Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial


KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua pegawai dan kakitangan masjid di negeri ini mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Langkah itu, titah baginda bagi menjamin kebajikan dan keselamatan sosial seramai keseluruhan 1,830 orang dalam kalangan kumpulan itu.
“Saya harap, ahli koperasi ini dapat buat caruman. Nanti semak semula dengan pihak Perkeso, tapi rasanya hanya RM230 sahaja setahun. Sebab kemudahannya banyak.
“Di sini saya nak menitahkan semua pegawai dan kakitangan masjid di negeri pahang ni seharusnya mancarum dengan pihak SOCSO,” titahnya.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2025 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, baginda turut menitahkan agar koperasi kariah masjid di seluruh negeri diurus dengan baik, berintegriti dan penuh tanggungjawab bagi memperkukuh ekonomi umat Islam.
Titahnya, koperasi masjid berpotensi menjadi platform penting dalam membangunkan ekosistem ekonomi umat Islam menerusi pelbagai bidang keusahawanan seperti peruncitan, Ar-Rahnu, perkhidmatan dobi, penyediaan makanan, penjagaan diri, pakej haji dan umrah, korban serta pertanian.
“Saya ingin menyarankan supaya koperasi-koperasi di seluruh negara serta di Pahang ini diurus dengan baik supaya kita dapat menyatukan juga peranan kita, untuk menyatukan komuniti melalui program-program koperasi, mengukuhkan semangat kerjasama, menjadikan sumber kewangan penting bagi pembangunan dan ekonomi masjid dan mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan dan sumbangan awam.
“Dan saya harap ini semua dapat menjadi peringatan pada kita semua,” titah baginda lagi.
Baginda turut menzahirkan harapan agar koperasi di negeri Pahang dapat mempertingkat prestasi dan berada dalam senarai 10 koperasi terbaik negara, bukan sekadar 100 terbaik seperti sekarang.
“Dan dimaklumkan tadi 11 koperasi antara top 100 ke atas. Itu 100, kalau boleh biarlah top 10, barulah orang kenal. Saya nak Pahang punya koperasi ditingkatkan jadi top 10, bukan sekadar top 100,” titahnya.
Al-Sultan Abdullah turut menyambut baik penubuhan Konsortium Koperasi Masjid yang disifatkan sebagai langkah baik dalam menyatukan koperasi di seluruh negara agar mampu meneroka aktiviti ekonomi berskala besar.
Dalam pada itu, baginda juga menyeru Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) agar menggubal dasar dan garis panduan pembabitan masjid dalam aktiviti ekonomi.
Titahnya, kerjasama strategik antara semua pihak adalah penting bagi memastikan kejayaan koperasi kariah masjid.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi  bersama-sama Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad hari ini telah menghimpunkan 200 Koperasi Kariah Masjid dari seluruh negara dalam konvensyen yang bertemakan “Koperasi Memperkasa Ekonomi Ummah, Membina Ekonomi Madani”.
Konvensyen ini bertujuan memperkukuh peranan Koperasi Kariah Masjid sebagai ejen penggerak pembangunan ekonomi komuniti Islam setempat dan sebagai platform penyatuan ummah melalui aktiviti ekonomi yang berlandaskan prinsip syariah.
Sehingga 31 Disember 2024, terdapat 578 buah Koperasi Kariah Masjid dengan keanggotaan seramai 47,830 orang dan jumlah syer dan yuran terkumpul sebanyak RM16.56 juta.
Jumlah aset pula sebanyak RM41.11 juta dengan perolehan sebanyak RM30.6 juta.
Manakala data perangkaan koperasi peringkat nasional, sebanyak 16,284 koperasi berdaftar di Malaysia dengan keanggotaan seramai 7.2 juta orang.
Jumlah modal syer koperasi adalah sebanyak RM18.3 bilion, dengan aset koperasi mencecah RM173.3 bilion manakala sumbangan perolehan adalah sebanyak RM68.1 bilion. #MalaysiaGazette
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/11/sultan-pahang-mahu-semua-pegawai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Sambut Baik Projek Pembangunan Fasiliti Pembuatan Magnet Berkuasa Tinggi Rm600 Juta Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Sambut Baik Projek Pembangunan Fasiliti Pembuatan Magnet Berkuasa Tinggi Rm600 Juta Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyambut baik projek pembangunan fasiliti pembuatan magnet berkuasa tinggi bernilai RM600 juta oleh syarikat JS Link dan Lynas Malaysia di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek berk...
Rakyat Pahang Diseru Nilai Prestasi Kerajaan Negeri Berdasarkan Usaha Dan Tindakan Untuk Kesinambungan Pemerintahan

Rakyat Pahang Diseru Nilai Prestasi Kerajaan Negeri Berdasarkan Usaha Dan Tindakan Untuk Kesinambungan Pemerintahan

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 175 hits
KUANTAN Rakyat Pahang diseru menilai sendiri prestasi kerajaan negeri berdasarkan usaha dan tindakan yang telah dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan pemerintahan dapat diteruskan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata p...
Umno Pahang Hantar 100 Jentera Bantu Kempen Calon Bn Di Dun Kinabatangan Dan Beluran Di Pilihan Raya Negeri Sabah

Umno Pahang Hantar 100 Jentera Bantu Kempen Calon Bn Di Dun Kinabatangan Dan Beluran Di Pilihan Raya Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Pahang akan menggerakkan 100 daripada ahlinya ke Sabah bagi membantu jentera kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 Menurut Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail jumlah itu akan di...
Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 156 hits
KUANTAN Program Townhall Rakyat Bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang diadakan di sini menerima sambutan amat menggalakkan daripada rakyat negeri itu Datuk Seri Wan Rosdy berkata program berkenaan menjadi platfor...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Bakal Memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia Dengan Peruntukan Rm200 000

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Bakal Memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia Dengan Peruntukan Rm200 000

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 191 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia bagi menggalakkan rakyat untuk bersama memainkan peranan memperkukuhkan kesejahteraan di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 233 hits
KUANTAN Hanya 22 daripada 166 pusat penyembelihan ayam di Pahang mempunyai sijil halal Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata 15 pusat penyembelihan mempunyai sijil halal itu dimiliki pengusaha beragama ...
Masalah Kesihatan Pejabat Perdana Menteri Maklum Batalkan Saat Akhir Lawatan Kerja Anwar Ke Negeri Pahang Hari Ini

Masalah Kesihatan Pejabat Perdana Menteri Maklum Batalkan Saat Akhir Lawatan Kerja Anwar Ke Negeri Pahang Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 163 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung pada Ahad selepas mengalami masalah sakit belakang Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memak...
Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 231 hits
KUANTAN Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah kecewa terhadap pelantikan seorang pemimpin akar umbi UMNO Pahang sebagai anggota lembaga pengarah pusat penga jian tinggi itu Mendakwa dibuat berdasarkan kepenti...
Transformasi Tasik Kenyir Menjadi Pusat Data Centre Dan Ai Terbesar Di Asia Tenggara

Kenapa Wanita Perlu Faham Konsep Nafkah

Sekelip Mata Berada Di Bangi Shah Alam Selangor Kkia Klia Semalam

Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

Peguam Gesa Bukit Aman Siasat Kes Polis Melaka Tembak Mati 3 Lelaki

Why Most New Vapers Pick Disposable Pods Without Research

Buasir Otak Tv Arnab Comel Makan Bendi Be Like

Art Bell 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blog Performance

Beli Barang Masak Di Pasar Tani Stadium Paroi

Bahaya Matcha Fakta Mengejutkan Yang Ramai Tak Tahu Tentang Pengambilannya

4 Disember 2025 Monolog Jiwa 9 Antara Takut Dan Harap

Tangerine Rush A Zesty Kymco Ktr 150 Scrambler By Twentytwo

Spinning Gasing