Pisang Berbuah 2 Kali Apabila Ph Bertindak Gelojoh



Rahman Talib, Free Malaysia Today
Isu Statut Rom bagaikan boleh dijangka. Selepas kerajaan Pakatan Harapan dengan yakin menandatangani perjanjian itu, Dr Mahathir Mohamad semalam dilaporkan membuat pusingan U dengan berkata, bukan semua peruntukan di bawah Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan dilaksanakan di Malaysia.
Beliau berkata, kerajaan akan melihat kandungan perjanjian itu dan memilih perkara baik dan boleh diterima masyarakat umum di negara ini.
Walaupun contoh yang diberikan Mahathir mengenai perkara yang tidak boleh dilaksanakan pelik dan janggal dalam konteks Statut Rom, ia sekali lagi mengundang pelbagai ketidaktentuan hasil daripada pendekatan gelojoh kerajaan PH.
“Sebagai contoh, Statut Rom memberi kebebasan mutlak kepada semua orang untuk melakukan semua benda. Kini, ada lelaki berkahwin dengan lelaki, perempuan berkahwin dengan perempuan, dan saya sendiri tak tahu apa yang mereka lakukan selepas berkahwin.
“Mereka ini orang yang pelik dan kita tidak mahu jadi pelik seperti mereka. Itu kita tidak boleh terima. Kita hanya mahu lakukan perkara yang baik-baik sahaja,” kata Mahathir.
Ada beberapa perkara yang amat membimbangkan dalam kenyataan perdana menteri itu. Pertama, adakah beliau dan pihak kerajaan benar-benar faham kandungan Statut Rom sebelum mereka memilih untuk tandatangan?
Ini kerana, berdasarkan penjelasan beliau dan kandungan Statut Rom, tiada peruntukan disediakan mengenai perkahwinan sejenis dan sebagainya.
Statut Rom sebenarnya memberi kuasa kepada ICC mendakwa individu terbabit dalam jenayah perang spesifik.
Ke-2, Statut Rom tidak membenarkan mana-mana negara membuat sebarang pengecualian berdasarkan Perkara 20. Merujuk teks asal “No reservations may be made to this Statute”, Malaysia memang tidak mempunyai hak untuk memilih klausa tertentu kerana kini ia dibawah kuasa ICC sepenuhnya.
Perkara 27 turut menyatakan semua pihak tanpa mengira pangkat rasmi akan tertakluk kepada bidang kuasa ICC yang mana perkara ini bercanggah Perlembagaan Persekutuan kerana Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan istimewa.
Ke-3, tahukah anda bidang kuasa ICC kekal walaupun sesebuah negara itu menarik diri daripada Statut Rom? Perkara ini baru berlaku di negara jiran, Filipina yang mana mereke menarik diri daripada perjanjian itu pada 18 Mac lalu.
Menurut pejabat pendakwa raya, Perkara 127.2 Statut Rom mengekalkan bidang kuasa ICC terhadap jenayah yang dilakukan semasa sesebuah negara masih menjadi ahli Statut Rom dan ICC boleh bertindak untuk mendakwa, walaupun selepas sesebuah negara menarik diri.
Lebih menarik jika dibaca ruangan komen di Facebook ICC yang rata-rata rakyat Filipina mengalu-alukan tindakan Manila menarik diri daripada perjanjian itu.
Isu Statut Rom bagaikan pisang berbuah 2 kali, sama seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang mana kerajaan mengumumkan niat mengiktiraf perjanjian itu tanpa berunding dengan rakyat.
Sekali lagi, pendekatan sama diambil, kerajaan PH bertindak gelojoh menandatangani Statut Rom tanpa rundingan dengan pihak berkepentingan, yang mana dalam kes ini ialah Majlis Raja-raja.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/03/27/pisang-berbuah-2-kali-apabila-ph-bertindak-gelojoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Statut Rom Pisang Berbuah Dua Kali

Statut Rom Pisang Berbuah Dua Kali

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 388 hits
Rahman Talib Logo ICC ISU berkenaan Statut Rome bagaikan boleh dijangka Setelah Kerajaan Pakatan Harapan dengan yakin dan bertindak secara sendiri menandatangani Statut tersebut baru semalam Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilaporkan t...
Kejohanan Olahraga Mssj Kali Ke 52 Tahun 2019 Majlis Perasmian Pembukaan

Kejohanan Olahraga Mssj Kali Ke 52 Tahun 2019 Majlis Perasmian Pembukaan

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 457 hits
Kejohanan Olahraga MSSJ kali ke 52 tahun 2019 Majlis Perasmian Pembukaan Petang ni ke Stadium Educity Wakil Ketua Sektor ke majlis perasmian pembukaan ni Selesai je sempat gi nengok team statistik Kami jadi penyelaras untuk MSSM kelak Tengo...
Kali Ini Tukar Absorber Belakang Vios Pulak

Kali Ini Tukar Absorber Belakang Vios Pulak

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 430 hits
Lepas tukar tayar cadangnya nak postpone dulu niat nak tukar absorber belakang vios aku yang dah leaking Tapi memandangkan puan isteri insist untuk aku tukar jugak sebab ia melibatkan risiko keselamatan maka aku turutkan je apa yang dipinta...
Tukar Tayar Kali Ke 5 Bridgestone Potenza Re080 Pilihan Aku

Tukar Tayar Kali Ke 5 Bridgestone Potenza Re080 Pilihan Aku

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 756 hits
Hari ni tukar tayar kereta buat kali ke 5 Cadangnya nak tukar 2 biji tayar belakang je sebab dah macam nazak makan sebelah Tapi wife cakap tukar je empat biji terus bagi sama semua Disebabkan bajet tu ada maka aku pun setuju je dan dua taya...
Jemaah Masjid Bertambah Tiga Kali Ganda Sejak Serangan Di Christchurch

Jemaah Masjid Bertambah Tiga Kali Ganda Sejak Serangan Di Christchurch

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 537 hits
KEJADIAN tembakan di Christchurch New Zealand telah mengemparkan seluruh dunia Malah kejadian itu juga telah memberi kesan kepada masyarakat Islam malah secara indivdiu juga seperti mana perkongsian dari pengguna Facebook Yuhanis Azam Menur...
Polisi Temukan Mesin Atm Di Rumah Kerabat Prabowo Usai 50 Kali Membobol

Polisi Temukan Mesin Atm Di Rumah Kerabat Prabowo Usai 50 Kali Membobol

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 253 hits
Keberadaan mesin ATM itu untuk pelaku mempelajari sistem operasi dari mesin ATM tersebut Penyidik masih mendalami bagaimana pria berusia 37 tahun itu mendapatkan barang tersebut
Gunung Merapi Muntahkan Lava Pijar Sebanyak 3 Kali

Gunung Merapi Muntahkan Lava Pijar Sebanyak 3 Kali

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 230 hits
Selain muntahkan lava puluhan gempa juga terjadi dengan amplitudo yang beragam BPPTKG merekomendasikan untuk melarang aktivitas pendakian dan mengimbau warga tidak melakukan aktivitas dalam radius tiga kilometer dari puncak
Setelah Pembantaian Muslim Di Selandia Baru Masjid Di Eropa Jamaahnya Bertambah 3 Kali Lipat

Setelah Pembantaian Muslim Di Selandia Baru Masjid Di Eropa Jamaahnya Bertambah 3 Kali Lipat

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 298 hits
Sejak semalam Hampir semua masjid di negeri2 Barat jamaahnya bertambah hingga 3 kali lipat Sebagian ummat Islam disana yang sebelumnya tidak pernah atau jarang terlihat di masjid Sejak maghrib kemarin hingga subuh ini berebut datang menghad...
Jangan Susahkan Hati Mama Papa Kamu Bukan Anak Orang Kaya Ini Pesan Johan Setiap Kali Solat Berjemaah

Jangan Susahkan Hati Mama Papa Kamu Bukan Anak Orang Kaya Ini Pesan Johan Setiap Kali Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 616 hits
Melihat ukhuwah dalam keluarga Johan Raja Lawak dan Ozlynn sangat mendamaikan hati Begitu kuat ikatan kekeluargaan yang diterapkan oleh Johan dan isterinya Menerusi akaun instagram Jozlynn beliau memuatnaik gambar selepas selesai berjemaah ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan