Ph Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding Prk Chini Kata Fuziah


Faiz Zainudin
-June 6, 2020 2:25 PM

Pengerusi PH Pahang Fuziah Salleh berkata, gabungan itu akan menyokong calon Bebas dalam PRK DUN Chini pada 4 Julai ini.
PETALING JAYA: PKR dan Pakatan Harapan (PH) Pahang akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat gabungan itu untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.

Pengerusi PH Pahang, Fuziah Salleh bagaimanapun berkata, gabungan itu akan menyokong calon Bebas yang bakal bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di situ.

“Itu adalah keputusan selepas perbincangan Majlis Presiden PH, jadi walaupun PKR Pahang telah bersiap sedia dan memulakan gerak kerja, tetapi kita terpaksa akur dengan keputusan pimpinan.

“Kita tahu wabak Covid-19 meletakkan risiko tinggi kepada petugas, selain petugas dari negeri lain tidak boleh merentas negeri untuk membantu calon.

“Apapun kita akur dan besar kemungkinan akan sokong calon Bebas yang kita rasa layak dan mengikut cita rasa kita nanti.

“Kita akan sokong untuk lawan Umno. Keputusan PKR tidak meletak calon tidak bermakna petugas kita akan terus tarik ‘handbrake’, kita akan sokong calon Bebas,” katanya kepada FMT.

Fuziah yang juga pengerusi PKR Pahang berkata, keputusan tidak meletakkan calon tidak bermakna mereka “takut” pada BN.

“Saya sudah buat pengumuman minggu lepas, kita (PKR Pahang) sudah sedia bertanding, tetapi keputusan dibuat PH pusat itu kena diterima,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) yang akan disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRK itu juga tidak memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, walaupun pembangkang mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Chini, namun hasil tinjaun yang dilakukan, menunjukkan kelebihan berada di pihak BN, termasuk penggunaan jentera kerajaan ketika berkempen.

“Kita tahu Umno akan guna jentera kerajaan. Kita tengok ketika PRK Cameron Highlands, masa itu kita kerajaan PH, tetapi mereka (BN) guna agensi kerajaan pusat seperti Felda buat program untuk menteri besar.

“Kita tahu apa yang mereka akan lakukan kali ini. Ia tidak memberi kelebihan kepada kita,” katanya.

Katanya, tinjauan juga mendapati banyak isu rakyat gagal diselesaikan di bawah BN, antaranya masalah bekalan air.

“Antara isu paling besar ialah air. Selama 60 tahun isu air di Chini tidak selesai. Itu rintihan penduduk.

“Juga isu Tasik Chini yang mati, isu pengondolan bukit dan perlombongan haram,” katanya.

Semalam PKR memutuskan untuk tidak akan bertanding dalam PRK Chini Julai ini.

Setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu yang turut dipersetujui Majlis Presiden PH dibuat selepas mengambil kira penularan Covid-19 yang belum ditangani sepenuhnya.

DUN Chini kosong ekoran kematian penyandang, Abu Bakar Harun, 60, kerana serangan jantung pada 6 Mei.

Wakil rakyat BN itu menewaskan pencabarnya, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim dari PAS dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR dengan majoriti 4,622 undi, selepas meraih 10,027 undi berbanding 5,405 undi dan 1,065 undi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/ph-sokong-calon-bebas-selepas-putus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Chini Ph Mungkin Sokong Calon Bebas Fuziah

Prk Chini Ph Mungkin Sokong Calon Bebas Fuziah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 286 hits
http cempedakcheese com PETALING JAYA PKR dan Pakatan Harapan Pahang akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat gabungan itu untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Chini pada 4 Julai ini Pengerusi PH Pahang Fu...
Prk Dun Chini Bbc Pahang Saran Calon Bebas Tidak Bertanding

Prk Dun Chini Bbc Pahang Saran Calon Bebas Tidak Bertanding

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 362 hits
KUANTAN Kelab Penyokong Kerajaan Pahang menggesa mana mana pihak melakukan pengorbanan dengan menarik semula niat atau hasrat bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil Chini memandangkan negara masih lagi menghadapi krisis pan...
Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di Prk Dun Chini

Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 365 hits
KUANTAN Aktivis rakyat yang juga Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini sedia menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di Pilihanraya Kecil DUN Chini Julai ini Beliau dihubungi PDO selepas Pakatan Har...
Pkr Akan Wakili Ph Di Prk Chini Kata Fuziah

Pkr Akan Wakili Ph Di Prk Chini Kata Fuziah

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 326 hits
June 3 2020 1 04 PMPengerusi PKR Pahang Fuziah Salleh PETALING JAYA PKR akan mewakili Pakatan Harapan di DUN Chini sekiranya gabungan itu bertanding pilihan raya kecil itu nanti kata Pengerusi PKR Pahang Fuziah Salleh PH Pahang sudah membua...
Prk Chini Bayangan Calon Semakin Jelas

Prk Chini Bayangan Calon Semakin Jelas

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 360 hits
Tarikh 18 Jun 2020 dipilih BN untuk memperkenalkan calon mereka dalam Pilihanraya Kecil Dun Chini yang dijadualkan pada 4 Julai 2020 Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan tarikh tersebut berikutan kematian penyandang kerusi Allahyarham Dato Sr...
Ppbm Pulau Pinang Kekal Dengan Ph Kata Marzuki Selepas 2 Adun Sokong Pn

Ppbm Pulau Pinang Kekal Dengan Ph Kata Marzuki Selepas 2 Adun Sokong Pn

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 442 hits
PPBM Pulau Pinang akan terus menyokong Pakatan Harapan selepas 2 Adunnya mengumumkan sokongan kepada Perikatan Nasional Ketua PPBM Pulau Pinang Marzuki Yahya berkata Adun Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang Zolkifly Md Laz...
Prk Chini Umno Tak Anggap Mudah Perkenal Calon 18 Jun Ahmad Maslan

Prk Chini Umno Tak Anggap Mudah Perkenal Calon 18 Jun Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 351 hits
UMNO ONLINEPONTIAN UMNO tidak memandang mudah sebarang saingan yang bakal wujud pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini walaupun kawasan itu adalah kubu kuat parti berkenaan kata Setiausaha agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan Meman...
Jika Anak Najib Jadi Calon Lebih Mudah Atur Strategi Prk Chini

Jika Anak Najib Jadi Calon Lebih Mudah Atur Strategi Prk Chini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 462 hits
PEKAN Aktivis dan Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat yang baru saja menawarkan diri untuk jadi calon bebas di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini mendakwa beliau lebih suka anak mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak me...
Prk Dun Chini Pas Guna Alasan Covid 19 Biar Calon Pn Menang Tanpa Bertanding

Prk Dun Chini Pas Guna Alasan Covid 19 Biar Calon Pn Menang Tanpa Bertanding

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 376 hits
PRK DUN Chini Pas guna alasan Covid 19 biar calon PN menang tanpa bertandingAhli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki menyarankan semua parti politik dan individu yang berminat untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewa...
Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Harga Sayur Tempatan Meningkat 150 Peratus

Dikurung Ditekap Seterika Selepas Didakwa Hamilkan Teman Wanita

Tanya Chatgpt Di Whatsapp


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Muna Shahirah Datanglah Sayang Chord

Ini Pasal Deep

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025