Upko Lonjakkan Lagi Sentimen Sabah First Dijangka Mampu Menang Banyak Kerusi






11 November 2025


Semalam, Perdana Menteri menyifatkan tindakan Presiden Upko, Ewon Benedick meletakkan jawatan menteri sebagai keputusan terburu-buru.


Ini kerana menurut Anwar Ibrahim, kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada mahu merayu atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai isu pemulangan 40 peratus hasil negeri Sabah.


“Ewon sepatutnya meneliti perkara itu terlebih dahulu.


“Sebagai pemimpin, kita tak boleh terburu-buru. Kita kena dengar dulu dan mesti tahu juga perlembagaan serta proses yang  mesti dilalui,” ujarnya.


Katanya lagi, kabinet akan memutuskan hari ini  sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan mahkamah itu.


Serentak itu, Anwar juga berkata, beliau secara peribadi  lebih cenderung agar kerajaan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.


Adakah Ewon terburu-buru?


Meskipun dengan kenyataan Anwar itu, selain Ewon tetap tidak berganjak daripada keputusan meletakkan jawatan, ketetapan mesyuarat Upko petang semalam turut memutuskan untuk parti itu keluar meninggalkan PH secara serta merta.


Bermakna, PH kini bukan saja kehilangan satu anggota komponennya, bahkan PH Sabah yang sedang berdepan PRN Negeri, 29 November depan juga kehilangan penerajunya.


Ia berikutan Ewon yang merupakan Ahli Parlimen Penampang dan Adun Kadamaian adalah Pengerusi PH Sabah  ketika ini.


Berdasarkan tindakan Ewon meletakkan jawatan dan kemudian membawa Upko yang diterajuinya keluar PH, ia sebenarnya bukanlah keputusan terburu-buru.


Sebaliknya kerana beliau meletakkan jawatan itulah yang membuatkan Anwar bersuara berkenaan pandangan peribadinya serta segera menentukan sama ada kerajaan mahu merayu atau tidak keputusan mahkamah itu diputuskan oleh mesyuarat kabinet pada hari ini.


Jika Ewon tidak meletakkan jawatan, mungkin sampai sekarang tiada apa-apa respon daripada kerajaan berhubung keputusan mahkamah berkaitan 40 peratus hasil Sabah itu.


Hakikatnya, tindakan Ewon meletakkan jawatan telah memberi kesan yang besar kepada isu pemulangan 40 peratus hasil Sabah itu.


Keputusan Upko keluar PH pula pasti mendatangkan kesan yang lebih besar lagi. 


Bermakna, jika kabinet hari ini memutuskan untuk merayu dan mengabaikan pandangan peribadi Anwar supaya rayuan tidak dilakukan, risiko lebih besar bakal menimpa parti-parti Semenanjung dalam PRN Sabah nanti.


Dalam hal ini, dengan keputusan Upko keluar PH, peluang parti itu memenangi lebih banyak kerusi pada 29 November depan adalah amat cerah.


Upko sebelum ini dilaporkan mahu bertanding lima kerusi Dun, tetapi selepas kedudukannya yang bebas daripada PH sekarang, besar kemungkinan mereka akan bertanding lebih banyak kerusi lagi.


Kalau pun lima kerusi ditandingi, jangan terkejut jika Upko mampu menang kesemua kerusi ditandinginya.


Di mata pengundi Sabah, Ewon dan Upko dengan slogan “Sabah First” adalah hero yang dinanti-nantikan. – ShahbudinHusin 11November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/upko-lonjakkan-lagi-sentimen-sabah-first-dijangka-mampu-menang-banyak-kerusi/










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/upko-lonjakkan-lagi-sentimen-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Bertaruh Dengan Saya Pandikar Yakin Menang Kerusi Dun Di Prn Sabah

Mahu Bertaruh Dengan Saya Pandikar Yakin Menang Kerusi Dun Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 175 hits
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan keyakinan penuh akan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pintasan pada Pilihan Raya Negeri ke 17 Pandika yakin menang kerusi DUN Memetik laporan da
Bung Moktar Yakin Mampu Majukan Seluruh Sabah Jika Menang Prn Kita Bikin Balik

Bung Moktar Yakin Mampu Majukan Seluruh Sabah Jika Menang Prn Kita Bikin Balik

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 146 hits
Kapal belum tenggelam Itulah jawapan tegas Datuk Seri Bung Moktar Radin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah ketika menghadapi cabaran selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum 2018 Bung Moktar tegaskan kapal belum karam Memetik laporan...
Elak Pertembungan Kunci Menang Prn Sabah Kata Saifuddin

Elak Pertembungan Kunci Menang Prn Sabah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 210 hits
Ketua setiausaha PH berkata beliau diamanahkan ketuai rundingan dengan BN dan GRS bagi elak atau kurangkan pertembungan dengan rakan kerjasama Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun rundingan telah dimuktamadkan masi...
Pemuda Pkr Harap Diberi Sekurang Kurangnya Satu Kerusi Tanding Prn Sabah

Pemuda Pkr Harap Diberi Sekurang Kurangnya Satu Kerusi Tanding Prn Sabah

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 141 hits
Timbalan Ketua Pemuda PKR Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata ia bagaimanapun terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya Muhammad Izuan Ahmad Kasim juga berkata mereka bersedia menggerakkan jentera bersama Pemuda Umno dan Barisan Nas...
Hajiji Pledges Housing Deposit For First Time Sabah Homebuyers Monthly Aid For Those Turning 60 If Grs Wins

Hajiji Pledges Housing Deposit For First Time Sabah Homebuyers Monthly Aid For Those Turning 60 If Grs Wins

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 173 hits
Hajiji with GRS Usukan candidate Datuk Japlin Akim GRS Tempasuk candidate Datuk Mohd Arsad Bistari and supporters during the Jelajah Rumah Kita Kita Jaga GRS programme for the Usukan and Tempasuk state constituencies at Japlin s residence i...
Pkr Tak Patut Ada Masalah Menang Bergaya Di Semua 10 Kerusi Ditandinginya

Pkr Tak Patut Ada Masalah Menang Bergaya Di Semua 10 Kerusi Ditandinginya

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 214 hits
10 November 2025Semalam dua parti iaitu PKR dan UMNO BN telah pun mengumumkan calon calon yang bertanding bagi PRN Sabah 29 November depan UMNO BN mengumumkan bertanding di 41 kerusi manakala PKR 10 kerusi Meskipun UMNO BN bertanding lebih ...
Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Attention

Warm Hearted Holiday Home Decorating And Sanitation Strategies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pohon Kelapa Berbuah Lebat

Quick Healthy Recipe Lasagna

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mabuk Kerongsang

Ucapan Maaf Mohon Halalkan Segala Kebaikan