Mahiaddin Kini Umpama Jho Low Undurlah Dan Biar Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu


 
Hampir seluruh rakyat, kecuali pengampu, pembodek dan pendedak, ketika ini memang sedang marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin.
Kerajaan dilihat telah gagal dalam semua perkara dan Mahiaddin dianggap paling tak berguna berbanding semua Perdana Menteri yang ada sebelum ini.
Jangankan merangsang ekonomi atau memberi iklim perniagaan yang lebih baik dan membuat rakyat gembira, mengurus pandemik Covid19 dan membeli vaksin pun jadi celaru dan haru-biru jadinya.
Ketika rakyat sengsara dan tak boleh balik kampung berhari raya, di samping peraturan tidak konsisten dan keliru sehingga menjejaskan ramai orang yang berniaga, Mahiaddin sebaliknya hanya mampu bersembunyi entah di mana tidak berkata apa-apa.
Jika dulu bukan main ghairah muncul dengan perutusan khas demi perutusan, tetapi sejak PKP 3.0 ini bayang wajahnya pun langsung tak kelihatan.
Semuanya dibebankan kepada Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman, seolah-olah ada maksud mahu rakyat membenci UMNO berbanding dirinya atau Bersatu.
Entah apa jenis Perdana Menteri yang kita ada, ketika negara sedang dalam krisis dan rakyat resah hatinya, namun beliau tidak keluar-keluar dan hanya bersembunyi dan takut memunculkan dirinya.
Sepatutnya pada waktu inilah seorang Perdana Menteri harus lebih kerap muncul dan bercakap dengan rakyat ibarat seorang ketua kepada orang bawahan atau bapa kepada anak-anaknya.
Orang bawahan dan anak-anak yang sedang sengsara akan bertambah lagi sengsara yang dirasai mereka jika seorang ketua atau bapa itu tidak memberi sebarang kata, sebaliknya hanya membisu seribu bahasa.
Lantaran itu, dengan PKP sudah dilaksanakan tiga kali dan kemarahan rakyat terus memuncak, Mahiaddin pada hakikatnya tidak layak lagi duduk di kerusinya sekarang.
Lagi lama beliau berada di situ, lagi tertekan dan sengsara rakyat dibuatnya.
Tiada lagi ubat yang sesuai untuk mengurangi tekanan darah yang dialami, hanya Mahiaddin berundur satu-satunya keinginan rakyat sekarang ini.
Mahiaddin kini ibarat Jho Low, kedua-duanya sama-sama dikehendaki.
Jho Low dikehendaki kerana hanya beliau yang boleh menceritakan hakikat sebenar berkaitan 1MDB, manakala Mahiaddin pula dikehendaki untuk berundur dan ‘berambus’ daripada jawatannya lantaran hanya pengundurannya saa masa depan negara ini dapat diselamatkan.
Dengan tiga kali PKP, disertai darurat lagi, Mahiaddin dipercayai akan lebih gagal jika gelombang Covid19 terus melanda.
Ekonomi dan kehidupan rakyat akan terus menjuman, malah tidak mustahil lebih ramai yang akan bunuh diri nantinya.
Untuk itu, undurlah Mahiaddin demi masa depan rakyat dan negara yang lebih terjamin kedudukannya kerana kerajaan yang dibina atas nama pengkhianatan dan Perdana Menteri yang khianat tidak mungkin dapat memberi apa-apa kebaikan.
Berilah peranan kepada Parlimen memilih seorang Perdana Menteri baharu yang benar-benar diyakini atau pulangkan semula kepada rakyat kuasa membuat pilihan melalui kotak undi.
Kiranya PRU belum sesuai untuk diadakan berikutan wabak Covid19 masih menggila, mustahil mengadakan sidang Parlimen yang hanya dihadiri 220 orang Ahli Parlimen (dua meninggal dunia iaitu Batu Sapi dan Gerik) dengan semuanya sudah disuntik vaksn dan tempat duduk memang sedia berjarak, turut tidak sesuai juga.
Kalau masjid boleh dipenuhi 200 atau 300 jemaah secara berjarak setiap malam dan setiap waktu solat dengan mungkin hanya seorang dua yang telah menerima suntikan vaksin, tentunya mengadakan sidang Parlimen yang singkat, cuma sehari atau dua hari untuk memilih Perdana Menteri baru jauh lebih selamat lagi.
Hakikatnya, memilih Perdana Menteri baharu adalah satu-satunya pilihan terbaik yang boleh menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus sengsara sebelum memikirkan keperluan mengadakan PRU sementara Covid19 belum lagi pulih keadaannya.


 (ShahbudinHusin 10/05/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/mahiaddin-kini-umpama-jho-low-undurlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Tebuk Atap Jumpa Alasan Baharu Terus Gantung Parlimen

Menteri Tebuk Atap Jumpa Alasan Baharu Terus Gantung Parlimen

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 228 hits
Selain itu katanya agensi penguatkuasa terutama Polis Diraja Malaysia Angkatan Tentera Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia masih bertungkus lumus menjaga perbatasan tanah air daripada dibolosi pendatang asin...
Tiga Menteri Berebut Satu Kerusi Parlimen Pru 15

Tiga Menteri Berebut Satu Kerusi Parlimen Pru 15

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 339 hits
PETALING JAYA Kemelut perebutan kerusi Pilihan Raya Umum Ke 15 dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyaksikan persaingan tiga menteri dan seorang timbalan menteri di dua kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Di Parlimen Titiwangsa Menteri ...
Alleged Jho Low Associate Tang Ordered To Pay Rm6 7m Tax

Alleged Jho Low Associate Tang Ordered To Pay Rm6 7m Tax

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 227 hits
The government has obtained a court order for Casey Tang Keng Chee a purported associate of 1MDB linked fugitive Low Taek Jho to pay over RM6 7 million in alleged tax arrears The ruling added Tang to the tally of tax orders obtained by the ...
Hamid Bador Was Not Serious About Bringing Jho Low Home To Face Trial

Hamid Bador Was Not Serious About Bringing Jho Low Home To Face Trial

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 309 hits
Okay is it that Hamid Bador failed to do his job properly or is it that Hamid Bador purposely did not do his job properly because they just were just pretending that they were trying to bring Jho Low back to Malaysia but in fact did not rea...
Jho Low S Equanimity A Huge Headache For The New Owners

Jho Low S Equanimity A Huge Headache For The New Owners

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 243 hits
A faulty elevator a constant buildup of barnacles technicians unwilling to do their jobs and a crew acting like spoilt brats these were just some of the painful problems in keeping the multi million ringgit yacht Equanimity shipshape while ...
Rentasan 877 Panas Menteri Pn Sahkan Tiada Sidang Parlimen Sehingga

Rentasan 877 Panas Menteri Pn Sahkan Tiada Sidang Parlimen Sehingga

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 205 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8771 MENTERI TEBUK ATAP JUMPA ALASAN BAHARU TERUS GANTUNG PARLIMEN 2 PAS TAKUT HILANG KUASA 3 MASAK DI HALAMAN RUMAH MENTUA DIKOMPAUN RM50 000 4 BERHENTILAH MENUNGGANG AGAMA
Arif Aiman Buat Pilihan Tepat Pilih Jdt Kini Digelar Revolusi Harimau Selatan

Arif Aiman Buat Pilihan Tepat Pilih Jdt Kini Digelar Revolusi Harimau Selatan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 236 hits
Arif Aiman kini dianggap sebagai wonder kid terbaru Liga Malaysia Nama beliau mulai menjadi sebutan peminat bola sepak tempatan setelah muncul sebagai penjaring termuda buat skuad Harimau Selatan menentang Kuching FA di saingan Piala Malays...
Saya Perdana Menteri Pakistan Kami Berdiri Bersama Palestina

Saya Perdana Menteri Pakistan Kami Berdiri Bersama Palestina

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 314 hits
Sejumlah negara dan organisasi internasional mengutuk serangan Israel di Jalur Gaza Kutukan salah satunya datang dari Perdana Menteri Pakistan Imran Khan
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi