Pkp Disambung Dua Minggu Hingga 28 Jun


malaysiakini.com
Diterbitkan 11 Jun 2021, 6:29 pm
Dikemaskini 7:24 pm

Sekatan penuh di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) atau 'total lockdown' yang sepatutnya berakhir 14 Jun ini disambung untuk tempoh dua minggu lagi, berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi, iaitu melebihi 5,000 kes sehari dengan purata kes baru sehingga semalam ialah 6,871.

"Senarai positif, negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata ketetapan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, hari ini, supaya PKP 3.0 disambung.

Pada 28 Mei lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan sekatan penuh melalui tiga fasa untuk mengekang wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Fasa satu bermula 1 Jun lalu dengan 'total lockdown' selama 14 hari.

Sekiranya fasa pertama berjaya, fasa kedua akan menyaksikan pembukaan semula sektor ekonomi tertentu yang tidak melibatkan perhimpunan besar dan di mana jarak fizikal dapat diamalkan.

Fasa pertama sepatutnya berlangsung 14 hari dari 1 Jun hingga 14 Jun, sementara fasa kedua sepatutnya berlangsung empat minggu setelah fasa pertama berakhir.

Fasa ketiga akan serupa dengan perintah kawalan pergerakan yang berlaku sebelum 'lockdown' dikuatkuasakan.

Namun, kata PMO ketika itu, keputusan untuk peralihan satu fasa kepada fasa lain tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan yang dibuat berdasarkan perkembangan dalam jumlah kes harian dan kemampuan hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19.

Sementara itu, Ismail hari ini berkata kerajaan juga akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Kedah dan Sabah selama dua minggu bermula Ahad ini bagi membendung penularan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Ismail berkata pelaksanaan PKPD itu melibatkan Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Kampung Kadazan, Tawau, dua perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu, Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai serta Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah.

"Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularanjangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

"SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my ," katanya.

Sementara itu, beberapa lokaliti akan ditamatkan PKPD pada tengah malam esok iaitu 19 daripada 21 Mukim dalam daerah Kuala Terengganu, tiga taman perumahan di Sabak Bernam, empat Rumah Panjang Ulu Sungai Sebakong dan Sungai Duan, Mukah, Sarawak, Taman Sinar Harapan, Tampoi, Johor dan tiga lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Pasir Putih Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih.

Manakala PKPD di Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada akan ditamatkan pada tengah malam 13 Jun.

Sementara PKPD di Rumah Panjang Undum anak Anchih, Sungai Duan dijadualkan tamat pada 16 Jun 2021.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/pkp-disambung-dua-minggu-hingga-28-jun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Total Lockdown Dua Minggu Bermula 1 Jun

Total Lockdown Dua Minggu Bermula 1 Jun

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 227 hits
Oleh Media Mulia MUHYIDDIN YASSINPETALING JAYA Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown fasa pertama akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun ini Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan m...
Intisari Lockdown Pkp 3 0 1 Jun 2021 Hingga 14 Jun 2021

Intisari Lockdown Pkp 3 0 1 Jun 2021 Hingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 468 hits
Sumber Gambar dari googleAssalamualaikum Sempena lockdown yang bermula hari ini meh Cik Nor kongsi dengan korang intisari antara perkhidmatan dan aktiviti yang dibenarkan sepanjang tempoh ini Manalah tahu kot ada terlepas pandang Kan tak pa...
Terkini Pkp 3 0 Dilanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 28 Jun 2021 Ds Ismail Sabri

Terkini Pkp 3 0 Dilanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 28 Jun 2021 Ds Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 357 hits
Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara akan dilanjutkan 14 hari lagi dari 15 Jun sehingga 28 Jun 2021 Jelas beliau keputusan tersebut ...
Pkp 3 0 Menyeluruh Dilanjut Hingga 28 Jun

Pkp 3 0 Menyeluruh Dilanjut Hingga 28 Jun

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh Media Mulia ANGGOTA polis dan ATM melakukan sekatan jalan raya bagi memastikan pematuhan SOP dan sekatan rentas daerah serta negeri UTUSAN FAISOL MUSTAFAPETALING JAYA Perintah Kawalan Pergerakan atau total lockdown dilanjutkan dua ming...
Putrajaya Umum Pkp Penuh Lanjut Hingga 28 Jun

Putrajaya Umum Pkp Penuh Lanjut Hingga 28 Jun

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 333 hits
PERINTAH Kawalan Pergerakan penuh yuang sepatutnya berakhir pada 14 Jun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Kebenaran beroperasi juga kekal mengikut senarai sedia ada katanya dalam...
Pkp 3 0 Bersambung Dua Minggu Lagi

Pkp 3 0 Bersambung Dua Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 528 hits
kredit Majlis Keselamatan Malaysia Assalamualaikum semua Petang sebegini tiada apa hendak di perah otak jadi isu semasa menjadi pilihan utama Naim Kelmarin di beritahu Menteri Pertahanan PKP 3 0 di lanjutkan kepada dua minggu lagi Bermula 1...
Pkpd Di Bandar Bentong Beberapa Lokaliti Di Perak Sabah Berkuatkuasa 6 Hingga 19 Jun

Pkpd Di Bandar Bentong Beberapa Lokaliti Di Perak Sabah Berkuatkuasa 6 Hingga 19 Jun

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 159 hits
PUTRAJAYA Bandar Bentong Pahang dan beberapa lokaliti di Perak dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuat kuasa 6 hingga 19 Jun Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di Perak melibatkan daerah ...
Kisah Dua Minggu Sebelum Total Lockdown

Kisah Dua Minggu Sebelum Total Lockdown

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 201 hits
Sambungan kisah dari Cukuplah dengan dua hari cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri ditambah pula cuti hujung minggu melengkapkan cuti raya aku untuk tahun ini Ketika orang lain memilih bekerja dari rumah aku antara segelintir yang memilih...
Hiburan Kalau Tak Sebab Pkp Kami Nikah Minggu Depan Kamal Adli Dan Uqasha Tak Mahu Nikah Online

Hiburan Kalau Tak Sebab Pkp Kami Nikah Minggu Depan Kamal Adli Dan Uqasha Tak Mahu Nikah Online

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 267 hits
Pasangan selebriti yang masih menunggu hari untuk melangsungkan perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Senrose memberitahu bahawa mereka berdua terpaksa menangguhkan majlis kerana tidak mahu ada isu isu berbangkit pada masa hadapan Ujar Kamal in...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage