Pkr Pecat Kemudian Mengada Nak Saman Zuraida Tidak Layan Saman Rm10 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin  tidak bimbang berdepan dengan surat tuntutan daripada parti itu yang  menuntut RM10 juta daripada beliau dan 18 lagi wakil rakyat PKR yang  keluar parti.
                                                                                                                                                                                                                                                                   Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata dalam kesnya, beliau dipecat bukan keluar parti. 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                        “Saya rasa, bagi rakan-rakan yang lain, ada klausa (dalam  perlembagaan parti) yang boleh melindungi kita, jadi saya tidak  bimbang. 
                                                                                                                                                                                              “Justeru, teruskan dengan  langkah itu Datuk Seri Anwar (Ibrahim), kalau anda perlukan wang  teruskan saja hantar surat tuntutan tersebut, tapi saya tidak fikir anda  akan dapat wang berkenaan,” katanya hari ini.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Zuraida  yang juga Ahli Parlimen Ampang  berkata demikian kepada pemberita  selepas melawat tapak cadangan pembinaan gelanggang futsal di Taman  Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa dekat sini.
                                                                                                                                                                                                                                                                   Ditanya  mengenai tempoh tujuh hari yang diberikan untuk kesemua wakil rakyat  menjelaskan bayaran itu, Zuraida berkata: “Dia nak minta esok pun kami  tak peduli.”  
                                                                                                                                                                                              Semalam, Bendahari Agung  PKR Lee Chean Chung dilaporkan berkata parti itu akan mengeluarkan surat  tuntutan kepada kesemua 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) PKR yang telah keluar parti, menuntut setiap mereka membayar  RM10 juta kepada parti.
                                                                                                                                                                                              Mereka termasuk Zuraida dan bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak.
                                                                                                                                                                                              Lee mendakwa RM10 juta  itu adalah jumlah yang dipersetujui untuk dibayar oleh kumpulan terbabit  jika mereka berpaling tadah dan menggunakan kerusi yang diwakili  bagi  kepentingan peribadi serta bertentangan dengan kepentingan parti. 
                                                                                                                                                                                              Ahli Parlimen lain yang  terlibat ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk  Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal),  Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar  (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian  (Selangau).
                                                                                                                                                                                              Adun yang berkenaan pula  ialah  Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis  (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham  (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam),  Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli  Ibrahim (Sungai Aceh). — Bernama
#Kredit : Bernama     
MR : PKR memang banyak tak tahu, carilah orang cerdik untuk mengendalikan perundangan dlm PKR   
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/pkr-pecat-kemudian-mengada-nak-saman.html