Statut Rom Pisang Berbuah Dua Kali


Rahman Talib Logo ICC 
ISU berkenaan Statut Rome bagaikan boleh dijangka.

Setelah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan yakin dan bertindak secara sendiri menandatangani Statut tersebut, baru semalam Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan telah membuat u-turn dan menyatakan bahawa tidak semua peruntukan di bawah Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan dilaksanakan di Malaysia.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa kerajaan akan melihat kandungan perjanjian itu, dan memilih perkara yang baik dan boleh diterima masyarakat umum di negara ini.

Walaupun contoh yang dberikan Tun Mahathir berkenaan perkara yang tidak boleh dilaksanakan pelik dan janggal dalam konteks Statut Rom, perkara itu sekali lagi mengundang pelbagai ketidaktentuan hasil daripada pendekatan gelojoh yang diambil kerajaan PH.

Mengikut laporan media, Tun Mahathir telah menyatakan kebebasan mutlak untuk melakukan sesuatu benda tidak akan dilaksanakan di Malaysia, “Sebagai contoh Statut Rom memberi kebebasan mutlak kepada semua orang untuk melakukan semua benda.

“Kini ada lelaki berkahwin dengan lelaki, perempuan berkahwin dengan perempuan, dan saya sendiri tak tahu apa yang mereka lakukan selepas berkahwin. Mereka ini orang yang pelik dan kita tidak mahu jadi pelik seperti mereka. Itu kita tidak boleh terima. Kita hanya mahu lakukan perkara yang baik-baik sahaja,” katanya.

Ada beberapa perkara yang amat dibimbangkan hasil daripada kenyataan Tun Mahathir ini. Pertama, adakah beliau dan pihak kerajaan benar-benar faham akan kandungan Statut Rom sebelum mereka memilih untuk tandatangan?

Ini kerana berdasarkan penjelasan beliau dan bacaan berkenaan kandungan intipati Statut Rom, tiada peruntukan langsung disediakan berkenaan perkahwinan sejenis dan sebagainya.

Statut Rom sebenarnya memberi kuasa kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mendakwa individu-individu yang terlibat dalam jenayah-jenayah perang spesifik kepada peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam Statut tersebut.

Kedua, Statut Rom tidak membenarkan mana-mana negara membuat sebarang apa-apa pengecualian berdasarkan Perkara 20. Merujuk kepada teks asal “No reservations may be made to
this Statute” Malaysia memang tidak mempunyai hak untuk memilih klausa-klausa yang terpilih tetapi kini berada sepenuhyanya di bawah kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Perkara 27 turut menyatakan bahawa semua pihak tanpa mengira pangkat rasmi akan tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang mana perkara ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA mempunyai kedudukan istimewa.

Ketiga, tahukah anda bahawa bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa kekal walaupun negara tersebut telah menarik diri dari Statut Rom?

Perkara baru sahaja berlaku di negara jiran, Filipina yang mana mereka telah menarik diri daripada Statut Rom pada 18 Mac 2019.

Menurut pejabat pendakwa raya, Perkara 127.2 Statut Rom mengekalkan bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap jenayah-jenayah yang dilakukan semasa sesebuah negara masih menjadi ahli Statut Rom dan Mahkamah Jenayah boleh bertindak untuk mendakwa walaupun selepas sesebuah negara menarik diri.

Lebih menarik jika dibaca ruang komen di laman Facebook International Criminal Court, rata-rata rakyat Filipina mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk menarik diri.

Isu Statut Rom bagaikan pisang berbuah dua kali, sama seperti ICERD yang mana kerajaan telah bertindak dan mengumumkan niat untuk ratifikasi tanpa konsultasi dengan orang awam.

Sekali lagi pendekatan yang sama telah diambil, kerajaan PH bertindak dengan gelojoh dan menandatangan Statut Rom tanpa konsultasi dengan pihak berkepentingan yang mana dalam kes ini adalah Majlis Raja-Raja. – MalaysiaGazette

 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/statut-rom-pisang-berbuah-dua-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pisang Berbuah 2 Kali Apabila Ph Bertindak Gelojoh

Pisang Berbuah 2 Kali Apabila Ph Bertindak Gelojoh

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 287 hits
Rahman Talib Free Malaysia Today Isu Statut Rom bagaikan boleh dijangka Selepas kerajaan Pakatan Harapan dengan yakin menandatangani perjanjian itu Dr Mahathir Mohamad semalam dilaporkan membuat pusingan U dengan berkata bukan semua peruntu...
Dua Kali Prabowo Singgung Jokowi Soal Kartu Kartu Saat Debat Bahas Pemerintah

Dua Kali Prabowo Singgung Jokowi Soal Kartu Kartu Saat Debat Bahas Pemerintah

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 363 hits
Sesi tanya jawab segmen kedua debat keempat Pilpres 2019 mulai memanas Capres 02 Prabowo Subianto sampai dua kali menyindir Jokowi soal kartu kartu yang dibuat rivalnya itu
Olahraga Ringan Dan Berjalan Dua Kali Seminggu Bisa Bantu Cegah Penyakit Jantung

Olahraga Ringan Dan Berjalan Dua Kali Seminggu Bisa Bantu Cegah Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 365 hits
Penelitian ini dipublikasikan pada British Journal of Sports Medicine berdasar penelitian terhadap sekitar 90 ribu partisipan Diketahui bahwa orang orang yang berjalan atau berkebun antara 10 menit hingga satu jam tiap pekan memiliki risiko...
Jokowi Di Mata Jk Bisa Hidup Tanpa Hp Pakaian Santai Ke Kantor Dua Kali Seminggu

Jokowi Di Mata Jk Bisa Hidup Tanpa Hp Pakaian Santai Ke Kantor Dua Kali Seminggu

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 409 hits
Wakil Presiden Jusuf Kalla menceritakan pengalaman yang tidak terlupakan bersama Presiden Joko Widodo Menurutnya ada kebiasaan Jokowi yang tidak dimiliki kebanyakan orang
Perusahaan Speedboat Awet Muda Dua Kali Kecelakaan Dalam Dua Tahun Terakhir

Perusahaan Speedboat Awet Muda Dua Kali Kecelakaan Dalam Dua Tahun Terakhir

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 340 hits
Kecelakaan maut speedboat Awet Muda kemarin menguak fakta baru Dalam dua tahun terakhir perusahaan kapal cepat itu sudah dua kali kecelakaan yang memakan korban jiwa
Fikir Dua Kali Kalau Mahu Serang Pakistan Tun Mahathir

Fikir Dua Kali Kalau Mahu Serang Pakistan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 480 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan keterujaan beliau menyaksikan persembahan aset ketenteraan Pakistan pada sambutan Hari Pakistan 2019 hari ini Beliau yang dijemput sebagai tetamu kehormat oleh rakan sejawatnya Imran Khan ...
Tahukah Anda Produk Rangkaian Dms360 Pernah Dua Kali Memenangi Anugerah Antarabangsa

Tahukah Anda Produk Rangkaian Dms360 Pernah Dua Kali Memenangi Anugerah Antarabangsa

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 381 hits
Tidak sangka produk jenama Malaysia berjaya menggondol dua kali anugerah antarabangsa Ya saya tidak tipu kalian Tetapi inilah realitinya Dermaxsuperskin 360 yang saya sendiri amalkan dan sentiasa promot kepada anda ini telah pun mendapat an...
Apa Implikasi Statut Rom Kepada Undang Undang Syariah Di Malaysia

Apa Implikasi Statut Rom Kepada Undang Undang Syariah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 458 hits
Isham Jalil Editor Malaysia Saya baru dimaklumkan bahawa kelmarin Menteri Luar Negeri Dato Saifuddin Abdullah telah menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong berkenaan tindakan Kerajaan menandatangani Statut Rom Menteri Luar ...
Sultan Johor Sertai Statut Rom Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

Sultan Johor Sertai Statut Rom Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 643 hits
MALAYSIAKINI Sultan Johor dalam titah ucapan sempena hari keputeraan baginda hari ini menyifatkan tindakan kerajaan persekutuan yang menandatangani Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan ...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi