Pm Boleh Mula Joging Main Badminton Di Luar Isnin Ini
PM: Boleh mula joging, main badminton di luar Isnin ini
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bermula Isnin ini, rakyat dibenarkan kembali melakukan aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai.
Kebenaran itu termasuklah untuk aktiviti joging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang yang dibuat di luar.
Bagaimanapun, semua aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan serta lain-lain risiko jangkitan, masih lagi tidak dibenarkan buat masa ini, seperti bola sepak, ragbi, serta semua acara sukan indoor (dalam dewan) dan stadium.
“Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton.
“Joging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan,” katanya dalam perutusan khas hari ini.
Muhyiddin hari ini mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang akan menyaksikan hampir semua sektor ekonomi akan mula dibuka Isnin ini.
Bagaimanapun, tambah beliau, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ketat seperti ditetapkan pihak berkuasa.
Dalam tempoh penguatkuasaan PKP sejak 18 Mac lalu, semua perusahaan diarahkan tutup kecuali perkhidmatan penting, dan orang ramai diminta duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar termasuklah untuk bersukan, kecuali untuk urusan penting sahaja.
Kata Muhyiddin, meskipun kes jangkitan mencatatkan penurunan, rakyat perlu menerima hakikat bahawa adalah mustahil untuk mana-mana negara mencapai angka sifar dalam jangkitan Covid-19 dalam bulan-bulan akan datang.
Apa yang perlu dilakukan, katanya, adalah mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Justeru, rakyat diminta tidak alpa dan terus berwaspada dengan terus mengamalkan tabiat penjarakan sosial, membasuh tangan, memakai penutup hidung dan mulut di kawasan awam, dan segera berjumpa doktor sekiranya bergejala.
Dalam perutusan hari ini, Muhyiddin juga memaklumkan bahawa majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumahrumah ibadat juga tidak dibenarkan.
Selain itu, perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Buat masa ini, kata Muhyiddin, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka. - Malaysiakini
rePublish Berita Terkini MalaysiaPM: Boleh mula joging, main badminton di luar Isnin ini Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/05/pm-boleh-mula-joging-main-badminton-di.html