Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca


Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca. hi there, walaupun aku ni sudah 8 tahun bergelar mommy, tapi aku rasa aku masih terlalu lemah dalam hal-hal berkaitan parenting.
Aku rasa gagal sangat jadi seorang mommy. Kadang-kadang aku rasa jadi QAQC engineer, berada dalam projek pembinaan dengan berpanas dan berhujan, naik turun bangunan untuk inspection, tu lebih mudah daripada menjadi seorang mommy.
Argh, susahnya jadi mommy. Merungut takkan selesaikan masalah aku. Setiap kali ada masalah, aku selalu yakin mesti ada cara untuk selesaikannya. Kena selalu think optimistic kan.
Jadi, aku gagahkan diri beli buku parenting edisi bahasa melayu untuk perbaiki skill keibubapaan aku. Sebenarnya aku nak beli English Version, tapi aku tak jumpa di Shopee. 
Beli versi BM pun ok juga, lagi senang nak faham baca buku dalam bahasa sendiri kan. Tapi aku selalu prefer baca buku dalam English pasal aku sambil membaca sambil memperbaiki cara penulisan aku guna bahasa mat salleh ni.
Aku beli 4 buku parenting edisi bahasa Melayu di Shopee. Buku ni antara best selling parenting book, dan aku rasa aku memang perlukan buku-buku ni semua. 
Bajet aku agak terhad, jadi beli 4 buku parenting ini dulu. Nanti ada bajet tambahan, aku berniat nak tambah lagi beberapa buah buku yang aku dah masukkan ke dalam wishlist aku.


Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Untuk Perbaiki Skill Keibubapaan
#1 Buku Parenting How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk (Edisi Bahasa Melayu)Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti : 
Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka Mewujudkan Kerjasama Alternatif Selain Hukuman Galakan Berdikari Pujian Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan Menggabungkan Semuanya Bersama 
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia. 
Isi Kandungan Pengenalan Bab 1: Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka Bab 2: Mewujudkan Kerjasama Bab 3: Alternatif Selain Hukuman Bab 4: Galakan Berdikari Bab 5: Pujian Bab 6: Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan Bab 7: Menggabungkan Semuanya Bersama
alamak, gambar tak jelas. ekeke

Buku ni aku beli pada harga RM16.50 , dan telah laris dijual di peringkat antarabangsa melebihi 3 juta naskhah

Ini buku pertama yang aku baca antara buku-buku parenting yang aku beli

Bab pertama sahaja cukup menarik perhatian aku. 
Disertakan contoh contoh keadaan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi komik memang senang sangat nak faham apa yang penulis cuba sampaikan

Aku memang ada masalah nak mengendalikan perasaan anak aku (to acknowledge our children's feeling)

Ada masanya aku tak nak dengar langsung apa yang anak aku cuba sampaikan dekat aku, sebaliknya aku nak anak aku dengar dan patuh dengan kata-kata aku

Buku ni buat aku sedar kesilapan aku. Dan buku ni memberi cara bagaimana untuk kita bantu diri kita untuk dengar anak anak kita dan cuba handle emosi mereka

Nanti aku habis baca buku ni, Insya Allah aku akan review dengan lebih details ya. 
Kalau ada yang nak beli buku ni, klik >>> How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk [Edisi Bahasa Melayu]

#2 Buku Parenting Strong Mothers Strong Sons (Edisi Bahasa Melayu)Buku ni mempunyai 568 muka surat, agak tebal dan berat. Tapi buku ni aku perlukan sangat kerana aku nak tahu bagaimana untuk aku connect dengan dunia anak lelaki aku

Aku dibesarkan dalam adik beradik aku semuanya lelaki. Jadi bila aku membesar, aku memahami setiap perangai adik beradik aku, dan aku boleh menyelami dunia pemikiran mereka

Aku ingatkan apabila anak-anak aku semuanya lelaki, aku boleh memahami mereka juga sama seperti aku memahami adik beradik lelaki aku. Aku SILAP

8 tahun jadi mommy, aku masih tak begitu memahami anak anak aku terutamanya my first born, Iman. Cara dia berinteraksi, berfikir, memberi respons, bermain agak berbeza dengan Amin dan Nami

Dan aku sukar untuk ikut rentak Iman. Sebab tu juga aku selalu rasa aku ni gagal menjadi seorang ibu kerana aku sukar untuk memahami Iman

Memang agak tertekan juga bila aku dan Iman ni selalu bersilang cara dalam banyak hal dan buat kami tidak sependapat



Buku Strong Mothers Strong Sons (Edisi Bahasa Melayu) membantu untuk kita memahami dan menerima diri sendiri seadanya, menerima bahawa kita sememangnya seorang ibu hebat untuk anak lelaki kita

Kandungan buku
PengenalanBab 1 : Ibu adalah cinta pertama anak (Tetapi jangan beritahu dia)Bab 2 : Berikan dia kosa kata emosiBab 3: Dia bersiap siaga untuk berperang (Kita musuh yang akan diserang)Bab 4 : Ibu adalah rumahnyaBab 5 : Berkawan baik dengan TuhanBab 6 : Hadiahkan ketajaman akalBab 7 : Ibu adalah talian hayat anak kepada bapanyaBab 8 : Ibu VS S*ksBab 9 : Kebijaksanaan dan tanggungjawab dua sifat hebat diwarisi daripada ibunyaBab 10 : Lepaskan dia pergi (supaya dia kembali)
Buku ni aku beli pada harga RM22.94. Dan ada satu lagi versi Strong Fathers Strong Daughters yang aku target nak beli juga dari penulis yang sama. Hope ada bajet untuk beli buku tu kelak. Amiin

Kalau ada yang nak beli buku ni, klik >>> Strong Mothers Strong Sons (Edisi Bahasa Melayu)

#3 Buku How to Talk So Kids Can Learn at Home and in School (Edisi Bahasa Melayu)Buku ni bukanlah buku parenting sangat, tetapi lebih kepada menggalakkan anak anak untuk percaya kepada diri mereka sendiri dan menjadikan diri seperti apa yang mereka inginkan

Aku beli buku ni supaya aku bolehlah belajar bagaimana aku boleh membantu anak anak membina keyakinan diri di rumah dan juga di sekolah

Kandungan buku
Bab 1 : Bagaimana mengendali persaan yang mengganggu pembelajaranBab 2 : Tujuh kemahiran bagi mengajak anak bekerjasamaBab 3 : Keburukan hukuman - pilihan lain yang membawa kepada disiplin diriBab 4 : Menyelesaikan masalah bersama-sama - Enam langkah melibatkan kreativiti dan komitmen anak-anakBab 5 : Pujian yang tidak merendahkan maruah, kritikan yang tidak melukakan hatiBab 6 : Bagaimana membebaskan anak yang terperangkan dalam perwatakan merekaBab 7 : Perkongsian ibu bapa - guruBab 8 : Penangkap mimpi
Dalam banyak-banyak bab di atas, aku  berminat sangat nak baca Bab 3, Bab 5 dan Bab 6 tu



Nanti lepas aku dah habis baca buku ni, Insya Allah aku buat review ya

Harga buku ialah RM19.20. Dan penulis buku ni adalah sama dengan penulis buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk yang aku kongsi di atas tadi

Kalau ada yang nak beli buku ni, klik >>> Buku How to Talk So Kids Can Learn at Home and in School (Edisi Bahasa Melayu)

#4 Buku The 10 Habits of Happy Mothers (Edisi Bahasa Melayu)Buku The 10 Habits of Happy Mothers (Edisi Bahasa Melayu) adalah buku untuk membantu kita menjadi ibu yang gembira dan bahagia

Sebenarnya, nak jadi gembira dan bahagia tu, tak perlu beli buku pun. Masing-masing boleh cari cara bahagianya yang sendiri

Jadi, kenapa beli buku ini

Bagi aku, ada sesetengah hal aku perlukan bantuan dari orang lain seperti cara nak hilangkan stress dan burnout berdepan dengan karenah anak-anak

Lagi-lagi bila kita tidak ada support system yang kuat, jadi kita perlukan sokongan dalam bentuk yang lain. 


Dengan membaca buku yang bermanfaat, dan memberikan aku ilmu yang aku perlukan seperti buku The 10 Habits of Happy Mothers ni untuk membantu aku menjadi ibu yang terbahagia, aku rasa aku tidak rugi beli buku ni, dan ianya seperti penambahan kepada support system yang aku perlukan

 Kandungan buku
Bab 1 : Memahami nilai diri sebagai seorang ibuBab 2 : Mengekalkan persahabatan yang pentingBab 3 : Menghargai dan mengamalkan kepercayaan kitaBab 4 : Mengatakan tidak pada persainganBab 5 : Mencipta hubungan yang sihat dengan wangBab 6 : Meluangkan masa untu bersendirianBab 7 : Memberi dan menerima kasih sayang dengan cara yang sihatBab 8 : Mencari cara untuk hidup sederhanaBab 9 : Membuang perasaan takutBab 10 : Harapan adalah keputusan - Membuat keputusan
Buku ni aku beli pada harga RM17.55 dan ditulis oleh penulis yang sama dengan buku Strong Mothers Strong Sons

Insya Allah aku review buku ini dengan lebih terperinci selepas aku habis baca ok. 
Kalau ada yang nak beli buku ni, klik >>> The 10 Habits of Happy Mothers (Edisi Bahasa Melayu) 

Buku ni semua aku beli di Shopee, dan aku ada cara untuk dapatkan harga shipping paling murah untuk dihantar ke Sabah.
Memang setiap kali aku beli online, masalah shipping lah yang selalu menghantui aku. 
Kamurang pun tahu kan betapa mahalnya untuk shipping barang dari Semenanjung ke Sabah. jadi kenalah bijak cari cara untuk kurangkan shipping

Dan aku pernah kongsi tips sebelum ni. 
Yang nak baca tu sudi-sudilah klik >>> Tips Shopee : Beli Barang Jimat Duit Postage 
Semoga kamurang pun boleh dapat harga shipping murah juga di Shopee

Oh ya, aku harap semua buku-buku yang aku beli ni aku berjaya baca  sampai habis dan membantu aku menjadi ibu yang memahami anak-anak aku dan juga menjadi ibu yang TERBAHAGIA sangat

Doakan aku ya. Doakan aku jadi mommy yang baik, mommy yang kuat dan mommy yang hebat

cheers

......................................................

Support IG Mrs Pip - Road to 1500 followers >>> http://www.instagram.com/mrspip18
Victoria Secret Perfume di Telegram >>> t.me/yourvictoriasecret
Nak beli bawang goreng homemade >>> wasap.my/60146788956/bawanggorengfresh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2021/08/buku-parenting-best-dibaca.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Politik Melayu Bercakap Dalam 2 Bahasa Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Pemimpin Politik Melayu Bercakap Dalam 2 Bahasa Ustaz Ridzwan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 223 hits
Tujuan utama mereka rampas mandat rakyat dulu dan sanggup tebuk atap adalah kononnya tidak mahu negara ini diperintah oleh kerajaan liberal dan dipengaruhi Dap Hujah ini diterima baik oleh Pas maka lebai2 Pas pun ikut sekali merangkak naik ...
T21h07 Singkatan Bahasa Melayu

T21h07 Singkatan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 367 hits
Banyak betul kata singkatan ketika membaca kamus dan Tedi selalu lupa apakah maksud singkatan tersebut Semoga nota ini akan membantu mengingatkan pada masa depanSingkatan Definisi Notabhbahasa halusMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud b...
T21h04 Tikus Dalam Bahasa Melayu

T21h04 Tikus Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 399 hits
Assalamu alaikum semua Semoga sihat walafiat Tikus siapa yang tidak kenal tikus Tak tahulah jika ada Tikus mungkin rapat dalam kehidupan kami sekeluarga sehinggakan ada label khusus buat mereka dalam interpretZZ ini Kali ini Tedi mahu mengk...
Bina Ayat Bahasa Melayu

Bina Ayat Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 572 hits
Hai kawan Tedi yang dikasihi semua Terima kasih kerana sudi membaca Selain sibuk dengan lukisan Tedi juga sedang sibuk membina ayat daripada perkataan perkataan yang telah dipilih oleh cikgu Bahasa Melayu seperti mengukus periuk merebus mer...
Buku Mudahnya Belajar Bahasa Arab Siri 1

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Arab Siri 1

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 397 hits
Saya dah lama tinggal Bahasa Arab last belajar Tingkatkan 4 rasanya bukak semula buku Bahasa Arab darjah 1 pun rasa macam blurrrr nyaaa apa benda ni Mesti ramaikan yang tercari cari buku atau bahan pembelajaran Bahasa Arab yang sesuai dipel...
Kacukan Sabah Amerika Ada Ijazah Kedoktoran Isteri The Flash Mampu Bertutur Bahasa Kadazan Melayu

Kacukan Sabah Amerika Ada Ijazah Kedoktoran Isteri The Flash Mampu Bertutur Bahasa Kadazan Melayu

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 296 hits
Tak sabar nak tengok baby pasangan sama cantik sama padan ini Mengikuti perkembangan pelakon Hollywood adiwira The Flash sudah tentu ramai mengetahui bahawa isteri yang telah dikahwininya pada 15 Disember 2018 ini mempunyai keturunan Sabah ...
Missi Utama Kebangkitan Semula Melayu Islam Menangani Kemaraan Dap

Missi Utama Kebangkitan Semula Melayu Islam Menangani Kemaraan Dap

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 213 hits
Inilah missi utama selain masalah pandemic dan ekonomi negara Perletakan jawatan Muhyiddin HANYALAH sebahagian dari Missi ini dan perlantikannya semula atau PM baru siapapun MASIH dalam PERCATURAN teliti Sedikit Masa lagi semua yang disusun...
Dalam Perpecahan Orang Melayu Islam Orang Kafir Ambil Kesempatan

Dalam Perpecahan Orang Melayu Islam Orang Kafir Ambil Kesempatan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 315 hits
Assalamualaikum Hari ni sekadar berkongsi apa yang kurang puas hati dengan isu semasa negara ya sedangkan negara masih dalam pandamik covid19 masih ada orang melayu kita masih pentingkan diri sendiri menyalahkan antara satu sama lain tak pe...
Retorik Kerajaan Majoriti Melayu Islam Pecah Juga

Retorik Kerajaan Majoriti Melayu Islam Pecah Juga

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 247 hits
Kerajaan majoriti Melayu Islam pecah perbanyak usaha bipartisan tentukan dasar negaraTARMIZI ANUWARPerdana Menteri sudah letak jawatan pun Mungkin ada orang kata sudah sudahlah PM sudah pun letak jawatan Sebenarnya banyak perkara yang kita ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord