari titik pertemuan, yang dapat memperkukuhkan lagi usaha mencapai keputusan terbaik bagi memastikan parti memperoleh kemenangan.
“Ada yang mengatakan kenapa MCA perlu bertanding 15 (kerusi pada PRN Johor). Pada PRU14 dulu, 15 kerusi bertanding, kosong, tiada satu kerusi pun menang. Gerakan sewaktu menjadi rakan dalam BN, dua kerusi bertanding, tiada satu kerusi pun menang.
“Jadi, kenapa harus kita kekalkan MCA bertanding 15 kerusi?” katanya sambil menambah, apabila persoalan-persoalan sebegini berbangkit maka BN akan berbalik kepada konsep perkongsian kuasa dan semangat BN yang menjadi pegangan parti itu sejak ia ditubuhkan.
Hasni berkata, oleh kerana persefahaman yang utuh di antara parti-parti komponen BN, hasrat parti untuk mengetengahkan 30 peratus calon wanita pada PRN Johor kali ini juga, berjaya direalisasikan berbanding parti-parti yang lain.
“Ada pihak melaungkan sahaja, hendak 30 peratus suara wanita, tapi calon wanita yang diketengahkan adalah dua tiga kerat sahaja.
“Kita (BN) tidak bising tentang soal mengiktiraf suara wanita, peranan wanita, kita sediakan hampir 30 peratus yang menjadi calon wanita (BN pada PRN Johor). Insya-Allah, mereka akan menjadi sebahagian daripada pembuat dasar di negeri Johor ini,” kata Hasni.
Pendirian BN terhadap calon muda juga adalah sama, di mana parti itu katanya akan mengetengahkan pemimpin-pemimpin mudanya sebagai calon parti, sama ada di peringkat di DUN atau Parlimen.
Pada PRN Johor kali ini, BN mengiktiraf kebolehan pemimpin-pemimpin mudanya dengan meletakkan Kelly Chye Pei Yee yang baru berusia 26 tahun sebagai calonnya di DUN Mengkibol, untuk muncul sebagai calon termuda pada pilihan raya negeri ini.
BN Johor menurut Hasni, faham tentang apa yang perlu dilakukan untuk membangunkan Johor.
“Kita mempunyai keyakinan yang tinggi, ia bukan tidak berasas (tetapi) berasas. Oleh kerana lamanya kita bergelumang dengan masyarakat di bawah, lamanya kita dalam segi merangka perancangan-perancangan untuk kepentingan rakyat di bawah.
“Maka atas dasar itulah, saya rasa pilihan raya kali ini BN, saya percaya akan menjadi pilihan rakyat,” katanya dan menambah bahawa pentadbiran kerajaan negeri perlu memiliki integriti dan keupayaan yang tinggi, selain kebolehan yang meluas untuk melaksana dasar-dasar.
Pengerusi BN Johor dan Menteri Besar itu juga menyentuh tentang reformasi politik terutamanya berkenaan tindakan ‘lompat’ parti dalam kalangan beberapa ahli politik.
“Kita perlu menjadi ahli parti yang setia. Jikalau itu tidak difahami, mengapa kita perlu bercakap tentang soal integriti. Sebab itu reformasi politik perlu dibuat,” katanya sambil menambah tindakan sesetengah ahli politik ‘melompat’ perlu dihentikan.
Hasni juga berkata reformasi politik juga perlu dilakukan bagi menangani isu ketidakseimbangan sesetengah kawasan DUN, yang memiliki lebih dari 100,000 pengundi tetapi diuruskan oleh seorang wakil rakyat, berbanding sesetengah kawasan DUN yang hanya mempunyai 30,000 pengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor. – Bernama
 
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/191375/Pilihan-Raya/PRN-Johor/Persefahaman-perkongsian-kuasa-BN-terbukti-pada-PRN-Johor
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud Tok Mat lipat Tajuddin Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi? ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat. PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil Layari Laman Facebook MYKMU.NET
 
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

 
The post PRN Johor: Kejayaan perkongsian kuasa BN telah terbukti appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/07/prn-johor-kejayaan-perkongsian-kuasa-bn-telah-terbukti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Tanpa Pas Sudah Terbukti Umno Boleh Bergerak Solo Penganalisis

Prn Johor Tanpa Pas Sudah Terbukti Umno Boleh Bergerak Solo Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 156 hits
PRN Johor Tanpa Pas Sudah Terbukti UMNO Boleh Bergerak Solo Penganalisis Kemenangan besar yang dibuktikan oleh UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor semalam memberi isyarat yang jelas bahawa parti keramat terbesar orang M...
Bn Nafi Prn Johor Adalah Kerana Rebut Kuasa

Bn Nafi Prn Johor Adalah Kerana Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 193 hits
Pilihan Raya Negeri Johor kali ini diadakan bukan kerana Barisan Nasional dikatakan gila kuasa tetapi sebenarnya rakyat negeri Johor amat memerlukan sebuah kerajaan yang mentadbir dengan stabil Bekas Ketua Masyarakat Air Masin Kukup Datuk W...
Prn Johor Bukan Kerana Tamak Kuasa Tapi Rakyat Perlukan Kerajaan Stabil

Prn Johor Bukan Kerana Tamak Kuasa Tapi Rakyat Perlukan Kerajaan Stabil

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 166 hits
PRN Johor Bukan Kerana Tamak Kuasa Tapi Rakyat Perlukan Kerajaan Stabil Pilihan Raya Negeri Johor kali ini diadakan bukan kerana Barisan Nasional dikatakan gila kuasa tetapi sebenarnya rakyat negeri Johor amat memerlukan sebuah kerajaan yan...
Perikatan Nasional Akan Tersingkir Selepas Prn Johor

Perikatan Nasional Akan Tersingkir Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 184 hits
PETALING JAYA Gelanggang yang sesak pada pilihan raya negeri Johor terutamanya dengan penampilan parti yang lebih kecil buat kali pertama akan menguntungkan Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional berkemungkinan kehilangan kedudukan dala...
Prn Johor Dap Bidas Warisan Mahu Rebut Undi Masyarakat Cina

Prn Johor Dap Bidas Warisan Mahu Rebut Undi Masyarakat Cina

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 350 hits
PASIR GUDANG Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa kehadiran Parti Warisan Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Johor hanya untuk mengganggu dan memecah undi masyarakat Cina dan bukan bertujuan melakar kemenangan Menurut beliau perkara itu ...
Prn Johor Dap Parti Rasis Tiada Tempat Dalam Politik Malaysia

Prn Johor Dap Parti Rasis Tiada Tempat Dalam Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 168 hits
JOHOR BAHRU DAP tidak seharusnya diberikan tempat dalam politik tanah air khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri Johor kerana sikap pemimpin dan ahli ahlinya yang rasis Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ...
Prn Johor Warisan Boleh Perintah Johor Dengan 6 Kerusi

Prn Johor Warisan Boleh Perintah Johor Dengan 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 169 hits
Shafie Apdal minta rakyat Johor tolak kerajaan terdahulu Habis tu rakyat Johor mahu sokong siapa
Prn Johor Elaun Semua Adun Diteruskan Jika Bn Diberi Mandat

Prn Johor Elaun Semua Adun Diteruskan Jika Bn Diberi Mandat

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 374 hits
Hasni menunjukkan manifesto yang diberi nama Ikhtiar BN sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Pelancaran Ikhtiar BN Johor di Pejabat B...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco