Pindah Dana Mbi Kedah Ke Kanada Mb Sanusi Ada Bukti Kah



Pendedahan Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terdapat penyelewengan di dalam Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah semalam perlu disertakan bukti yang kukuh.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Aizuddin Ariffin, MB Kedah tidak boleh berlepas tangan selepas dakwaan dibuat ke atas kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini melibatkan sejumlah amaun RM13 juta didakwa dihantar ke satu akaun berpangkalan di Kanada, sewaktu di bawah pentadbiran MB Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Kata Aizuddin, umum mengetahui MBI merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri yang telah diasaskan melalui Enakmen Perbadanan Menteri Besar, Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 22 Ogos 1988. Oleh itu, sebarang salah tadbir akan dipertanggungjawabkan ke atas kerajaan yang memerintah ketika itu.
“Sebarang bentuk perniagaan, operasi, amalan pengurusan, transaksi dan tadbir urus korporat, rakyat Kedah berhak untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Saya cuba menghubungkaitkan antara MBI Kedah dengan mana-mana projek atau pelaburan di Kanada, namun mengikut pencarian tiada sebarang maklumat diperolehi. Tambahan pula, YB Mukhriz Mahathir tidak tahu menahu mengenai isu itu dan menganggap tohmahan yang dibuat oleh Menteri Besar sebagai sesuatu yang serius.
“Oleh itu, saya menggesa Menteri Besar mendedahkan butiran terperinci mengenai pendedahan dibuat beliau berkenaan transaksi wang MBI Kedah berjumlah RM 13 Juta kepada rakyat negeri Kedah. Butiran ini perlu dibuktikan oleh Menteri Besar untuk mengelakkan sebarang spekulasi di kalangan rakyat,” katanya.
Tambah Ketua Penerangan AMK Malaysia itu lagi, rakyat Kedah berhak dimaklumkan apakah tujuan transaksi berkenaan dibuat. Kepada siapa? Sama ada syarikat atau orang perseorangan dan siapa harus dipertanggungjawabkan.
Selain itu, katanya, dakwaan mengenai kerajaan negeri terpaksa membayar wang sebanyak RM1.3 juta untuk pembelian kuih raya bersama sama beg juga sesuatu yang di luar batasan yang perlu dikemukakan bukti kukuh.
“Jika kes- kes ini dilihat punya kekuatan, saya menggesa MB Sanusi untuk membuat laporan polis dan memanggil SPRM membuat siasatan. Ini bukan soal isu lama atau isu baru, namun ianya soal integriti dan ketelusan.
“Saya mengingatkan Menteri Besar agar tidak bersikap baling batu sembunyi tangan. Jangan sesekali cuba jadikan isu transaksi wang MBI Kedah ini mengalih perhatian rakyat dalam isu judi yang akhirnya memakan diri. Wajah sebenar pemimpin Pas bila punya kuasa dapat dilihat oleh rakyat. Senyap seribu bahasa,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33125

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Buat Laporan Atau Minta Maaf Mukhriz Beritahu Sanusi

Isu Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Buat Laporan Atau Minta Maaf Mukhriz Beritahu Sanusi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 267 hits
September 22 2021 Bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata disebabkan kenyataan Muhammad Sanusi Md Nor ramai beranggapan beliau di sebalik pemindahan RM13 juta ke akaun bank Kanada ALOR SETAR Mukhriz Mahathir menuntut Menteri Besa...
Sanusi Mendakwa Mukhriz Pindahkan Wang Milik Mbi Berjumlah Rm13 Juta Ke Kanada

Sanusi Mendakwa Mukhriz Pindahkan Wang Milik Mbi Berjumlah Rm13 Juta Ke Kanada

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 340 hits
ALOR SETAR Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang milik Menteri Besar Incorporated berjumlah RM13 juta dipindahkan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke akaun luar negara ketika memegang jawatan itu Muhammad Sanusi berkata w...
Sanusi Tunjuk Bukti 4 Slip Bank Rm13 Juta Dipindah Ke Akaun Barclays

Sanusi Tunjuk Bukti 4 Slip Bank Rm13 Juta Dipindah Ke Akaun Barclays

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 264 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan dokumen berkaitan dakwaan pemindahan wang milik MBI ke akaun Barclays Bank Pemindahan keluar RM13 juta daripada akaun Menteri Besar Diperbadankan dibuat pada 2014 kata Menteri Besar Ked...
Mukhriz Sent Rm13mil In Kedah Funds To Canada Reveals Sanusi

Mukhriz Sent Rm13mil In Kedah Funds To Canada Reveals Sanusi

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 214 hits
Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor dropped a bombshell today when he claimed that his predecessor had transferred RM13 million of Kedah Menteri Besar Inc funds to an offshore account Speaking to members of the media after today s Ke...
Pulau Pinang Dipajak Dari Kedah Sanusi Ingatkan

Pulau Pinang Dipajak Dari Kedah Sanusi Ingatkan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 330 hits
Pulau Pinang dipajak dari Kedah Sanusi ingatkan ALOR STAR Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini hangat apabila Menteri Besar Muhamad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari Kedah Sanusi berkata b...
Mukhriz Timbang Ambil Tindakan Berhubung Dakwaan Pindah Wang Rm13 Juta Milik Mbi

Mukhriz Timbang Ambil Tindakan Berhubung Dakwaan Pindah Wang Rm13 Juta Milik Mbi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 247 hits
ALOR SETAR Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menimbang untuk mengambil tindakan susulan berhubung dakwaan pemindahan wang berjumlah RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated Kedah ke dalam satu akaun luar negara Men...
Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Tidak Di Lakukan Oleh Mukhriz Sebab Itu Dia Nampak Terkejut

Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Tidak Di Lakukan Oleh Mukhriz Sebab Itu Dia Nampak Terkejut

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 448 hits
ALOR SETAR Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated Kedah sebanyak RM13 juta ke akaun bank berpangkalan di Kanada tidak dilakukan oleh pendahulunya Mukhriz Mahathir tetapi hanya ketika beliau mener...
Biarlah Jelas Buktinya Ustaz Firdaus Wong Pula Dedah Bukti Gangguan Seksual Babitkan Ustaz Ebit Liew

Biarlah Jelas Buktinya Ustaz Firdaus Wong Pula Dedah Bukti Gangguan Seksual Babitkan Ustaz Ebit Liew

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 537 hits
September 22 2021 Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan masih dijalank...
Kes Ibu Tunggal Bermalam Di Lokap Bukti Ipcmc Perlu Wujud Segera Kata Bekas Menteri

Kes Ibu Tunggal Bermalam Di Lokap Bukti Ipcmc Perlu Wujud Segera Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 264 hits
Saroja Devi Krishnan menceritakan semula kejadiannya yang terpaksa bermalam di lokap ketika ditemui M Kula Segaran di rumahnya semalam PETALING JAYA Kecuaian polis hingga menyebabkan seorang ibu tunggal terpaksa bermalam di lokap di Taiping...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Korban Pak Tam

Tob Tobi Tob Asal Usul Lirik Arab Maksud

Kebakaran Putra Heights Kerja Sedut Air Dari Kawah Di Ground Zero Diteruskan