Piala Malaysia Selangor Uitm Fc Lengkapkan Slot Suku Akhir


KUALA LUMPUR, 9 NOV: Pasukan paling cemerlang dalam saingan Piala Malaysia, Selangor melangkah ke suku akhir kejohanan itu selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Melaka United di Stadium Hang Jebat malam tadi.
Juara rekod 33 kali itu membuka jaringan menerusi penyerang import dari Nigeria Ifedayo Olusegun yang meledak masuk hantaran lintang Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-22.
Skuad Gergasi Merah kemudian menggandakan jaringan menerusi pemain import dari Brazil Sandro Da Silva pada minit ke-52 namun Melaka menunjukkan kebangkitan menerusi Uche Agba empat minit kemudian.
Walaupun serangan bertali arus dilakukan kedua-dua pasukan, kedudukan kekal sehingga wisel penamat untuk membawa Selangor ke suku akhir selepas disingkirkan pada peringkat separuh akhir oleh juara Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sementara itu, UiTM FC pula menyingkirkan juara dua kali, Kelantan menerusi kemenangan 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung untuk mara ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah.
Skuad kendalian Frank Bernhardt itu berjaya mendahului dengan selesa pada awal perlawanan menerusi tandukan Muhamad Arif Mohamed Anwar pada minit ke-13 dan jaringan Muhamad Rafie Mat Yaacob dua minit kemudian hasil hantaran lintang cantik Gustavo Almeida Dos Santos.
Bersambung babak kedua, skuad ‘The Red Warriors’ yang memperkemas jentera serangan, berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi dua jaringan Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-61 dan 63.
UiTM FC yang sekadar menjadi pelengkap dalam saingan peringkat kumpulan bagi edisi 2017 dan 2019, bagaimanapun mengesahkan slot ke peringkat lapan terakhir apabila Muhammad Arif menjaringkan gol cantik menerusi sepakan gunting di depan gawang untuk menewaskan penjaga gol Kelantan Nik Akif Shahiran Nik Mat pada minit ke-67.
Pada pusingan suku akhir, Selangor akan bertemu Kedah yang mengatasi Pahang dengan keputusan 3-2 manakala UiTM FC akan berhadapan juara Liga Premier, Pulau Pinang yang menyingkirkan Felda United 3-1.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) belum membuat keputusan mengenai nasib saingan piala tertua di Asia itu selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula Isnin ini hingga 6 Disember depan.
MFL pada awalnya menjadualkan pusingan pertama dari 6 hingga 8 November diikuti suku akhir pada 12 hingga 13 November, separuh akhir pada 17 November dan final pada 22 November.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/11/piala-malaysia-selangor-uitm-fc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlepas Aksi Piala Malaysia Kurniawan Redha Keputusan Mkn

Terlepas Aksi Piala Malaysia Kurniawan Redha Keputusan Mkn

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 318 hits
Ketua jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto menerima dengan hati terbuka keputusan daripada Majlis Keselamatan Negara yang tidak meluluskan permohonan laluan khas pasukan untuk menghadapi perlawanan CIMB Liga Super menentang UiTM FC di Sta...
Selangor Ingin Menjadi Negeri Dengan Liputan Perkhidmatan 5g Terbesar Di Malaysia

Selangor Ingin Menjadi Negeri Dengan Liputan Perkhidmatan 5g Terbesar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 302 hits
Kerajaan negeri Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan Selangor 2021 sekaligus berkongsi sejumlah perancangan untuk negeri berkenaan pada tahun hadapan Salah satunya ia diumumkan Selangor berhasrat untuk menjadi negeri yang mempun...
Cabaran Piala Malaysia Bermula Di Sebalik Ancaman Covid 19

Cabaran Piala Malaysia Bermula Di Sebalik Ancaman Covid 19

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR 5 NOV Saingan Piala Malaysia 2020 yang bakal membuka tirai secara rasmi bermula esok pastinya akan menjadi antara edisi paling diingati ketika industri bola sepak tempatan turut terkesan susulan pandemik Covid 19 Sejak pandemik...
Saingan Piala Malaysia Akan Dibatalkan

Saingan Piala Malaysia Akan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 285 hits
Adakah benar saingan Piala Malaysia akan dibatalkan susulan kes COVID 19 yang semakin meningkat naik sehingga mengakibatkan beberapa negeri terpaksa mengalami PKPB Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Datuk Seri Ridzuan Shei...
Tm Piala Malaysia 2020 Diteruskan Tanpa Pasukan Sabah

Tm Piala Malaysia 2020 Diteruskan Tanpa Pasukan Sabah

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 468 hits
Sabah tidak akan terlibat dalam saingan TM Piala Malaysia selepas tidak mendapat pelepasan keluar dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilanjutkan sehingga 9 November 2020 TM PIALA MALAYSIA 2020 DITERUSKAN TANPA PENYERTAAN SABAH ...
Beberapa Jurulatih Menyifatkan Pembatalan Piala Malaysia Kejutkan Warga Bola Sepak

Beberapa Jurulatih Menyifatkan Pembatalan Piala Malaysia Kejutkan Warga Bola Sepak

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Beberapa jurulatih pasukan Liga Malaysia menyifatkan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia membatalkan saingan Piala Malaysia pada musim ini sebagai perkara mengejutkan seluruh warga bola sepak di negara ini Ketua jurulatih Kuala ...
Mingguan Amanz Iphone 12 Malaysia Belanjawan Selangor 2021 Pawagam Ditutup

Mingguan Amanz Iphone 12 Malaysia Belanjawan Selangor 2021 Pawagam Ditutup

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 324 hits
Minggu ini menyaksikan pelbagai syarikat telekomunikasi mengesahkan yang mana Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Pro akan hadir ke pasaran Malaysia bermula 13 November ini Disamping itu Apple turut telah melancarkan berkas langganan Apple One pa...
Terjawab Sudah Siapakah Disebalik Topeng The Masked Singer Malaysia Minggu Akhir

Terjawab Sudah Siapakah Disebalik Topeng The Masked Singer Malaysia Minggu Akhir

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 1533 hits
hai assalammualaikum Terjawab Sudah Siapakah Disebalik Topeng The Masked Singer Malaysia Minggu Akhir Sebenarnya masa mulanya rancangan The Masked Singer Malaysia ni nad tak layan pun sampai la minggu ke 5 nad tak tengok lagi Kemudian tengo...
Piala Malaysia 6 November 2020

Piala Malaysia 6 November 2020

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 514 hits
Tiga perlawanan Piala Malaysia berlangsung pada 6 November 2020 yang melibatkan perlawanan JDT dengan Kuching City FC Kedah dengan Pahang serta Pulau Pinang dengan Felda United KEPUTUSAN PENUHJDT 1 0 Kuching City FC19 Aiman Kedah 3 2 Pahang...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More