Mahiaddin Kini Serba Tak Kena Tanda Kebencian Rakyat Kepadanya Tiada Lagi Ubatnya Kecuali


 
Di mata rakyat, khususnya netizen, tidak ada yang kena atau sesuai lagi dilakukan oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin ketika ini.
Asyik dengan perutusan khas tak kena, cuba tunjuk berani mengadakan bual bicara khas dengan media pun akhirnya sama tidak kena juga.
Selain program itu dipertikaikan kerana ia merupakan rakaman, sedangkan beberapa saluran TV mempromosikannya sebagai “live”, apa yang diperkatakan Mahiaddin dalam bual bicara itu lebih banyak menjadi kritikan, malah persendaan.
Paling banyak ialah pengakuannya yang tak kisah dianggap bodoh, mengakui tidak mampu menjaga 32 juta rakyat Malaysia, mengatakan tiada “double standard” dalam penguatkuasaan SOP dan pengakuan tentang ketidakmampuan kerajaan melaksanakan SOP penuh kerana beban ekonomi yang besar yang terpaksa ditanggung.
Dalam semua perkara yang diperkatakan itu, semuanya terkena balik kepada Mahiaddin sendiri.
Dalam kes tak kisah dikata bodoh, macam-macam tafsiran dihujahkan berkaitan apa yang diperkatakannya itu dan pokoknya, sebagai Perdana Menteri, adalah amat janggal dan memalukan apabila beliau membuat pengakuan sedemikian rupa.
Berhubung kata-katanya tidak mampu menjaga 32 juta rakyat, beliau terus terus dikritik dan dipersoalkan – apa gunanya jadi Perdana Menteri dan memiliki kuasa, ada kabinet, kementerian, ratusan jabatan, menteri, timbalan menteri, dana kerajaan dan lain-lain lagi jika bukan untuk menjaga kebajikan dan memastikan kesejahteraan rakyat?
Berkaitan penguatkuasaan SOP yang kononnya kerajaan tiada “double standard” dalam perlaksanaannya, perkara itu lantas disusuli dengan beberapa keping gambar Mahiaddin yang dilihat tidak memakai pelitup muka serta videonya menghadiri sebuah program tapi tidak mengimbas aplikasi mysejahtera.
Tentang beban ekonomi katanya sebesar RM0.5 trillion jika PKP penuh dilaksanakan, persoalan yang dibangkitkan ialah, apa masalahnya dengan kos sebenar itu yang terpaksa ditanggung kerajaan jika yang ingin diselamatkan ialah nyawa rakyat?
Kenapa Mahiaddin terlalu berkira untuk menyelamatkan 32 juta nyawa?
Atau adakah ia gambaran ketidakmampuannya dalam mengurus negara?
Kalau tidak mampu, kenapa masih mahu kekal lagi sebagai Perdana Menteri?
Yang nyata sekarang ini, tidak kira apa pun yang dilakukannya, tiada lagi yang cocok di mata rakyat berkaitan dengannya.
Baik bagaimana beliau memunculkan diri atau apa yang diperkatakannya, semuanya sudah tidak kena lagi.
Asyik duduk di pejabat tak kena, tampil di khalayak ramai seperti pergi ke bazar Ramadan sebelum ini, akhirnya yang menjadi bualan hanyalah perkara-perkara yang tidak kena, buat perutusan khas tak kena dan tampil dalam bual bicara khas juga tidak kena.
Petanda apa semua ini?
Tidak lain ini adalah petanda Mahiaddin sudah ditahap maksimum tidak disukai dan dibenci oleh rakyat negara ini.
Semua ini, jika diperhati adalah salah dan silap yang berpunca daripada Mahiaddin sendiri.
Beliau harus menengok kembali segala-galanya – daripada laluannya menerobos pintu pengkhianatan untuk menjadi Perdana Menteri, dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin yang juga pengkhianat, menjadi ketua kerajaan yang suka menyembunyikan diri di pejabat dengan penampilan hanya melalui perutusan khas demi perutusan khas, berkira dalam meluluskan bantuan yang diperlukan rakyat, menguatkuasakan darurat, menggantung Parlimen dan lain sebagainya – semua itu adalah tindakan-tindakan yang pada hakikatnya tidak disukai oleh majoriti rakyat yang umumnya mencari rezeki dan hidup di negara ini secara jujur.
Apabila pemimpin berbuat sesuatu, lebih-lebih lagi jika satu demi satu, perkara-perkara yang tidak selari dengan kejujuran, keinginan atau keperluan rakyat, maka inilah padahnya.
Pendeknya, apa yang dituai Mahiaddin sekarang adalah hasil apa yang ditanamnya sendiri.
Kemarahan dan kebencian rakyat sekarang hanya akan selesai jika mereka berjaya melihat beliau akhirnya tersingkir sebagai Perdana Menteri.
Lalu, apa yang boleh dilakukan Mahiaddin agar beliau dapat kembali disukai rakyat?
Hanya satu – LETAK JAWATAN!!
Percayalah, selepas meletak jawatan, akan mencurah-curah sanjungan dan pujian diberikan kepadanya.


 (ShahbudinHusin 25/05/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/mahiaddin-kini-serba-tak-kena-tanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Kian Tunjuk Marah Pada Mahiaddin Kerajaangagal Kini Sudah Naik Taraf Jadi Kerajaanbodoh

Rakyat Kian Tunjuk Marah Pada Mahiaddin Kerajaangagal Kini Sudah Naik Taraf Jadi Kerajaanbodoh

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 228 hits
Semakin tinggi angka kes Covid19 yang dilaporkan dalam waktu yang sama semakin meningkat juga Mahiaddin Md Yasin diserbu dengan tanggapan tentang kegagalannya sebagai Perdana Menteri Ditambah dengan pengenalan SOP baru PKP yang diperketatka...
Kepimpinan Pm Yang Jelas Gagal Rakyat Kini Tertumpu Kepada Istana

Kepimpinan Pm Yang Jelas Gagal Rakyat Kini Tertumpu Kepada Istana

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 235 hits
Saya mewakili GERAK Negeri Pahang sekali lagi merafak sembah Kebawah Duli Tuanku Yang Dipertuan Agong untuk menilai semula kedudukan PM sekarang Bukan rahsia lagi bahkan dunia mengetahui akan kegagalan PM sekarang untuk menguruskan negara i...
Adakah Kini Rakyat Telah Melakukan Penentangan Secara Terbuka Terhadap Kerajaan Gagal

Adakah Kini Rakyat Telah Melakukan Penentangan Secara Terbuka Terhadap Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 444 hits
Beberapa simptom telah kelihatan Rakyat menyatakan rasa tidak puas hati di sana sini Kebanyakannya dicetuskan oleh golongan muda lelaki dan perempuan Simptom pertama jelas kelihatan apabila anak anak muda melakukan protes di jalan menuju ke...
Prihatin Dengan Nasib Rakyat Tengku Hassanal Sumbang Elaun Diraja Ke Tabung Covid 19

Prihatin Dengan Nasib Rakyat Tengku Hassanal Sumbang Elaun Diraja Ke Tabung Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 254 hits
Prihatin dengan situasi rakyat jelata Pemangku Raja Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengambil inisiatif untuk membuat sumbangan khas kepada rakyat yang terkesan semasa Pe...
Semua Rakyat Malaysia Di Jangka Akan Di Beri Suntikan Vaksin Sebelum Hujung Tahun 2021

Semua Rakyat Malaysia Di Jangka Akan Di Beri Suntikan Vaksin Sebelum Hujung Tahun 2021

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 354 hits
SHAH ALAM Semua rakyat Malaysia dijangka akan diberi suntikan vaksin Covid 19 sebelum hujung tahun ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia berikutan lebih banyak bekalan vaksin akan diterima Perkara itu diumum Muhyiddin pada...
Semua Rakyat Disuntik Vaksin Covid 19 Menjelang Akhir Tahun Pm

Semua Rakyat Disuntik Vaksin Covid 19 Menjelang Akhir Tahun Pm

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 296 hits
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR Muhyiddin ketika menerima suntikan vaksin Covid 19 PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya semua rakyat Malaysia akan menerima suntikan vaksin Covid 19 pada akhir tahun ini Menurutnya b...
Negeri Sahaja Miskin Tetapi Rakyat Nya Kaya Jiwa

Negeri Sahaja Miskin Tetapi Rakyat Nya Kaya Jiwa

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 414 hits
Satu contoh terbaik negeri di bawah kerajaan PAS Usaha yang lebih PENTING dari ITU ialah memastikan derma ITU sampai ke tangan rakyat palestine dan bukannya lesap di pertengahan di kocek penyamun
Penindasan Rakyat Palestin Akan Berlaku Sehingga Turun Al Mahdi

Penindasan Rakyat Palestin Akan Berlaku Sehingga Turun Al Mahdi

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 332 hits
Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Serangan rejim zionis ke atas umat Islam di Palestin bukan kejadian yang baharu berlaku kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bahkan ujar beliau isu serangan itu sudah berlarutan s...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians