Pkr Johor Exco Letak Syarat Sokong Azmin Pada Calon Ketua Kampung Baru


MALAYSIAKINI
Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa ada beberapa calon ketua masyarakat kampung baru di Johor diminta menandatangani surat ikrar bagi menyokong Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali.
Menurut Syed Ibrahim surat tersebut juga menyatakan janji calon-calon terbabit untuk menjadi ahli berdaftar kepada sebuah pertubuhan politik yang bakal ditubuhkan Azmin.
Katanya Adun Tangkak, Ee Chin Li, semalam mendedahkan surat berkenaan perlu melalui Exco Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full.
Untuk rekod Chong merupakan satu-satunya Adun PKR Johor yang keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas dan dianggap penyokong Azmin.
"Menurut maklumat yang diberi kepada Ee, pembantu Chong - yang melakukan rundingan mengenai pelantikan ketua masyarakat - meminta calon-calon yang ada membaca syarat-syarat perlantikan dan mengisi borang maklumat peribadi, seterusnya menandatangani sepucuk surat untuk menzahirkan sokongan kepada Azmin.
"Sekiranya dakwaan ini benar maka banyak persoalan yang timbul dan perlu dijawab malah disiasat," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.
Syed Ibrahim menambah timbul persoalan mengapa calon terbabit dikenakan syarat berjanji untuk menjadi ahli berdaftar kepada sebuah wadah politik yang tidak diketahui.
Tak minta keluar parti

"Apakah wadah politik yang dimaksudkan? Adakah ia merupakan sebuah parti baru?
“Mengapakah calon daripada kalangan NGO diminta menyertai parti politik bahkan menandatangani surat sokongan kepada ahli politik sedangkan mereka sepatutnya berkhidmat mewakili NGO?” katanya.
Kata ahli parlimen Ledang itu lagi, jika benar wujud usaha membeli sokongan politik melalui pelantikan ketua masyarakat, ia adalah amalan yang tidak bermaruah, malah mungkin boleh disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 23 (1), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
"PKR Johor juga menyarankan pihak yang ditawarkan jawatan begitu waja menolak syarat yang dikenakan, sebaliknya membuat laporan kepada SPRM," katanya.
Sementara itu Chong berkata pegawainya tidak pernah meminta sesiapa keluar dari parti untuk menjadi ketua masyarakat kampung baru di Johor.
Mengulas dakwaan Syed Ibrahim, Chong berkata, tindakan tersebut bagi memastikan pendirian calon ketua masyarakat sejajar dengan kerajaan sedia ada.
“Jadi (pemilihan) kali ini saya atau pegawai saya tidak meminta sesiapa untuk keluar daripada mana-mana parti.
“Kami hanya mahu mereka (calon ketua masyarakat) tandatangan. Jadi mereka boleh tonjolkan pendirian mereka,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Adun Pemanis itu juga menjelaskan tiada permintaan atau syarat yang mengarahkan seseorang calon supaya keluar dari parti jika mahu dilantik kerajaan negeri.
“Kita perlu pastikan bahawa pendirian politik mereka ke arah kerajaan supaya apabila kita lakukan kerja kita, ia lebih mudah. Jika tidak kami tak dapat lakukan kerja kami,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/pkr-johor-exco-letak-syarat-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Minta Mufti Johor Tegur Kariah Surau Kampung Plentong Baru

Mp Minta Mufti Johor Tegur Kariah Surau Kampung Plentong Baru

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 614 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dalam kenyataan mengenai sepanduk di surau Kampung Plentong Baru berkata amat dikesali sekiranya ia dipasang oleh jawatankuasa surau itu Beliau meminta mufti Johor menegur dan mendidik semua ahli jawa...
Pkr Tidak Letak Calon Prk Chini Risiko Covid 19 Kepada Jentera

Pkr Tidak Letak Calon Prk Chini Risiko Covid 19 Kepada Jentera

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 230 hits
PKR enggan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada Julai ini berikutan wabak Covid 19 yang belum berakhir Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata wabak maut Covid 19 yang masih belum ditangani...
Pemuda Pkr Tidak Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri

Pemuda Pkr Tidak Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 385 hits
June 18 2020 8 25 PMKetua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata badan itu hilang kepercayaan terhadap kemimpinan Dr Mahathir Mohamad JOHOR BAHRU Pemuda PKR hari ini berkata ia tidak akan menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai calon p...
Lagi Exco Wanita Pkr Keluar Parti Hilang Percaya Pada Anwar Dan Pimpinan

Lagi Exco Wanita Pkr Keluar Parti Hilang Percaya Pada Anwar Dan Pimpinan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 269 hits
PETALING JAYA Seorang exco Wanita PKR hari ini mengumumkan peletakan jawatan politiknya dan keluar parti atas alasan hilang kepercayaan pada Presiden Anwar Ibrahim dan pimpinan parti Shoba Selvarajoo juga melepaskan jawatan ahli Majlis Band...
Pkr Serah Pada Anwar Bincang Dengan Ph Isu Calon Pm

Pkr Serah Pada Anwar Bincang Dengan Ph Isu Calon Pm

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 384 hits
Diterbitkan Hari ini 11 02 pmMesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR hari ini dijangka memberi penjelasan berhubung spekulasi peralihan kuasa Bagaimanapun dalam kenyataan media petang tadi PKR sekadar berkata parti itu akan menyokong Pakata...
Ph Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding Prk Chini Kata Fuziah

Ph Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding Prk Chini Kata Fuziah

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 389 hits
June 6 2020 2 25 PMPengerusi PH Pahang Fuziah Salleh berkata gabungan itu akan menyokong calon Bebas dalam PRK DUN Chini pada 4 Julai ini PETALING JAYA PKR dan Pakatan Harapan Pahang akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat gabungan itu u...
Lagi Krisis Ph Giliran Ahli Parlimen Lubok Antu Keluar Pkr Umum Sokong Pn

Lagi Krisis Ph Giliran Ahli Parlimen Lubok Antu Keluar Pkr Umum Sokong Pn

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 279 hits
Kuala Lumpur Ahli Parlimen Lubok Antu Tambat Jugah anak Muyang yang mewakili PKR sebelum ini mengumumkan menyokong kerajaan Perikatan Nasional Katanya keputusan itu dibuat kerana kesal dengan permasalahan dalaman parti parti dalam dan bekas...
Gambar Pertemuan Adun Bersatu Dan Pkr Johor Cetus Spekulasi

Gambar Pertemuan Adun Bersatu Dan Pkr Johor Cetus Spekulasi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 225 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar mengesahkan bahawa sekeping gambar yang menunjukkan wakil rakyat Bersatu dan PKR duduk semeja telah dirakam pada akhir Mei Mohd Khuzzan memberitahu Sinchew Daily gambar yang mencetus...
Anwar Dakwa Dihubungi Sultan Johor Untuk Pkr Terajui Kerajaan Negeri

Anwar Dakwa Dihubungi Sultan Johor Untuk Pkr Terajui Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 381 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mendapat perkenan dari Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada kerajaan Perikatan Nasional Menurut bekas Ketua C...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo