Pkr Jangan Jadi Umno Anwar



Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengkhianati semangat perjuangan reformasi selain terus komited merealisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu iaitu matlamat tidak menghalalkan cara dan kaedah yang salah.

Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Serentak Keadilan Sabah, Anwar berkata, setiap ahli PKR boleh berbeza pendapat, dan dalam masa sama, memberi pandangan kepada pemimpin, namun, ahli parti tidak boleh sama sekali mengkhianati semangat perjuangan menuntut reformasi yang sememangnya sudah menjadi landasan dan tunggak parti itu sejak awal penubuhannya.

Anwar juga mahu ahli PKR sentiasa bermuhasabah dan mengintropeksi diri bagi memastikan bibit-bibit yang ada dalam budaya politik Umno dan Barisan Nasional (BN) seperti salah guna kuasa, rasuah, gila kuasa dan memperkayakan diri tidak wujud dalam kalangan ahli parti itu.

“Dulu jangan lupa, kita serang Umno dan BN habis-habisan. Sebab apa? sebab gila kuasa, gondol kekayaan, memperkayakan diri dan memiskinkan rakyat. Sekarang, orang akan tanya apakah bibit-bibit yang ada dalam budaya Umno itu juga terhimpit dan tersangkut dalam kalangan kita. Kalau ada, kita harus bertindak dan nyahkan daripada pengaruh ini.

“Ini dikatakan intropeksi, muhasabah, kritik diri kita sendiri. Jangan sibuk serang orang sahaja kerana kita sekarang ada kuasa. Atas sebab itu, kita harus buat penilaian tentang dasar kita. Kita lihat umpamanya, pengumuman usaha-usaha dilakukan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri (Sabah), kita harus akui menyokong langkah-langkah baik yang dilakukan.

“Ada orang kata tiada perubahan sama sekali, saya tidak setuju, perjalanan Parlimen berubah, badan Kehakiman berubah, media berubah. Ada perubahan. Tetapi kita juga tidak sabar, kita tidak mahu tunggu 50 tahun lagi berubah, maka sebab itu, tuntutan, gesaan, asakan itu kian kuat meminta perubahan itu dengan kadar yang lebih pantas dan cepat,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar juga mahu, pemimpin dan ahli PKR termasuk daripada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mudah melenting apabila dikritik mahupun ditegur oleh pihak lain atau media sebaliknya perlu lebih rasional dengan menilai serta menjawab perkara dibangkitkan secara sopan.

“Kita kena ingat suasana berubah. Sejak PH memerintah, antara langkah awal diambil oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah membebaskan media. Bila media bebas, yang kena serang itu kita. Tetapi, itu yang kita janji. Apa yang kamu minta itu yang kamu dapat. Kita minta media harus bebas.

“Sekali dah bebas, kritik kita tak boleh. Jika (menteri) faham reformasi, dia akan dengar, nilai, dan jawab dengan baik dan sopan. Itu budaya politik baharu yang kita bicarakan,” katanya.

Anwar turut menasihatkan pemimpin dan ahli PKR untuk sentiasa mengingati naratif baharu parti iaitu menjadi wakil kepada kepentingan majoriti rakyat pelbagai kaum yang memerlukan pembelaan selain memastikan pembangunan yang dibawa seiring dengan penerapan nilai-nilai pembangunan insan.

PKR mahu melahirkan pemimpin yang menjadi juara, pejuang dan pembela nasib rakyat di peringkat akar umbi dan bukannya mempertahankan golongan korporat atau ahli perniagaan kerana PKR ditubuhkan oleh rakyat bawahan di jalanan yang menuntut perubahan, katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew ketika berucap berkata PKR negeri itu mahu semua ahli memainkan peranan masing-masing di pelbagai peringkat untuk membantu kerajaan negeri merealisasikan perubahan yang diperjuangkan parti selama 20 tahun di Sabah.

Pada majlis itu, Anwar diiringi Liew menerima sebanyak 11,362 borang keahlian baharu PKR Sabah yang didaftarkan secara dalam talian lapor MMO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/09/pkr-jangan-jadi-umno-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Dalaman Pkr Cerminan Kabinet Anwar Kelak

Masalah Dalaman Pkr Cerminan Kabinet Anwar Kelak

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 363 hits
Timmy Say FMT Masalah rumah tangga berterusan PKR yang diketuai Anwar Ibrahim menggugat keyakinan awam terhadap pentadbirannya kelak sekiranya betul ditakdirkan beliau akan menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri satu hari ...
Yoursay Anwar Needs To End The Pkr Conflict Swiftly

Yoursay Anwar Needs To End The Pkr Conflict Swiftly

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 368 hits
YOURSAY PKR must not let down the voters who voted for change The Third Man If PKR deputy president Azmin Ali and his group still think they have the clout then do the honourable thing and attend the party meetings True leaders must have in...
12 Calon Layak Isi Jawatan Pengerusi Pkr Johor Kata Anwar

12 Calon Layak Isi Jawatan Pengerusi Pkr Johor Kata Anwar

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 384 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau menerima keputusan Hassan Karim untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi PKR Johor BATU PAHAT Terdapat 12 calon berkelayakan yang dilihat mampu mengisi kekosongan jawatan pengerusi PKR Johor kata ...
Anwar Sedia Berunding Krisis Pkr Akan Berakhir

Anwar Sedia Berunding Krisis Pkr Akan Berakhir

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 346 hits
Anwar sedia berunding krisis PKR akan berakhirOleh September 06 2019Pembangkang memainkan isu krisis dalaman PKR kononnya akan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan berpecah Namun hal itu tidak akan terjadi kerana presiden parti itu Datuk Se...
Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 435 hits
Lim Kit Siang hari ini mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi lebih Melayu daripada Umno dan lebih Islam daripada PAS bagi menghadapi kerjasama rasmi 2 parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani semalam Pemimpin ve...
Ph Jangan Perlekeh Kerjasama Pas Umno

Ph Jangan Perlekeh Kerjasama Pas Umno

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 336 hits
S Arutchelvan Penyatuan dua parti Melayu terbesar dengan menandatangani piagam muafakat dalam Himpunan Penyatuan Ummah kelmarin tidak boleh dilihat sebagai satu peristiwa yang remeh atau tidak signifikan Pakatan Harapan harus menerima peris...
Anwar Pm Jangan La Stress Dan Meroyan

Anwar Pm Jangan La Stress Dan Meroyan

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 270 hits
Nampaknya ramai yang stress malah sesetengahnya kelihatan seperti mula seram sejuk macam nak demam bila semalam Tun Mahathir Mohamad berkata beliau akan menetapkan tarikh penyerahan jawatannya kepada Anwar Ibrahim Kenyataan Tun Mahathir itu...
12 Candidates Capable Of Johor Pkr Chairmanship Anwar

12 Candidates Capable Of Johor Pkr Chairmanship Anwar

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 338 hits
Anwar greets guest at a seminar on nationhood at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Bernama photo BATU PAHAT There are 12 candidates capable of filling the Johor Parti Keadilan Rakyat chairman s post vacated by Pasir Gudang MP Hassan Abdul...
Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law