Beberapa Jurulatih Menyifatkan Pembatalan Piala Malaysia Kejutkan Warga Bola Sepak


 


KUALA LUMPUR  -- Beberapa jurulatih pasukan Liga Malaysia menyifatkan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membatalkan saingan Piala Malaysia pada musim ini, sebagai perkara mengejutkan seluruh warga bola sepak di negara ini.
Ketua jurulatih Kuala Lumpur Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, beliau seakan tidak percaya dengan keputusan berkenaan, memandangkan skuad warga kota telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), pada saingan suku akhir yang dijadualkan berlangsung minggu ini.
“Sejak saya menjadi jurulatih pada 2005, saya rasa ini adalah pengalaman paling pahit apabila Piala Malaysia dibatalkan dan rasanya semua orang pasti kecewa terhadap apa yang terjadi,” jelasnya dalam kenyataan dikeluarkan MFL hari ini.
“Apa yang saya harapkan hanya satu, musim 2021 kita akan kembali merasai musim bola sepak yang kita rindukan selama ini iaitu semua pertandingan mampu dijalankan selain kehadiran penonton,” katanya yang membantu Kuala Lumpur layak ke saingan Liga Super pada musim hadapan, selepas muncul naib juara Liga Premier pada musim ini.
Berkongsi sentimen yang sama, Ketua Jurulatih Perak Mehmet Durakovic yang agak terkejut dengan pembatalan pertandingan bola sepak tertua negara, tetapi menerima keputusan pembatalan itu demi kepentingan kesihatan orang ramai dalam keadaan negara masih menghadapi pandemik COVID-19.
Piala Malaysia adalah pertandingan paling berprestij di Malaysia dan paling tua di Asia Tenggara dan terdapat banyak sejarah yang boleh diperkatakan mengenai pertandingan ini.
“Saya masih ingat ketika Piala Malaysia dibatalkan pada 1947, dan apabila dibatalkan, ia satu keputusan mengecewakan dan tidak dapat diterima peminat bola sepak,” kata jurulatih kelahiran Australia itu.
Piala Malaysia bukanlah asing bagi Durakovic yang memenangi Piala Malaysia tiga kali berturut-turut ketika bermain bersama Selangor dari 1995-1997, selain membawa Perak sebagai naib juara pada 2018.
Mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL yang bersidang hari ini, memutuskan untuk membatalkan baki saingan Piala Malaysia selepas rayuan mereka untuk meneruskan pertandingan berkenaan, ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akur dengan keputusan berkenaan, kerana kerajaan tidak membenarkan kejohanan itu diteruskan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
MFL pada Selasa lepas mengemukakan rayuan rasmi kepada MKN untuk meneruskan baki saingan Piala Malaysia pada musim ini dengan SOP ketat, termasuk mengadakan perlawanan secara berpusat di tempat yang tidak dikenakan PKPB.
MFL mencadangkan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan dan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang digunakan sebagai gelanggang berkecuali, untuk aksi suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia.
Aksi suku akhir Piala Malaysia menyaksikan juara bertahan JDT berdepan Kuala Lumpur; Pulau Pinang menentang UiTM FC; Terengganu FC melawan Perak dan Kedah berdepan Selangor.
Pusingan pertama Piala Malaysia berlangsung dari 6 hingga 8 Nov lepas sementara aksi suku akhir dijadual pada 12 dan 13 Nov, separuh akhir (17 Nov) dan final pada 22 Nov ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/beberapa-jurulatih-menyifatkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Bangladesh Berdemo Nak Balik Sini Malaysia Tetap Tutup Pintu Sempadan

Warga Bangladesh Berdemo Nak Balik Sini Malaysia Tetap Tutup Pintu Sempadan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 275 hits
Baru baru ini ribuan rakyat Bangladesh berdemonstrasi di depan Kementerian Luar Negeri di negara itu yang menuntut kerajaan membantu mereka untuk kembali ke Malaysia selepas bercuti dan terkandas untuk tempoh yang lama sehingga visa mereka ...
Mkn Umum Aksi Tm Piala Malaysia 2020 Terpaksa Ditangguhkan

Mkn Umum Aksi Tm Piala Malaysia 2020 Terpaksa Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 365 hits
Majlis Keselamatan Negara menerusi Menteri Kanan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa aksi suku akhir TM Piala Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu
Mkn Tolak Rayuan Teruskan Piala Malaysia

Mkn Tolak Rayuan Teruskan Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 251 hits
Majlis Keselamatan Negara menolak rayuan Liga Bolasepak Malaysia untuk membenarkan saingan Piala Malaysia diteruskan sekali gus mengundang teka teki mengenai penganjuran kejohanan bola sepak tertua negara itu Kerajaan pada Sabtu lalu mengum...
Pemain Juara Piala Malaysia 1995 Tuntut Ganjaran

Pemain Juara Piala Malaysia 1995 Tuntut Ganjaran

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 245 hits
PETALING JAYA 11 Nov Setelah 25 tahun menanti skuad Selangor musim 1995 hari ini bersuara menuntut hak berupa lot tanah yang dijanjikan sebagai ganjaran selepas berjaya menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa kejuaraan apabila merangkul Pia...
Mfl Piala Malaysia Dibatalkan Mkn Tolak Rayuan

Mfl Piala Malaysia Dibatalkan Mkn Tolak Rayuan

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 728 hits
KUALA LUMPUR 12 NOV Liga Bola Sepak Malaysia memutuskan untuk membatalkan baki perlawanan Piala Malaysia pada musim ini selepas Majlis Keselamatan Negara menolak rayuan dikemukakan pentadbir Liga Malaysia itu semalam Keputusan berkenaan dic...
Kerajaan Tangguh Saingan Piala Malaysia 2020

Kerajaan Tangguh Saingan Piala Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 265 hits
SHAH ALAM 9 NOV Kerajaan memutuskan saingan bola sepak Piala Malaysia 2020 ditangguhkan seketika berikutan pandemik Covid 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sukan itu tetap berisiko walaupun diadakan tanpa penonton kera...
Piala Malaysia Tangguh Kerajaan Harap Peminat Bersabar

Piala Malaysia Tangguh Kerajaan Harap Peminat Bersabar

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian selepas kerajaan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berharap peminat bola sepak bersabar dengan penangguhan ini ...
Terlepas Aksi Piala Malaysia Kurniawan Redha Keputusan Mkn

Terlepas Aksi Piala Malaysia Kurniawan Redha Keputusan Mkn

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 246 hits
Ketua jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto menerima dengan hati terbuka keputusan daripada Majlis Keselamatan Negara yang tidak meluluskan permohonan laluan khas pasukan untuk menghadapi perlawanan CIMB Liga Super menentang UiTM FC di Sta...
Most Wanted Ketahui 4 Warga Malaysia Yang Berada Dalam Senarai Merah Interpol

Most Wanted Ketahui 4 Warga Malaysia Yang Berada Dalam Senarai Merah Interpol

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 634 hits
Polis Antarabangsa merupakan sebuah organisasi perhubungan antarabangsa yang ditubuhkan untuk menjalin kerjasama antara polis dari seluruh dunia dalam usaha untuk membanteras jenayah Badan bukan politik ini mempunyai keahlian dari 194 buah ...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan