Pkp Huru Hara Tanda Mahiaddin Tidak Mampu Memimpin


 
Hari ini, 4 Jun adalah hari keempat perlaksanaan PKP penuh atau total lockdown yang diumumkan kerajaan berikutan meningkatnya semula jumlah kes Covid19 dalam negara.
Tetapi, tidak seperti PKP 1.0 dahulu, PKP penuh kali ini bukan saja tidak dianggap PKP penuh atau total lockdown dalam ertikata sebagaimana istilah yang disebut Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin, malah ia jadi hura-hara dan lintang pukang.
Walau dikata PKP penuh, ia sama sekali tidak banyak berbeza dengan PKP 2.0 dan PKP 3.0 sebelum ini.
Lebih ketara, huru-hara dan lintang pukang dalam PKP penuh ini hanya berlaku kira-kira sehari selepas perlaksanaannya dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.
Tidak saja jalanraya masih sibuk dan sesetengahnya berlaku kesesakan, orang berkeliaran juga kelihatan di mana-mana dan yang paling memusykilkan, MITI semakin banyak memberi kebenaran kepada syarikat dan kilang untuk dibenarkan beroperasi.
Azmin Ali sebagai Menteri MITI yang diberi kuasa meluluskan mana-mana syarikat untuk beroperasi pula seakan cuba menunjukkan “powernya” apabila semakin banyak kelulusan diumumkannya di sebalik kes dan kematian juga kian meningkat.


Jika sebelum kecaman terhadapnya timbul, jumlah syarikat yang dibenar beroperasi adalah 95,142, tetapi setelah kecaman makin berleluasa, semalam beliau dengan bangga mengumumkan sebanyak 128,150 syarikat telah diberi kebenaran.
Jika makin banyak syarikat dibenar beroperasi dan dan semakin ramai orang berada di luar rumah, bagaimanakah rantaian Covid19 ini mahu diputuskan?
Untuk itu, PKP yang dikatakan penuh kali ini semakin ditanggapi ramai bukanlah benar-benar penuh dan totak lockdown juga tidak benar-benar total perlaksanaannya.
Semua itu tidak saja mengundang paling banyak kritikan dan kecaman, bahkan ramai yang tidak ragu-ragu menjangka PKP ini akan menemui kegagalan.
Sementara jika rakyat yang tidak sedia berkorban kerana sekatan PKP dan itu boleh saja dianggap perkara biasa, namun tentulah luar biasa kalau kerajaan sendiri yang tidak sanggup berkorban dalam memerangi wabak pembunuh ini.
Itulah yang terlihat dalam PKP terbaru ini di mana dengan pelbagai kelonggaran yang diberi oleh kerajaan melalui MITI untuk sekian banyak syarikat beroperasi adalah tanda jelas kerajaanlah yang enggan berkorban.
Kenapa susah sangat kerajaan mahu menguatkuasa peraturan agar semua syarikat ditutup operasi untuk sementara atau hanya selama dua minggu saja, kecuali syarikat pengeluaran dan perkhidmatan yang benar-benar perlu saja?
Yang paling buruk, pendirian kerajaan dalam isu memberi kebenaran kepada syarikat beroperasi itu turut menyebabkan berlakunya pertengkaran panas dalam mesyuarat kabinet dikatakan antara Ismail Sabri Yaakob dengan Azmin.
Keputusan kerajaan dan Mahiaddin sendiri yang meletakkan kuasa penuh kepada Azmin dan MITI untuk meluluskan syarikat-syarikat yang ingin beroperasi dalam tempoh PKP adalah suatu kesilapan yang jelas mengundang petaka dan ketidaktentuan.
Beranggapan bahawa kuasa yang diberikan kepadanya itu itu suatu kelebihan berbanding sepatutnya mesti lebih berhati-hati dan tidak rakus dalam membuat keputusan, itulah realitinya yang menjadikan lebih banyak syarikat diberi kebenaran.
Sebagimana didedahkan dalam media sosial, terdapat pula beberapa syarikat yang bukan dalam kategori perlu pun ada yang diberi kelulusan oleh MITI.
Kenapa dan bagaimana perkara itu boleh berlaku?
Dalam hal ini, mahu tidak mahu, beban kesalahan paling utama haruslah diletakkan kepada Mahiaddin sebagai punca segala-galanya, selain Azmin.
Mahiaddin bukan saja bersalah kerana memanja dan terlalu memberi muka kepada Azmin, malah juga atas kegagalannya dalam memimpin dan memastikan menteri-menterinya melaksanakan tugas dengan baik serta berkesan.
Sifirnya mudah saja, kalau Mahiaddin adalah seorang Perdana Menteri yang tegas, berwibawa, tidak lemah, kepimpinannya dihormati dan arahannya dipatuhi, kekalutan, huru-hara dan lintang pukang ini tidak akan berlaku dengan berleluasa.
Sebaliknya, oleh kerana Mahiaddin adalah seorang Perdana Menteri yang gagal, kerajaannya dan apa juga yang dilakukannya, semuanya akan menghasilkan natijah kegagalan.


 (ShahbudinHusin 04/06/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/pkp-huru-hara-tanda-mahiaddin-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Mahiaddin Terus Lagi Jadi Pm Negara Akan Terus Huru Hara Lintang Pukang Seperti Yang Ada Sekarang

Kalau Mahiaddin Terus Lagi Jadi Pm Negara Akan Terus Huru Hara Lintang Pukang Seperti Yang Ada Sekarang

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 174 hits
Hampir semua ketua parti kini difahamkan telah pun menerima jemputan untuk mengadap Yang Dipertuan Agong yang dijadualkan bermula hari ini hingga lusa Walaupun difahamkan pertemuan baginda dengan ketua ketua parti itu adalah khusus untuk me...
Gambaran Huru Hara Sebuah Kerajaan

Gambaran Huru Hara Sebuah Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 151 hits
MOHD ASRIHuru hara begitulah wajah sebuah kerajaan yang gagal Gagal mendidik juga gagal mengurus Terang2 dipersendakan rakyat Teruk juga kerajaan kena troll sebab pengumuman PKP yang diperketatkan ini Ada juga yang bising selama ini minta p...
Dah Huru Hara Dan Haru Biru

Dah Huru Hara Dan Haru Biru

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 163 hits
Lakukan sesuatu semuanya huru hara Johari gesa Putrajaya bertindak June 3 2021 Johari Ghani berkata kerajaan perlu tampil dengan strategi terperinci untuk memastikan keperluan golongan paling rentan dijaga ketika PKP penuh PETALING JAYA Sel...
Mahiaddin Kini Serba Tak Kena Tanda Kebencian Rakyat Kepadanya Tiada Lagi Ubatnya Kecuali

Mahiaddin Kini Serba Tak Kena Tanda Kebencian Rakyat Kepadanya Tiada Lagi Ubatnya Kecuali

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 171 hits
Di mata rakyat khususnya netizen tidak ada yang kena atau sesuai lagi dilakukan oleh Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin ketika ini Asyik dengan perutusan khas tak kena cuba tunjuk berani mengadakan bual bicara khas dengan media pun akhirnya...
Ingatan Untuk Mahiaddin Pkp Penuh Tanpa Bantuan Menyeluruh Adalah Suatu Kezaliman

Ingatan Untuk Mahiaddin Pkp Penuh Tanpa Bantuan Menyeluruh Adalah Suatu Kezaliman

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 207 hits
Walaupun agak lambat dan Mahiaddin Md Yasin dikira lembab sementara rakyat sudah lama menyatakan kesediaan dengan perlaksanaan PKP penuh kerajaan akhirnya akhirnya akur dengan perkara tersebut Dalam kenyataan media sekadar berani melalui pd...
Esok Hanya Upgrade Pkp 3 0 Menjadi Pkp 3 1

Esok Hanya Upgrade Pkp 3 0 Menjadi Pkp 3 1

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 312 hits
Takde Perutusan Khas Takde bantuan diumum Tak disebut total lockdown Cuma disebut mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3 0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial Lalu dia suruh Isma...
Pkp 3 0 Moratorium Perlu Dipertimbang Kepada Penjaja Peniaga Kecil

Pkp 3 0 Moratorium Perlu Dipertimbang Kepada Penjaja Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 170 hits
Lebih 60 peratus dijangka gulung tikar jika PKP dikuat kuasa JOHOR BAHRU Pemberian bantuan termasuk penangguhan terhadap bayaran balik pinjaman perniagaan perlu dipertimbangkan kepada golongan penjaja peniaga dan pengusaha industri kecil se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon