Tm Piala Malaysia 2020 Diteruskan Tanpa Pasukan Sabah


Sabah tidak akan terlibat dalam saingan TM Piala Malaysia selepas tidak mendapat pelepasan keluar dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 November 2020 TM PIALA MALAYSIA 2020 DITERUSKAN TANPA PENYERTAAN SABAH, FORMAT KENAIKAN DAN PENYINGKIRAN CIMB LIGA SUPER KEKAL

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa pertandingan TM Piala Malaysia 2020 kekal berlangsung seperti perancangan sebelum ini. P erkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan yang turut memberitahu keputusan itu telah dicapai menerusi mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ke-23 yang bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam semalam.
 


Jelas Dato’ Ab Ghani, kejohanan TM Piala Malaysia 2020 yang akan bermula 6, 7 dan 8 November ini akan berjalan seperti yang dijadualkan di mana undian TM Piala Malaysia 2020 akan berlangsung pada 1 November ini.

Mengulas mengenai pasukan yang berdepan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Dato’ Ab Ghani memaklumkan pengendali Liga Malaysia itu akan membantu kelab-kelab berkenaan berkaitan proses untuk bermain di venue zon hijau pandemik COVID-19.

“Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL telah memutuskan bahawa kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berjalan seperti yang dijadualkan iaitu undian akan bermula pada 1 November ini sebelum kejohanan membuka tirai pada 6, 7 dan 8 November depan.

“Sudah pasti kepatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa menjadi agenda utama buat MFL ketika dalam pandemik COVID-19 dan ia akan menjadi tanggungjawab bersama dalam menjayakan kejohanan TM Piala Malaysia 2020,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini. 





Format TM Piala Malaysia musim ini terpaksa diubah kepada saingan kalah mati sejak pusingan pertama membabitkan 16 pasukan (11 CIMB Liga Super, 5 Liga Premier ) sehingga ke pusingan suku akhir (12 dan 13 November), separuh akhir (17 November) tanpa aksi timbal balik sebelum aksi final pada 22 November.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Ab Ghani turut mengumumkan pasukan UiTM FC telah diberikan kemenangan 3-0 selepas permohonan laluan khas skuad Sabah tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sabah sebelum ini dijadualkan bertemu UiTM FC di Stadium Hang Jebat Melaka untuk aksi terakhir CIMB Liga Super pada 31 Oktober ini.

Melihat situasi ini, Dato’ Ab Ghani mengesahkan Sabah tidak akan terlibat dalam saingan TM Piala Malaysia selepas tidak mendapat pelepasan keluar dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 November

“Permohonan pengecualian bagi pasukan Sabah tidak diluluskan sehingga menyebabkan perlawanan CIMB Liga Super yang tertunda tidak dapat dimainkan, jadi pasukan UiTM FC diberikan kemenangan 3-0.

“Tempoh kuarantin kendiri wajib selama 14 hari (sekiranya pasukan Sabah tiba di KLIA pada 29 Oktober 2020) telah melangkaui tarikh perlawanan pusingan pertama (kalah mati) TM Piala Malaysia.

“Justeru, pasukan yang bakal diundi bertemu pasukan Sabah di Pusingan Pertama (kalah mati) TM Piala Malaysia 2020 diberikan kemenangan 3-0 dan seterusnya layak ke pusingan Suku Akhir.

“Pasukan Sabah adalah kekal sebagai pasukan Liga Super untuk musim 2021 dan tiada hukuman yang bakal dikenakan terhadap pasukan Sabah kerana isu ini,” katanya.

Sementara itu, Dato’ Ab Ghani turut mengesahkan Ahli Lembaga Pengarah MFL telah memutuskan format kenaikan dan penyingkiran CIMB Liga Super kekal seperti biasa.

Kata Dato’ Ab Ghani, tiada penyingkiran buat pasukan berstatus Liga Premier pada musim ini selepas menyaksikan Amateur Football League (AFL) telah mengambil keputusan untuk membatalkan saingan Liga M3 musim 2020 pada 8 Jun 2020.

“Tiada penurunan dari pasukan Liga Premier pada musim ini tetapi format biasa iaitu dua pasukan menduduki menduduki tangga ke-11 dan 12 dari CIMB Liga Super (turun ke Liga Premier) dan dua pasukan teratas Liga Premier (naik ke CIMB Liga Super) kekal seperti biasa,” katanya.

#MFL
#TMPialaMalaysia2020
#CIMBLigaSuper2020





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2020/10/tm-piala-malaysia-2020-diteruskan-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Dan Keputusan Terkini Piala Malaysia 2020

Jadual Dan Keputusan Terkini Piala Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 408 hits
Jadual siaran langsung live score dan keputusan terkini perlawanan akhir Piala Malaysia 2020 Berikut adalah jadual siaran langsung pautan live streaming live score dan keputusan terkini final Piala Malaysia 2020 khas buat peminat bola sepak...
6050 Tandatangan Borang Kosong Cara Ah Long Peguam Rampas Aset Peminjam Malaysia Post 31 10 2020

6050 Tandatangan Borang Kosong Cara Ah Long Peguam Rampas Aset Peminjam Malaysia Post 31 10 2020

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 335 hits
MENANDATANGANI borang perjanjian kosong adalah modus operandi ah long atau ceti haram dengan kerjasama firma guaman tertentu untuk merampas aset peminjam yang gagal menjelaskan bayaran pinjaman Mendedahkan kewujudan kerjasama itu Persatuan ...
December Women Leadership Symposium 2020 Lexis Port Dickson Malaysia

December Women Leadership Symposium 2020 Lexis Port Dickson Malaysia

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 386 hits
FREE Accommodation of 3D2N for the first 50 registered participants This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
871 Kes Covid 19 Malaysia Pada 18 Oktober 2020

871 Kes Covid 19 Malaysia Pada 18 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 330 hits
871 Kes COVID 19 Malaysia Pada 18 Oktober 2020 Sepertimana yang kita sedia maklum Negeri Sabah kini berada di tahap yang membimbangkan Setiap hari kes dicatat beratus ratus Apa yang mampu kita buat berdoa serta mematuhi SOP yang disarankan ...
Mercy Malaysia Seeks Frontliners To Help Its Covid 19 Efforts In Sabah

Mercy Malaysia Seeks Frontliners To Help Its Covid 19 Efforts In Sabah

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 235 hits
Mercy Malaysia says doctors nurses medical officers and lab technicians are urgently needed PETALING JAYA Mercy Malaysia is seeking medical professionals to help in the fight against Covid 19 in Sabah Sabah recorded 578 new cases today or 6...
Pkpb Sabah Dilanjut Sehingga 9 Nov Saringan Bersasar Diteruskan

Pkpb Sabah Dilanjut Sehingga 9 Nov Saringan Bersasar Diteruskan

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR 24 OKT Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah yang dijadual berakhir 26 Oktober ini dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 November Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaan dipu...
5993 Malaysia Petang Ini Macau Scam Judi Online Bernama Tv 16 10 2020

5993 Malaysia Petang Ini Macau Scam Judi Online Bernama Tv 16 10 2020

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 384 hits
MALAYSIA PETANG INI 16 OKTOBER 2020 JUMAATSIARAN LANGSUNG 4 00 4 45 petangTetamu di Talian Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIMTopik Macau Scam Judi Online Licik Bagai Tiada KesudahanHos Nurul Hidayah Umol Ziana NasirPenerbit Shamsul Othma...
6020 Belanjawan 2021 Ppim Harap Semua Pihak Junjung Perintah Agong Malaysia Gazette 26 10 2020

6020 Belanjawan 2021 Ppim Harap Semua Pihak Junjung Perintah Agong Malaysia Gazette 26 10 2020

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta semua pihak menjunjung perintah dan mendokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengenai kepentingan Belanjawan Negara 2021 Pengerusi PP...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman