Perak Salur Rm2 38j Bantu Rakyat Terkesan Pkpd


Oleh SAYED HESHAM IDRIS SAARANI MOHAMAD IPOH: Kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.38 juta untuk membantu rakyat khususnya golongan miskin dan B40 yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.2 juta akan disalurkan kepada empat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD.
Katanya, ia merangkumi masing-masing RM400,000 untuk PDT Kinta dan PDT Larut Matang & Selama manakala RM200,000 untuk PDT Hulu Perak dan PDT Muallim.
“Sejumlah RM1.18 juta pula melibatkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada kesemua 59 pejabat pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bagi memudahkan setiap wakil rakyat negeri ini menjalankan pengurusan menangani Covid-19 di kawasan masing-masing.
“Bantuan kepada semua pusat khidmat berkenaan diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad ketika mengadakan pertemuan dengan kesemua ADUN Perak yang diadakan secara maya hari ini,” kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, walaupun prosedur operasi standard (SOP) pada PKPD kali ini lebih longgar dengan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi, namun, Menteri Besar mahu semua supaya PDT serta agensi yang berkenaan membuat pemantauan bagi memastikan golongan rakyat yang terjejas dapat segera dibantu.
Katanya, bagi peruntukan kepada PDT di lokasi PKPD, Menteri Besar bersetuju agar keutamaan diberi bagi penyaluran bantuan kotak makanan kepada golongan miskin dan B40 yang terkesan terutamanya mereka yang terputus mata pencarian atau terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan SOP sepanjang PKPD.
“Nilai barangan bagi setiap kotak makanan, senarai penerima, kaedah penyaluran adalah terpulang kepada kesesuaian dan budi bicara PDT di daerah yang berkenaan.
“Sekiranya terdapat lebihan peruntukan, PDT terbabit boleh menggunakan peruntukan tersebut bagi keperluan lain berkaitan pengurusan Covid-19 termasuk membeli ubat-ubatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/perak-salur-rm238j-bantu-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sumbang Rm40 000 Kepada Rakyat Palestin Ben Ali Dan Nadiyah Shahab Bantu Ringankan Penderitaan

Hiburan Sumbang Rm40 000 Kepada Rakyat Palestin Ben Ali Dan Nadiyah Shahab Bantu Ringankan Penderitaan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 238 hits
Usahawan dan juga pelakon Ben Ali dan juga isterinya Nadiyah Shahab dilaporkan telah menyumbang sejumlah wang bernilai RM40 000 dalam usaha membebankan penderitaan rakyat Palestin yang kini berada dalam krisis peperangan bersama rejim Zioni...
Hanya Kemuka Pas Kerja Surat Majikan Untuk Urusan Kerja Di Kawasan Pkpd Di Perak Kata Polis

Hanya Kemuka Pas Kerja Surat Majikan Untuk Urusan Kerja Di Kawasan Pkpd Di Perak Kata Polis

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 414 hits
Empat mukim dikenakan PKPD di Perak bermula semalam hingga 4 Jun iaitu Mukim Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak Mukim Taiping di daerah Larut Matang dan Selama Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh Lahat Chemor dan Tanjong Rambutan di daerah Kint...
Sultan Perak Titah Hanya 12 Jemaah Dibenarkan Solat Di Kawasan Pkpd

Sultan Perak Titah Hanya 12 Jemaah Dibenarkan Solat Di Kawasan Pkpd

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 277 hits
May 22 2021 HANYA 12 orang jemaah terbatas kepada Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah dibenarkan untuk solat Jumaat solat fardu dan solat jenazah di masjid dan surau di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di ...
Ben Ali Nadiyah Shahab Sumbang Rm40 000 Bantu Rakyat Palestin

Ben Ali Nadiyah Shahab Sumbang Rm40 000 Bantu Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 319 hits
Terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin pelakon yang juga ahli perniagaan Ben Ali menumbang RM40 000 kepada tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan Ben berkata sumbangan itu adalah hasil jualan produk Absolut Chocolat di Malaysia dan...
Hanya 12 Jemaah Solat Di Masjid Surau Di Kawasan Pkpd Di Perak

Hanya 12 Jemaah Solat Di Masjid Surau Di Kawasan Pkpd Di Perak

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 292 hits
Oleh SAYED HESHAM IDRIS IPOH Hanya 12 orang dibenarkan untuk solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau di empat mukim di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuatkuasa esok hingga 4 Jun Pengarah ...
Mukim Perak Dan Bangau Dalam Daerah Temerloh Dikenakan Pkpd Bermula 28 Mei Ini

Mukim Perak Dan Bangau Dalam Daerah Temerloh Dikenakan Pkpd Bermula 28 Mei Ini

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 424 hits
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Sri Ismail Sabri hari ini mengumumkan dimana 2 mukim dalam daerah Temerloh iaitu Mukim Perak dan Mukim Bangau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuatkuasa 28 Mei hingga 10 Jun 2021 BACA Ke...
Penasihat Muhyiddin Beri Amaran Kemarahan Rakyat Semakin Meningkat

Penasihat Muhyiddin Beri Amaran Kemarahan Rakyat Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 258 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diingatkan orang sekelilingnya termasuk beberapa menteri mengenai kemarahan rakyat yang semakin meningkat dengan harapan kerajaan akan menggunakan strategi komunikasi yang lebih ...
Rakyat Dunia Takkan Lupakan Kelakuan Tentera Zionis Terhadap Palestin

Rakyat Dunia Takkan Lupakan Kelakuan Tentera Zionis Terhadap Palestin

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 413 hits
Masjid Qalibo di utara Gaza hancur musnah selepas dibedil oleh pesawat tentera Zionis May 15 2021Gaza mengucapkan selamat jalan kepada ahli keluarga Abu Hatab dan Al Hadidi yang mati syahid Jenazah mereka baru selesai disolatkan dan kini me...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple

Cendol Laksa Kuala Selangor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Makan Nasi Lemak Burung Hantu

Hadiah Top Komentator Dari Kak Mulan

Penyokong Kerajaan Kena Lah Aktif

Satu Satunya Ketua Negara Diberi Penghormatan Berucap Di Persidangan Dialog Intra Islamik Sarjana Islam

10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je