Pm Anwar Harap Pertemuan Dengan Trump Jamin Hak Rakyat Palestin Negara Berdaulat


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu rakaman video berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 pada 4 Oktober 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada hujung bulan ini dapat menyumbang kepada jaminan hak rakyat Palestin dan merealisasikan penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
Perdana Menteri berkata, kunjungan Trump ke Malaysia adalah untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
“Saya menantikan dan mengharapkan suatu ruang dialog dan wacana yang segar dan terbuka tentang bagaimana Malaysia, bersama dengan rakan-rakan, dapat menyumbang serta membentuk satu orde dunia yang adil dan damai yang berkekalan dan tentunya akan mencakup serta menjamin hak rakyat Palestin dan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan bermaruah,” kata beliau dalam satu mesej video hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu rakaman video berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 pada 4 Oktober 2025. Foto YouTube Anwar IbrahimAnwar turut mengalu-alukan persetujuan bersyarat Hamas terhadap cadangan pelan gencatan senjata, yang disifatkan beliau sebagai perkembangan penting yang menyalakan kembali harapan untuk menghentikan peperangan dan meredakan penderitaan orang awam di Gaza.
“Saya maklum akan kenyataan Presiden Donald Trump, khusus pada seruan agar Israel menghentikan serangan dan pengeboman supaya langkah yang kukuh dan teguh ke arah perdamaian dapat digerak dan dijelmakan,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata aspek terpenting pada masa ini ialah kebijaksanaan dan sikap kesabaran tinggi, terutamanya untuk menghentikan serangan dalam kadar segera, menjamin tempoh bertenang dan mempercepat serta memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

“Keamanan yang kekal tidak akan tercapai dalam sekelip mata. Walhasil, ia mesti dibina dengan kesabaran yang jitu, langkah demi langkah. Kita tidak akan mampu menerima sebarang penangguhan dalam mengakhiri penderitaan warga Gaza. Tragedi sadis ini – yang telah menghentak nurani dunia ini – mesti segera dihentikan,” kata beliau.
Anwar berkata negara Arab, terutama Qatar bersama-sama Turkiye dan dunia Islam khususnya, kini menggalas peranan yang penting dalam memastikan proses gencatan senjata berterusan sekali gus menghidupkan kembali prospek ke arah penyelesaian politik.
“Amerika Syarikat juga memikul tanggungjawab yang besar, khususnya dalam memberikan tekanan kepada Israel untuk tunduk dan hormati kewajiban serta mesti memberikan ruang dan peluang kepada diplomasi,” kata beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu rakaman video berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 pada 4 Oktober 2025. Foto YouTube Anwar IbrahimTerdahulu, Hamas dilaporkan menerima sebahagian daripada 20 perkara yang terkandung dalam pelan damai yang dikemukakan Presiden Trump.
Pelan itu antara lain turut merangkumi pembebasan semua tawanan Israel dalam tempoh 72 jam selepas kelulusan pelan, sebagai pertukaran kepada pembebasan ratusan tahanan Palestin dari penjara Israel.
Selain itu, pelan berkenaan menetapkan penghentian permusuhan, pelucutan senjata semua kumpulan bersenjata di Gaza serta pengunduran berperingkat Israel dari wilayah terbabit, yang kemudiannya akan ditadbir pihak berkuasa teknokrat.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/pm-anwar-harap-pertemuan-dengan-trump.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin Kpt

Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin Kpt

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 254 hits
Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin KPT Kementerian Pendidikan Tinggi menzahirkan penghargaan dan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Kerajaan Malaysia dalam mempertahank...
Dewan Rakyat Sesi Mqt Tiada Hari Ini Pm Anwar Dititah Ke Istana Negara

Dewan Rakyat Sesi Mqt Tiada Hari Ini Pm Anwar Dititah Ke Istana Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 184 hits
Dewan Rakyat Sesi MQT Tiada Hari Ini PM Anwar Dititah Ke Istana Negara KUALA LUMPUR 7 Okt Sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ditiadakan susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dititah ol...
Kerajaan Sedia Bantuan Biasiswa Kejuruteraan Rangkaian Untuk 5 Rakyat Palestin

Kerajaan Sedia Bantuan Biasiswa Kejuruteraan Rangkaian Untuk 5 Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 159 hits
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia bagi membantu mereka membina semula rangkaian komunikasi yang musnah dibedil Israel di Gaza Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau juga akan meminta SKMM bekerjasama dengan pihak berkaitan ...
Pelan Damai Gaza Perlu Ambil Kira Jaminan Kebebasan Kemerdekaan Palestin Kata Anwar

Pelan Damai Gaza Perlu Ambil Kira Jaminan Kebebasan Kemerdekaan Palestin Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 261 hits
Perdana menteri berkata sokongan bersyarat Malaysia itu turut mengambil kira pendirian negara Arab dan Islam serta keputusan Hamas sendiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata butiran lanjut mengenai perjanjian damai perlu diperhalusi bagi...
Uk Kanada Australia Secara Rasmi Iktiraf Negara Palestin

Uk Kanada Australia Secara Rasmi Iktiraf Negara Palestin

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 663 hits
UK Kanada Australia Secara Rasmi Iktiraf Negara Palestin Australia secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka menandakan perubahan besar dalam dasar luar negaranya berhubung konflik Israel Gaza Pengumuman ...
Pm Anwar Arah Setiausaha Politik Amp Ceo Mapim Ke Istanbul Pantau Keadaan Aktivis Negara

Pm Anwar Arah Setiausaha Politik Amp Ceo Mapim Ke Istanbul Pantau Keadaan Aktivis Negara

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 233 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Setiausaha Politik beliau Dato Ahmad Farhan Fauzi dan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dato Dr Sany Araby untuk ke Istanbul bagi melihat sendiri keadaan para delegasi Malaysia...
Anwar Summoned To Istana Negara No Pm S Question Time Today Says Speaker

Anwar Summoned To Istana Negara No Pm S Question Time Today Says Speaker

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim was summoned for a meeting with the Conference of Rulers at Istana Negara early Tuesday says Tan Sri Datuk Johari Abdul The Dewan Rakyat Speaker informed the August House that Anwar would...
Anwar Should Not Revoke Trump Invitation

Anwar Should Not Revoke Trump Invitation

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 210 hits
Covfefe US President Donald TrumpThe upcoming visit of Donald Trump will be another opportunity for extremists to vent As the Asean chair Malaysia s invitation to the US president as odious as he is should be a non issue for rational thinki...
Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 256 hits
erdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menganjurkan perhimpunan khas bagi meraikan kepulangan para aktivis Global Sumud Flotila yang baru sahaja dibebaskan daripada tahanan tentera Israel Perhimpunan khas sambut w...
Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Azlina Aziz Wajahmu Di Mana Mana Chord

Plastiroute Spotline Digunakan Di Laluan Persekutuan Pulau Pinang Tingkatkan Pantulan Lampu Kenderaan

Ada Kaitan Ke Goiter Dan Tirads

Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai

Lucent House Core Cluster Thailand

Hang Lung Memperluas Portfolio Runcit Di Wuxi Menandakan Satu Lagi Pencapaian Dalam Strategi V 3 Mereka

Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Brisk Walk 7 Disember 2025

Majlis Apresiasi Si Putri

Yummy Shin Of Beef Curry Recipe

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung Amat Baik Untuk Kesihatan Dan 100 Semula Jadi

Siapa Lagi Gangster

Indoor Game Suka Suka Je