Dewan Rakyat Sesi Mqt Tiada Hari Ini Pm Anwar Dititah Ke Istana Negara


Dewan Rakyat: Sesi MQT Tiada Hari Ini, PM Anwar Dititah Ke Istana Negara
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ditiadakan susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dititah oleh Majlis Raja-Raja untuk hadir ke Istana Negara pagi ini.
Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, Perdana Menteri dijadual menjawab dua soalan pada sesi berkenaan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebaik persidangan Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi ini.
“Sepatutnya pagi ini kita ada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, dengan dua soalan yang telah dikemukakan oleh (Yang Berhormat) Paya Besar (Datuk Mohd Shahar Abdullah-BN) dan Masjid Tanah (Datuk Mas Ermieyati Samsudin-PN).
“Namun saya difahamkan bahawa Perdana Menteri tidak dapat hadir pada pagi ini kerana dititah oleh Majlis Raja-Raja untuk berada di Istana Negara pada pukul 10 pagi,” katanya.
BACA: Dewan Rakyat Lulus RUU Majlis Media, Kemenangan Besar Buat Media – Fahmi Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengusulkan supaya sesi MQT ditiadakan dan persidangan Dewan Rayat diteruskan dengan sesi soal jawab lisan.
Usul untuk menangguhkan sesi MQT itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2) dan disokong oleh Ahli Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Johari kemudiannya memaklumkan bahawa dua soalan yang dikemukakan pada sesi MQT itu akan dijadualkan semula pada sesi lain tanpa perlu dimasukkan ke dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Mohd Shahar bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai pendirian Malaysia terhadap pelan damai yang pernah dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump, berhubung konflik Palestin-Israel.
Sementara Mas Ermieyati pula mengajukan soalan berhubung tahap persediaan kerajaan dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) khususnya dari segi promosi antarabangsa serta penglibatan kerajaan negeri.
MQT yang diadakan setiap Selasa memperuntukkan ruang kepada Ahli Parlimen untuk mengemukakan soalan secara langsung kepada Perdana Menteri mengenai pelbagai isu semasa, manakala sesi sama pada Khamis pula dijawab oleh menteri Kabinet.
Sumber: Bernama
The post Dewan Rakyat: Sesi MQT Tiada Hari Ini, PM Anwar Dititah Ke Istana Negara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/07/dewan-rakyat-sesi-mqt-tiada-hari-ini-pm-anwar-dititah-ke-istana-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmx Dititah Ke Istana Negara Tamparan Berat Buat Parti Star

Pmx Dititah Ke Istana Negara Tamparan Berat Buat Parti Star

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 75 hits
Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat tidak dapat diadakan apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipanggil ke Istana Negara pagi ini Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang kemudiannya meminta...
Anwar Summoned To Istana Negara No Pm S Question Time Today Says Speaker

Anwar Summoned To Istana Negara No Pm S Question Time Today Says Speaker

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 89 hits
KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim was summoned for a meeting with the Conference of Rulers at Istana Negara early Tuesday says Tan Sri Datuk Johari Abdul The Dewan Rakyat Speaker informed the August House that Anwar would...
Pm Anwar Harap Pertemuan Dengan Trump Jamin Hak Rakyat Palestin Negara Berdaulat

Pm Anwar Harap Pertemuan Dengan Trump Jamin Hak Rakyat Palestin Negara Berdaulat

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 99 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu rakaman video berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 pada 4 Oktober 2025 Foto YouTube Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 4 ...
Police Malaysia Pdrm Pet The Cat Istana Negara

Police Malaysia Pdrm Pet The Cat Istana Negara

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 89 hits
So brave and cute cat It takes just one cat to charm the police outside the Istana Negara Malaysia Credits editing Original Footage
23 Wira Negara Sumud Flotilla Dijangka Pulang Dari Turkiye Hari Ini

23 Wira Negara Sumud Flotilla Dijangka Pulang Dari Turkiye Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 88 hits
HarapandailyOctober 6 2025Seramai 23 sukarelawan Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla dijangka dapat terbang pulang ke tanah air seawal awalnya hari ini Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul memaklumkan semua proses yang ...
Pm Anwar Arah Setiausaha Politik Amp Ceo Mapim Ke Istanbul Pantau Keadaan Aktivis Negara

Pm Anwar Arah Setiausaha Politik Amp Ceo Mapim Ke Istanbul Pantau Keadaan Aktivis Negara

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 107 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Setiausaha Politik beliau Dato Ahmad Farhan Fauzi dan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dato Dr Sany Araby untuk ke Istanbul bagi melihat sendiri keadaan para delegasi Malaysia...
Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kebangsaan

Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kebangsaan

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 820 hits
Berita baik Hari Sukan Negara 2025 kembali lagi dengan pelbagai aktiviti terbuka untuk semua Pelbagai program dan aktiviti menanti anda di seluruh negara bermula 11 Oktober 2025 Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengapa ia disam...
Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 104 hits
erdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menganjurkan perhimpunan khas bagi meraikan kepulangan para aktivis Global Sumud Flotila yang baru sahaja dibebaskan daripada tahanan tentera Israel Perhimpunan khas sambut w...
Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan Fifa Tak Tepat Fam

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter

Mufti Pahang Jangan Korbankan Nilai Islam Dalam Menganjurkan Majlis Rasmi Kerajaan Yang Dihadiri Orang Muslim

Minimalisme Cara Hidup Ringkas Yang Boleh Buat Hidup Lebih Tenang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayur Masak Lemak Kuning

Resepi Salad Kentang

Amyza Aznan Berhijab Netizen Doa Semoga Istiqamah

Kenapa Hidup Kita Rasa Sibuk Tapi Tak Pergi Mana Mana Tukang Karut

Bolehkah Gempa Bumi Diramal

Kepentingan Pengeluaran Silaj Tempatan Rumput Napier Sebagai Kunci Kelestarian Industri Ternakan