Masalah Dalaman Pkr Cerminan Kabinet Anwar Kelak



Timmy Say, FMT
Masalah rumah tangga berterusan PKR yang diketuai Anwar Ibrahim menggugat keyakinan awam terhadap pentadbirannya kelak, sekiranya betul ditakdirkan beliau akan menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri satu hari nanti.
Bukan saja PKR mengalami masalah di peringkat pusat, baru-baru ini rakyat juga mendapat tahu masalah turut berlaku dalam pasukan presiden PKR sendiri, apabila bekas pembantu penyelidikan Anwar, Muhammed Yusoff memfailkan saman berhubung kejadian dia diserang setiausaha politik Anwar, iaitu Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Bukan itu saja, Yusoff yang juga cucu bekas presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Mohamed Idris turut memfailkan saman terhadap Tunku Nashrul Tunku Abaidah, setiausaha akhbar Anwar mengenai beberapa kenyataan medianya berhubung kejadian itu.
Setakat ini, Anwar tidak memberikan sebarang komen terhadap isu ini.
Di peringkat pusat pula, PKR bergelut dengan perselisihan antara Anwar dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sejak pemilihan parti di mana Anwar didakwa memberikan sokongan penuh kepada Rafizi Ramli untuk mencabar Azmin.
Takdirnya, Azmin tetap menang dan Anwar mendapat seorang timbalan parti yang tidak dikehendakinya.
Hubungan antara Anwar dan Azmin menjadi lebih buruk selepas video seks gay yang didakwa melibatkan Azmin disebarkan secara meluas.
Kebetulan di dalam kes ini, penglibatan Farhash dalam penyebaran video seks tersebut menjadi tanda tanya apabila beliau direman beberapa hari oleh polis bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku salah seorang watak dalam video seks tersebut pada Julai lalu.
Walaupun Anwar menafikan sebarang peranan dalam video itu, tetapi persepsi adalah sebaliknya, terutamanya selepas Farhash ditahan.
Sejak itu, tersebar berita Azmin dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin sering gagal menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti, meskipun diberi peringatan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan juga Anwar sendiri.
Terdapat juga laporan kumpulan yang memihak Azmin memulaukan semua mesyuarat rasmi PKR yang dipengerusikan Anwar sejak kes video seks itu meletup.
Anwar pula berkali-kali menolak tuntutan Zuraida untuk mengadakan mesyuarat damai antara beliau dan pihak yang tidak puas hati dengannya. Anwar bertegas mereka boleh berjumpa dalam mesyuarat biasa PKR yang dipulaukan Azmin dan Zuraida.
Dalam suasana rumah tangga PKR yang huru-hara, isu bila beliau akan menggantikan Mahathir masih menjadi topik utama yang menyelubungi Anwar.
Huru-hara rumah tangga PKR sebenarnya amat menggugat keyakinan awam terhadap kepimpinan Anwar. Bayangkan keadaan PKR hari ini ialah keadaan Kabinet Anwar satu hari nanti.
Apakah ahli badan penasihat perdana menteri akan saman sesama sendiri? Apakah wujud kem menteri di Kabinet yang tidak suka Anwar yang memulaukan mesyuarat Kabinet?
Apakah tiba-tiba akan muncul video skandal seks terhadap mana-mana menteri dan setiausaha politik sendiri pula direman untuk membantu siasatan?
Berdasarkan prestasi PKR hari ini, percayalah majoriti rakyat lebih rela Mahathir terus mentadbir kerajaan sehingga habis penggal 5 tahun.
Jika Mahathir terpaksa bersara awal, rakyat lebih rela beliau membubarkan Parlimen dan menuntut Anwar mendapatkan mandat menjadi perdana menteri daripada rakyat, berbanding Mahathir menyerahkan kerusi perdana menteri kepada Anwar begitu saja.
Oleh itu, keutamaan Anwar hari ini sepatutnya ialah memperbaiki PKR dan imejnya. Jika parti dapat dipersepsikan ia sedang ditadbir dengan baik, maka secara langsung ia akan mencerminkan kebolehan pentadbiran Anwar.
Ketika itu, rakyat tidak akan membantah apabila Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/09/23/masalah-dalaman-pkr-cerminan-kabinet-anwar-kelak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Must Initiate Pkr Reconciliation Zuraida Insists

Anwar Must Initiate Pkr Reconciliation Zuraida Insists

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 392 hits
PKR vice president Zuraida Kamaruddin said today several party leaders including herself are still waiting for Datuk Seri Anwar Ibrahim to initiate a reconciliation meeting Speaking to a press conference today the Housing and Local Governme...
Zuraida Mahu Pertemuan Khas Dengan Anwar Atasi Perbezaan Dalam Pkr

Zuraida Mahu Pertemuan Khas Dengan Anwar Atasi Perbezaan Dalam Pkr

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 321 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata beliau hanya mahu satu pertemuan diadakan antara semua pemegang jawatan yang dipilih dengan Anwar GEORGE TOWN Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan permintaan pemegang jawatan parti ya...
Pkr Jangan Jadi Umno Anwar

Pkr Jangan Jadi Umno Anwar

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 334 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengkhianati semangat perjuangan reformasi selain terus komited merealisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu iaitu matlamat tidak menghalalkan cara d...
Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 279 hits
Seorang pemimpin PPBM berkata Dr Mahathir Mohamad tidak patut menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim ketika PKR di bawah pimpinannya dalam perpecahan Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan Sazmi Miah merujuk kenyataan veteran PK...
Tak Sabar Angkat Boss Jadi Pm 90 Ahli Pkr Umum Sokong Anwar Ibrahim

Tak Sabar Angkat Boss Jadi Pm 90 Ahli Pkr Umum Sokong Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 297 hits
Pergeseran dalam Parti Keadilan Rakyat disifatkan perkara kecil yang tidak seharusnya diperbesarkan setiap ahli parti Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara Shatiri Mansor berkata perkara itu tidak serius hingga memberi kesan kepada part...
Dakwa Diserang Cucu Sm Idris Saman Setpol Anwar

Dakwa Diserang Cucu Sm Idris Saman Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 286 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Tunku Nashrul Tunku Abaidah PETALING JAYA Seorang cucu bekas presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris memfailkan saman berhubung kejadian dia diserang Farhash Wafa Salvador Rizal Muba...
Bukan Anwar Tak Berjiwa Besar Tapi Zuraida Yang Berjiwa Kecil

Bukan Anwar Tak Berjiwa Besar Tapi Zuraida Yang Berjiwa Kecil

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 594 hits
Walaupun Anwar Ibrahim telah menyatakan agar hadir mesyuarat PKR tetapi Zuraidah Kamaruddin tak reti bahasa agaknya terus juga mendesak untuk agar Presiden PKR itu sedia bertemu dengan pihaknya secara berasingan untuk mesyuarat perdamaian K...
Anwar Ibrahim S Rough Road To Premiership

Anwar Ibrahim S Rough Road To Premiership

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 510 hits
Recent developments in Malaysian politics have been fast and furious from the inking of a landmark agreement between the United Malays National Organization and the Islamist PAS party to Economic Affairs Minister Azmin Ali s appearance at a...
Video Anwar Dedah Siapa Yang Nak Sebat Tanah Kampung Baru

Video Anwar Dedah Siapa Yang Nak Sebat Tanah Kampung Baru

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 860 hits
Siapa yang gila sangat nak SEBAT tanah Kampung Baru Anwar dah cerita benda ni lama dulu
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi