Loqman Hakim – Pemain yang cukup sensasi pada
kejohanan kali ini. Meskipun tidak menjadi penjaring terbanyak tetapi larian
pantasnya cukup digeruni. Bukan sahaja larian, rembatannya ketika menghasilkan
gol menentang Indonesia membuktikan betapa beliau mampu menjadi penyerang
berbisa pada masa hadapan. Cuma mungkin beliau perlu mendapatkan pengalaman
yang lebih luas lagi selepas ini. Dalam perlawanan ini terdapat beberapa
situasi dimana beliau boleh melakukan hantaran yang lebih selesa namun
digagalkan. TAMAK memang merupakan salah satu sifat semulajadi penyerang tetapi
perlu digunakan pada tempatnya. Berdasarkan aksinya, tidak mustahil beliau
mampu bersaing dengan pertahanan di kelab-kelab Liga Eropah selepas ini.
Menurut sumber, beliau sedang dipancing oleh kelab Cerezo Osaka dari Jepun. Ini
peluang baiknya untuk menuntut ilmu dengan kelab ternama dalam Liga J ini.Hantaran jauh banyak dilakukan dalam perlawanan
ini. Ada baik dan buruknya strategi ini. Mungkin kepantasan Loqman ingin
digunakan tetapi ia boleh mendatangkan bahaya apabila beraksi dengan pemain
yang mempunyai fizikal yang lebih besar. Agak mengejutkan apabila pemain sering
melakukan tendangan jauh tanpa sasaran terutama pada separuh masa pertama.Selain Loqman,
anak bekas pemain pertahanan negara Khaironnisam Shabudin iaitu Firdaus
Khaironnisam berpotensi untuk melangkah jauh. Beliau mungkin tidak sepantas
Luqman tetapi mempunyai rembatan yang tajam dan ketenangan persis bapanya.
Mungkin posisi tengah menyerang atau penyerang sokongan amat sesuai untuk
beliau. Stamina pemain muda tetap tinggi meskipun
sebelum itu terpaksa mengharungi 120 minit yang cukup memenatkan selepas
menentang Indonesia tempohari. Kalau kita lihat strategi Maloney adalah untuk
bertahan namun separuh masa kedua mereka mula mengeluarkan seluruh tenaga.Ketua pasukan , Ajmal (betulkan kalau salah)
merupakan seorang pemain yang baik. Ketika separuh masa pertama beliau banyak
mematahkan serangan barisan Australia dan pada separuh masa kedua banyak
membantu aksi serangan.
Meskipun begitu masih banyak yang perlu diperbaiki oleh
barisan jurulatih. Tidak boleh berpuas hati meskipun berjaya menampilkan aksi
sebegini. Semoga mereka mampu untuk meneruskan sebagai pelapis negara dan
impian untuk ke Piala Dunia mungkin tercapai satu hari nanti.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |