Pkpb Permit Rentas Negeri Bagi Pasangan Suami Isteri Pjj
Mesti tahu saya dan suami dah lama PJJ ( perkahwinan jarak jauh). Suami saya di Ipoh manakala saya di Jitra Kedah. Atas tuntutan kerja kami sama sama redha duduk jauh selama berkahwin ni. Semasa tempoh PKP selama dekat 3 bulan tempohnya hari tu agak terseksa juga lah sebab tak dapat jumpa suami. Sampailah akhirnya kerajaan atau Majlis Keselamatan Negara MKN bagi kelonggaran kepada pasangan suami ister yang PJJ dibolehkan rentas negeri dengan syarat kena dapatkan permit rentas negeri dari balai polis dahulu. Ok jom tengok bagaimana nak dapatkan Permit Rentas Negeri Bagi Pasangan Suami Isteri PJJ
Jom baca dahulu apa SOP PKPB di SINI
Contoh Draf Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah Dan Negeri
PKPB Semenanjung Malaysia Ok masuk November 2020 sekali lagi MKN laksanakan PKPB dimana tak boleh lagi rentas negeri dan daerah. Tapi sektor ekonomi dibenarkan beroperasi macam biasa. Dan kembali sekali lagi masalah kami suami isteri ni hehehe. Kami dah refer pada balai polis PDRM dan ya pasangan suami isteri PJJ boleh je rentas daerah dan negeri dengan syarat sama kena ambil permit dari PDRM. Jadi sekarang saya share prosedur ya bagaimana nak dapatkan permit tu
Contoh borang Permit Rentas Negeri
Cara Mohon Permit Rentas Negeri Dari Balai PolisPemohon Permohonan dibuat oleh salah seorang yang nak merentas. Contoh jika suami nak ke tempat isteri, maka suami lah kena buat permohonan di balai polis terdekat dimana dia berada sekarang
Borang Rentas NegeriMula mula download borang Rentas Negeri di SINI dan isi dengan lengkap.
Salinan Kad Pengenalan Suami dan IsteriPastikan sediakan kedua salinan IC suami dan isteri
Sijil NikahPastikan juga sediakan salinan sijil nikah dengan membawa sekai yang asli (jika ada)
Surat pengesahan tempat bekerjaPastikan suami dan isteri sediakan surat disahkan majikan anda bekerja dimana. Bukan apa senang tak payah cerita panjang panjang kat polis nanti.
Bila lengkap semua dokumen diatas boleh lah hadir ke balai polis dan buat permohonan ya. Permohonan yang diluluskan akan dapat cop polis di borang yang diisi dan tulis situ dibenarkan rentas negeri.
Semoga dipermudahkan urusan korang. Doakan urusan kami suami isteri juga dipermudahkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.enyabdullah.com/2020/11/pkpb-permit-rentas-negeri-bagi-pasangan.html