Pkpd Di Bandar Bentong Beberapa Lokaliti Di Perak Sabah Berkuatkuasa 6 Hingga 19 Jun


 

PUTRAJAYA - Bandar Bentong, Pahang dan beberapa lokaliti di Perak dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 6 hingga 19 Jun.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di Perak melibatkan daerah Kinta, Kerian, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak.
PKPD di daerah Kinta melibatkan Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Mukim Ulu Kinta; Kerian (Taman Kerian Tambahan, Parit Buntar) manakala daerah Manjung membabitkan tiga perkampungan di Batu 9 Lekir, Mukim Lekir iaitu Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9 dan Kampung Sungai Lombong.
"PKPD di daerah Larut, Matang dan Selama pula melibatkan Taman Berkat, Mukim Matang manakala di Hulu Perak membabitkan dua kampung dalam Mukim Pengkalan Hulu iaitu Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar, serta dua kampung di Mukim Kerunai iaitu Kampung Alai dan Kampung Baharu," katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata PKPD di Sabah pula melibatkan tiga kampung di daerah Papar (Kampung Gusi Kinarut, Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni) serta masing-masing satu lokaliti di Sandakan (Lorong Ulu Sibuga 5 & 9, Fasa 7 Taman Mawar); Kota Kinabalu (Taman Wangsa, Jalan Telipok); dan Kudat (Kampung Perpaduan, Pulau Banggi).
Ismail Sabri berkata PKPD di bandar Bentong, Pahang pula merangkumi Kampung Chamang Lama/Baru, Taman Bukit Chamang, Kawasan Perindustrian Bentong, Kampung Baru/Taman Saga/Taman Bukit Indah, Kampung Sungai Marong, Taman Bukit Bentong, Taman Hussin/Taman Syahbandar, Kampung Perting/Kampung Kemansur/Kampung Kuala Repas, Bentong Heights, Rumah Murah Batu 1/PPRT Batu 1, Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.
“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang amat ketara di lokaliti terbabit, maka pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19, supaya dapat diasingkan secepat mungkin.
“Ini juga memudahkan KKM menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko, ke lokaliti lain,” katanya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan kerajaan bersetuju menamatkan PKPD lebih awal daripada dijadualkan di dua rumah panjang di Mukah iaitu Rumah Panjang Nyalu Anak Francis dan Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau, serta Felda Kahang Timur, Kluang di Johor, esok.
"Kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di Asrama Pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan Asrama Pekerja Kilang Purnabina di Kluang, Johor pada 5 Jun, seperti yang dijadualkan," katanya.
Kawasan lain yang ditamatkan PKPD mengikut jadual esok adalah Kampung Lubok Redan, Alor Gajah (Melaka); Kampung Batu Muda Tambahan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau (Kuala Lumpur); Kampung Paya Ular, Kampung Bechah Palas dan Kampung Tualang di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas (Kelantan); serta Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau (Sabah).
Beliau berkata penamatan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal, manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
Mengenai operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP, Ismail Sabri berkata 946 individu ditahan semalam dengan 924 dikompaun manakala 22 lagi direman, dengan kesalahan tertinggi tidak memakai pelitup muka (237), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (186), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (160) serta tiada penjarakan fizikal (156). #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/06/pkpd-di-bandar-bentong-beberapa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
16 Lokaliti Sabah Sarawak Pahang Dikenakan Pkpd

16 Lokaliti Sabah Sarawak Pahang Dikenakan Pkpd

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 281 hits
Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA Sebanyak 16 lokaliti di Sabah Sarawak dan Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara serentak selama 14 hari bermula lusa susulan peningkatan kes Covid 19 yang amat ketara dalam masa s...
Pkpd Di Felda Tersang 1 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun

Pkpd Di Felda Tersang 1 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di FELDA Tersang 1 2 dan 3 Raub Pahang yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 24 Jun ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu susulan ...
Nazirul Naim Sah Ke Sabah Perak Fc Ibarat Kapal Tenggelam

Nazirul Naim Sah Ke Sabah Perak Fc Ibarat Kapal Tenggelam

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 255 hits
Nazirul Naim menjadi pemain terbaru yang angkat kaki meninggalkan Perak FC selepas kemelut kegagalan pembayaran gaji melanda pasukan itu pada musim ini Sebelum Nazirul pemain lain yang turut mengambil langkah sama sebelum ini adalah Shahrul...
Sultan Perak Titah Hanya 12 Jemaah Dibenarkan Solat Di Kawasan Pkpd

Sultan Perak Titah Hanya 12 Jemaah Dibenarkan Solat Di Kawasan Pkpd

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 294 hits
May 22 2021 HANYA 12 orang jemaah terbatas kepada Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah dibenarkan untuk solat Jumaat solat fardu dan solat jenazah di masjid dan surau di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di ...
Pkpd Kuantan Bermula 24 May 2021 Sehingga 6 Jun 2021

Pkpd Kuantan Bermula 24 May 2021 Sehingga 6 Jun 2021

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 941 hits
PKPD Di Daerah Kuantan Bermula 24 May 2021 Sehingga 6 Jun 2021 Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat pembaca blog KakYa Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk terus menulis diruangan bisu ini Syukur...
Putrajaya Umum Pkp Penuh Lanjut Hingga 28 Jun

Putrajaya Umum Pkp Penuh Lanjut Hingga 28 Jun

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 383 hits
PERINTAH Kawalan Pergerakan penuh yuang sepatutnya berakhir pada 14 Jun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Kebenaran beroperasi juga kekal mengikut senarai sedia ada katanya dalam...
Perak Salur Rm2 38j Bantu Rakyat Terkesan Pkpd

Perak Salur Rm2 38j Bantu Rakyat Terkesan Pkpd

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 236 hits
Oleh SAYED HESHAM IDRIS SAARANI MOHAMAD IPOH Kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM2 38 juta untuk membantu rakyat khususnya golongan miskin dan B40 yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatka...
Pkp Disambung Dua Minggu Hingga 28 Jun

Pkp Disambung Dua Minggu Hingga 28 Jun

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 349 hits
malaysiakini comDiterbitkan 11 Jun 2021 6 29 pmDikemaskini 7 24 pmSekatan penuh di bawah perintah kawalan pergerakan atau total lockdown yang sepatutnya berakhir 14 Jun ini disambung untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa pada 15 Jun se...
Emco At Perak Polytechnic And Seven Places In Sabah

Emco At Perak Polytechnic And Seven Places In Sabah

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 378 hits
The enhanced movement control order for seven places in Sabah and a Perak polytechnic will be from June 9 to 22 PETALING JAYA An enhanced movement control order has been declared at seven areas in Sabah and at Politeknik Sultan Azlan Shah i...
Singgah The Sheep Sanctuary

300 000 Hit By Unscheduled Water Cut In Jb

Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Din Cendol D Kebun Seksyen 7 Shah Alam Port Makan Chill Dalam Kebun

Bicara Muafakat Siri 15 Rakyat Resah Janji Kosong Muafakat 20 05 2025

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Surat An Nisa Ayat 6 Arti Perkata Dan Tafsir

10 Mata Wang Paling Berharga Pada Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Monopoly

Resepi Ikan Celup Tepung Rangup Krup Krup Yang Mudah Dan Sedap

Bouquet Birthday Ideas That Speak From The Heart

Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Nasi Goreng

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc