Pkr Tak Patut Ada Masalah Menang Bergaya Di Semua 10 Kerusi Ditandinginya






10 November 2025


Semalam, dua parti iaitu PKR dan UMNO/BN telah pun mengumumkan calon-calon yang bertanding bagi PRN Sabah, 29 November depan.


UMNO/BN mengumumkan bertanding di 41 kerusi, manakala PKR 10 kerusi.


Meskipun UMNO/BN bertanding lebih banyak kerusi, tetapi perbualan ramai nampaknya lebih tertumpu kepada PKR yang hanya bertanding sedikit kerusi.


Tidak banyak orang bercakap tentang calon-calon UMNO/BN, walaupun lebih 80 peratus adalah muka baru yang berpendidikan tinggi.


Apa yang menarik dalam PRN Sabah ini ialah berlakunya pertembungan cinta tiga segi antara PKR, UMNO/BN dan GRS.


PKR bekerjasama dengan UMNO/BN dan ia juga bekerjasama dengan GRS.


Ertinya, di mana PKR bertanding, UMNO dan GRS tidak meletakkan calon mereka di kerusi tersebut.


GRS belum lagi mengumumkan nama-nama calonnya dan ia dijangka dilakukan pada 13 November akan datang.


Tetapi, antara UMNO/BN dan GRS berlaku permusuhan yang nyata dan terbuka.


Disebabkan  GRS dan UMNO/BN saling bermusuhan, tidaklah sukar dijangka bahawa di mana UMNO/BN bertanding, di situ jugalah GRS akan meletakkan calonnya.


Ditolak PKR yang bertanding 10 kerusi dan ahli komponen PH yang lain iaitu DAP dijangka meletakkan calon di 7 kerusi, Upko 5 kerusi dan Amanah 1 kerusi, ini bermakna GRS akan bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi daripada 73 jumlah kerusi Dun Sabah keseluruhannya.


Warisan sudah mengumumkan sebelum ini akan bertanding di semua 73 kerusi, sementara PN masih belum memuktamadkan lagi jumlah kerusi yang akan mereka tandingi.


Berbalik kepada 10 calon PKR, tiga daripadanya paling menarik perhatian dan paling banyak diperbualkan oleh masyarakat, baik di Sabah mahu pun di Semenanjung.


Pertama ialah Yamani Hafez Musa, calon yang diletakkan di Dun Sindumin yang merupakan anak TYT Tun Musa Aman.


Beliau bermula daripada UMNO, kemudian menyertai Bersatu pada 2019, seterusnya berpindah ke GRS dan kini PKR


Kedua, Jamawi Jaafar, pemimpin yang sebelum ini berasal daripada UMNO, kemudian masuk Warisan, seterusnya masuk UMNO semula, kemudiannya menyertai PGRS dan kini dijadikan calon PKR di Dun Melalap.


Ketiga, Ruji Ubi iaitu seorang pendatamg baru dalam PKR di mana sebelum ini beliau adalah penjawat awam dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kini dipertaruhkan sebagai calon di Dun Melalap.


Seorang lagi calon PKR adalah juga daripada PGRS iaitu George Hiew yang diletakkan di Dun Karamunting.


Makna kata, daripada 10 calon PKR, hanya 6 datang daripada ahli parti reformasi yang asli.


Begitu pun, oleh kerana PKR mendapat sokongan penuh daripada UMNO/BN dan GRS di semua 10 kerusi yang ditandinginya, tiada sebab untuk semua calon itu tidak mampu beroleh kemenangan yang bergaya.


Ibarat seorang lelaki yang disayangi oleh dua wanita sekaligus, kasih yang diterima tentunya melimpah-ruah, meski pun dua wanita berkenaan saling bermasam muka.


Apatah lagi, Anwar sendiri akan mengetuai jentera pilihan raya PKR di Sabah bagi menyelaras strategi kempen dan memperkukuh perpaduan di semua bahagian.


Keadaan itu berbeza dengan calon UMNO/BN yang mendapat tentangan daripada GRS, begitu juga GRS yang mendapat cabaran daripada UMNO di mana kedua-duanya saling mahu mengalahkan antara satu sama lain.


Cabaran PKR hanyalah datang daripada Warisan dan mungkin daripada PN yang setakat ini belum lagi mengumumkan berapa jumlah kerusi akan ditandingi.


Dengan itu, PKR sepatutnya tiada masalah untuk menang cemerlang di semua 10 kerusi yang ditandinginya.


Kalau calon PKR kalah, ia tidak lain mungkin disebabkan sentimen “Sabah For Sabahan” dan “Sabah First” yang berjaya membuatkan naluri pengundi terlonjak untuk mengundi hanya parti-parti lokal saja, selain tiupan anti Anwar daripada Semenanjung yang mula menampakkan kesannya.


Jika itu berlaku selepas keputusan pada 29 November nanti, Anwar, PKR dan PH tidak lagi berada dalam kedudukan selesa menuju PRN Melaka, Johor dan seterusnya PRU16 mendatang. – ShahbudinHusin 10November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/pkr-tidak-patut-ada-masalah-menang-semua-10-kerusi-ditandinginya/










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/pkr-tak-patut-ada-masalah-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Bertaruh Dengan Saya Pandikar Yakin Menang Kerusi Dun Di Prn Sabah

Mahu Bertaruh Dengan Saya Pandikar Yakin Menang Kerusi Dun Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 175 hits
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan keyakinan penuh akan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pintasan pada Pilihan Raya Negeri ke 17 Pandika yakin menang kerusi DUN Memetik laporan da
Pemuda Pkr Harap Diberi Sekurang Kurangnya Satu Kerusi Tanding Prn Sabah

Pemuda Pkr Harap Diberi Sekurang Kurangnya Satu Kerusi Tanding Prn Sabah

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 141 hits
Timbalan Ketua Pemuda PKR Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata ia bagaimanapun terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya Muhammad Izuan Ahmad Kasim juga berkata mereka bersedia menggerakkan jentera bersama Pemuda Umno dan Barisan Nas...
Upko Lonjakkan Lagi Sentimen Sabah First Dijangka Mampu Menang Banyak Kerusi

Upko Lonjakkan Lagi Sentimen Sabah First Dijangka Mampu Menang Banyak Kerusi

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 207 hits
11 November 2025Semalam Perdana Menteri menyifatkan tindakan Presiden Upko Ewon Benedick meletakkan jawatan menteri sebagai keputusan terburu buru Ini kerana menurut Anwar Ibrahim kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada mahu merayu ...
Jutaan Terkandas Ini Kemungkinan Terjadi Jika Semua Pengangkutan Awam Lumpuh 24 Jam

Jutaan Terkandas Ini Kemungkinan Terjadi Jika Semua Pengangkutan Awam Lumpuh 24 Jam

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 156 hits
Bayangkan satu hari tanpa bas tren dan teksi di seluruh Lembah Klang Tiada LRT tiada Komuter tiada e hailing Kedengaran seperti mimpi ngeri bandar moden namun bagaimana jika gangguan ini benar benar berlaku selama 24 jam Berdasarkan analisi...
Menjelang Pru16 Perang Bersatu Siapa Boleh Menang Siapa Sudah Menang

Menjelang Pru16 Perang Bersatu Siapa Boleh Menang Siapa Sudah Menang

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 134 hits
Mohsin AbdullahPAS didakwa dapat untung besar akibat tindakan Saifuddin Abdullah susulan kemelut dalam Bersatu Umum tahu pemimpin Bersatu Saifuddin Abdullah sudah digugurkan daripada jawatan ketua Perikatan Nasional Pahang Umum juga tahu be...
Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial

Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 220 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua pegawai dan kakitangan masjid di negeri ini mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Langkah itu titah baginda bagi menjamin kebajikan dan ...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Warm Hearted Holiday Home Decorating And Sanitation Strategies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mabuk Kerongsang

Ucapan Maaf Mohon Halalkan Segala Kebaikan

Permohonan Bazar Ramadan Syawal Kl 2026

Memahami Perbezaan Jaminan Dan Cagaran Dalam Pinjaman