Isteri Curang Apa Yang Suami Perlu Lakukan Cerai Atau Tidak


Cemburu, cinta dan sayang itu fitrah. Jika tiada perasaan cemburu, bagaimana sesebuah perhubungan yang dibina akan dijaga dan dihargai?
Namun, perasaan itu tidaklah sewenang-wenangnya boleh dihamburkan sehingga berlakunya isu keganasan rumah tangga atau wujudnya istilah ‘queen control’ yang boleh mengganggu-gugat sesebuah institusi perkahwinan yang telah dibina.
Sebaliknya, ia perlu disalurkan ke arah yang benar dan saluran yang betul. Ibn Qayyim menyebut:
Maksud: “Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga). Sesiapa yang tiada perasaan ini, maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya. Kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga menjauhkan daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya, hati akan mati. Maka, matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.” (al-Jawab al-Kafi, hlm. 68)
Berdosa ke atas suami yang dayus dan terlalu bersangka baik ke atas isterinya dengan membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh isteri mahupun anaknya.
Begitu juga jika cemburu seorang isteri itu terlalu ketelaluan sehingga menyebabkan rumah tangga bergoyah, ia adalah dilarang. Disebabkan itu, perasaan tersebut perlu dikawal.
Namun, jika wujudnya situasi isteri yang curang, apa yang perlu dilakukan suami? Adakah boleh menceraikan isteri?
Dalam hal ini, ulama berpandangan dengan dua situasi yang boleh berlaku:
#1 – Jika Isteri Telah Bertaubat
Jika isteri telah menyesali perbuatannya dengan sebenar-benar taubat dan memohon ampun di atas perbuatannya itu, sekali gus berubah dengan menjadi wanita solehah (meninggalkan perbuatannya), maka suami perlu memberi kemaafan kepadanya.
Dalam hal ini, suami perlu mempertimbangkan baik buruk di atas setiap keputusan yang ingin dilakukan.
Jika ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental (contohnya trauma dengan perbuatan tersebut), penceraian boleh dilakukan.
Jika memilih untuk meneruskan hubungan perkahwinan tersebut, maka suami perlu bersedia untuk membimbing isteri ke arah yang lebih baik, menjaga rahsia dan aib isteri serta tidak mengungkit masalah itu di masa hadapan.
Namun, kemaafan perlu diberikan kepadanya kerana isteri telah bertaubat dan memohon ampun.
#2 – Jika Isteri Belum Menunjukkan Penyesalan
Situasi kedua ialah apabila isteri belum menunjukkan penyesalan dan tidak bertaubat, maka ia juga bergantung kepada keputusan suaminya.
Jika suami memilih untuk mempertahankan rumah tangga tersebut, maka suami perlu bersedia untuk membimbing isteri ke arah lebih baik. Suami perlu sabar dan tidak menggesa isteri sebaliknya memberi ruang kepadanya untuk berubah.
Dalam masa yang sama, suami mempunyai hak ke atas isterinya dengan memilih cara yang terbaik untuk membentuk isterinya. Namun, ia tidak boleh sehingga berlakunya keganasan.
Bagaimanapun, jika suami diyakini tidak mampu membendung isterinya sehinggakan tiada perubahan yang berlaku, maka sebahagian ulama berpendapat bahawa rumah tangga tersebut tidak boleh dipertahankan. Dibolehkan ke atas suaminya untuk menceraikannya.
Ini adalah berdasarkan kepada pendapat bahawa haram hukumnya ke atas suami yang membiarkan isterinya berzina. Ia termasuk sebagai salah satu dosa besar.
Dari ‘Abdullah bin Umar RA, Baginda SAW bersabda:
Maksud: “Tiga orang yang tidak akan Allah lihat mereka pada hari kiamat: Orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita tomboi dan lelaki dayus.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 5372. Dinukilkan sahih oleh Syuaib al-Arnauth)
Kesimpulan
Bagaimanapun, dapat difahami di sini bahawa keputusan menceraikan terletak di atas suami. Jika diyakini suami mampu memberi kemaafan dan boleh membimbing isterinya ke arah lebih baik, maka adalah lebih baik untuk berusaha mempertahankannya.
Wallahu a’alam
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Isteri Curang? Apa Yang Suami Perlu Lakukan; Cerai Atau Tidak? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/isteri-curang-apa-yang-suami-perlu-lakukan-cerai-atau-tidak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syak Curang Suami Hentam Isteri Sampai Patah Jari

Syak Curang Suami Hentam Isteri Sampai Patah Jari

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 223 hits
Rasa cemburu yang tidak terkawal mendorong seorang lelaki bertindak memukul isterinya sehingga menyebabkan mangsa mengalami luka di kepala patah jari kiri dan bengkak di leher dan belakang badan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintend...
Pkpb Permit Rentas Negeri Bagi Pasangan Suami Isteri Pjj

Pkpb Permit Rentas Negeri Bagi Pasangan Suami Isteri Pjj

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 1743 hits
Mesti tahu saya dan suami dah lama PJJ Suami saya di Ipoh manakala saya di Jitra Kedah Atas tuntutan kerja kami sama sama redha duduk jauh selama berkahwin ni Semasa tempoh PKP selama dekat 3 bulan tempohnya hari tu agak terseksa juga lah s...
Bila Suami Bawa Pulang Bercuti Di Kampung Dia Saya Jadi Semakin Penat Isteri Kesal Suami Pentingkan Diri

Bila Suami Bawa Pulang Bercuti Di Kampung Dia Saya Jadi Semakin Penat Isteri Kesal Suami Pentingkan Diri

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 248 hits
Realiti sebenar kehidupan berumah tangga ada yang manis dan sebaliknya Bacalah sekadar untuk pengetahuan dan buanglah yang keruh ambillah yang jernih Setiap masalah ada jalan penyelesaian SAYA nak luah sikit sebab saya tak tahu nak luah dek...
Take Note Suami Paling Suka Kalau Isteri Buat Ini

Take Note Suami Paling Suka Kalau Isteri Buat Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 745 hits
Bukan susah nak jadi yang tersayang di mata si suami Pandai ambil hati dan jaga akan dirinya dengan ikhlas pasti buatkan si suami makin sayang hari demi hari Tapi yang pasti si suami pasti akan melekat seperti magnet terhadap si isteri seki...
Baru Seminggu Dua Suami Meninggal Isteri Dikeluarkan Dari Group Family

Baru Seminggu Dua Suami Meninggal Isteri Dikeluarkan Dari Group Family

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 413 hits
Sering kali kita dengar keluhan atau luahan kisah sedih yang menimpa balu apabila diuji dengan pemergian suami tercinta Apa yang lebih menyedihkan apabila berlaku perebutan harta pusaka peninggalan Allahyarham meskipun tanah kuburnya masih ...
Pasangan Suami Isteri Dijaga Keluarga India

Pasangan Suami Isteri Dijaga Keluarga India

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 291 hits
SEREMBAN Niatnya hanya untuk menjual peti ais bagi mendapatkan wang namun tidak menyangka hasrat itu mengubah nasib pasangan suami isteri yang kehilangan sumber pendapatan akibat dibuang kerja Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik 57 dan Rohayat...
Suami Koma Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam Icu Baby Pula Masuk Wad

Suami Koma Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam Icu Baby Pula Masuk Wad

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 382 hits
Tiada siapa pun yang minta diuji dengan sakit tetapi jika ujian ini diberikan hanya kekuatan dan doa dipohon untuk mengembalikan semangat Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila Allah uji suami koma kerana meng...
Suami Isteri Nak Kurangkan Berat Badan Boleh Amalkan Diet Kacang Kuda Bagus Juga Untuk Pesakit Diabetes

Suami Isteri Nak Kurangkan Berat Badan Boleh Amalkan Diet Kacang Kuda Bagus Juga Untuk Pesakit Diabetes

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 397 hits
Pemakanan yang seimbang sangat penting bagi memastikan berat badan atau BMI dalam keadaan normal dan sihat Selain mengamalkan sayur sayuran dan buah buahan anda serta ahli keluarga juga boleh mengamalkan makan kekacang kerana kekacang antar...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel