Perak Benam Sabah 3 0 Perlawanan Pertama Piala Malaysia 2019


PIALA MALAYSIA | Perak Benam Sabah 3-0 | Sabah bukan tandingan juara bertahan, Perak Piala Malaysia 2019: Langkah Kanan Buat Perak, Rakam Kemenangan 3-0 Keatas Sabah

Perak seolah-olah pantas melupakan kehampaan pada aksi final Piala FA minggu lalu setelah mencatatkan kemenangan 3-0 keatas Sabah pada aksi sulung saingan Piala Malaysia 2019 di Stadium Perak, Ipoh. Aksi Piala Malaysia 2019 pada malam ini bersambung dengan pertembungan di antara juara bertahan, Perak dan Sabah daripada Kumpulan C.



Seperti yang diramal, skuad The Bos Gaurus berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 menerusi jaringan oleh Brendan Gan, Careca dan Leandro dos Santos masing-masing pada minit ke-45, ke-50 dan ke-92.





Berikut adalah lima perkara kami dapati daripada perlawanan malam ini:

#1 Sabah ada masalah tangani bola di udara
Skuad Tambadau mempunyai masalah untuk berhadapan dengan situasi ini. Punca yang kami dapati adalah pemain-pemain pertahanan Sabah mempunyai kurang ketinggian berbanding pemain-pemain barisan ser4ngan Perak seperti Ronaldo, Careca dan Partiban. Ini menjadi kesukaran buat pertahanan Sabah untuk memenangi bola di udara serta mengeluarkannya daripada kawasan kotak penalti.


Ada tiga situasi kami perhatikan pada babak pertama, di mana tiga kali Ronaldo mendapat peluang untuk merobek gawang dan dua daripadanya merupakan ‘free header’ yang gagal disaingi mana-mana pemain Sabah. Selain itu, komunikasi lemah antara penjaga gol dan barisan pertahanan juga salah satu punca kepada masalah ini.

#2 Aguinaldo mudah lepasi kawalan pertahanan Perak
Apabila Sabah melancarkan ser4ngan, Aguinaldo bijak memposisikan dirinya iaitu di belakang Idris Ahmad. Kedudukan itu membolehkan beliau mendapat bola dan terus melakukan larian ke arah gawang untuk berhadapan dengan Hafizul Hakim secara 1 vs 1.



Aguinaldo pula mempunyai kelajuan tetapi beliau sedikit lewat dalam membuat tindakan untuk melepaskan rembatan.


Ia sempat dibaca oleh Hafizul Hakim dan Shahrul Saad yang membuat larian susulan. Seperkara lagi, rakan sepasukan Aguinaldo pula lambat naik ke atas untuk memberikan ‘option’ di bahagian ser4ngan.

#3 Gandingan Brendan & Leandro bukan tandingan midfield Sabah
Antara kekuatan yang dimiliki oleh skuad Mehmed Durakovic adalah gandingan Brendan Gan dan Leandro dos Santos di bahagian tengah. Mereka berdua mempunyai kebolehan teknikal individu dan ‘work rate’ yang tinggi serta rajin membantu barisan ser4ngan dan pertahanan.


Apabila kehilangan bola, kedua-dua mereka pantas memberikan tekanan kepada pemain-pemain Sabah dan seterusnya mereka segera melebarkan kepada kedua belah sayap atau menghantar kepada Careca.

Bonus kepada midfield Perak, Careca juga memainkan peranan penting dalam membantu gandingan Brendan dan Leandro di bahagian tengah. Sukar untuk Azzizan dan Ahmet Atayev untuk mencabar kekuatan midfield Perak ini.

#4 Maxsius Musa gagal lakukan hantaran berkualiti ke dalam kotak penalti
Pada separuh masa kedua, Jelius Ating memasukkan Maxsius Musa menggantikan Jenius Karib. Maxsius merupakan seorang pemain yang mempunyai kawalan bola yang baik dan mampu melakukan gelecekan menewaskan pemain lawan. Pada masa yang sama beliau mempunyai kelajuan.

Tujuan Jelius memasukkan Maxsius agar Sabah dapat eksploitasi bahagian kiri Perak seterusnya membuat hantaran ke dalam kotak penalti mencari Aguinaldo dan Rodoljub. Maxsius berjaya melakukan tugasan pertama iaitu untuk eksploitasi bahagian kiri Perak, beberapa kali beliau berjaya menwaskan Nazirul Naim.

Tetapi beliau gagal melakukan tugasan kedua iaitu memberikan hantaran berkualiti ke dalam kotak penalti mencari penyerang mereka. Ini menyebabkan terpaksa akur gagal menghasilkan jaringan dalam perlawanan ini.

#5 Beza kualiti pasukan Liga Super dan Liga Premier
Sabah merupakan juara Liga Premier pada musim ini dan musim hadapan mereka bakal beraksi dalam kancah Liga Super. Manakala Perak pula merupakan pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-5 pada musim ini. Namun, perbezaan kualiti di antara kedua-dua pasukan ini sangat besar.


Perak mempunyai kualiti hampir di setiap bahagian daripada penjaga gol sehingga ke barisan ser4ngan. Selain daripada kualiti, Perak juga konsisten selam 90 minit permainan berbanding pasukan Sabah, mereka mula keletihan dan hilang semangat untuk terus memberikan saingan di penghujung permainan. Ini yang membolehkan Perak mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sabah pada perlawanan malam ini.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai aksi pada keseluruhan babak pertama walaupun Perak lebih mendominasi permainan.


Gerakan yang cuba dirangka anak buah Mehmed Durakovic itu juga kelihatan mudah dipatahkan jentera pertahanan Sabah.

Manakala skuad Tambadau pula lebih memfokuskan pada serangan balas pantas dan ‘setpiece’ bagi mengancam kubu Perak.

Walaupun tidak banyak gerakan berbahaya dapat dicipta tetapi Careca hampir meletakkan Perak dihadapan pada minit ke-22 apabila tandukannya berjaya dikeluarkan di atas garisan gol oleh Evan Wensley Wenceslaus.

Tandukan Ronaldo Henrique Silva hasil hantaran baik daripada Nazirul Naim Che Hashim juga sedikit tersasar.


Keampuhan benteng Sabah akhirnya berjaya ditembusi pada minit ke-45 selepas Brendan Gan meledakkan rembatan separa voli dari luar kawasan penalti yang terus menerjah gawang Sabah.


Memasuki babak kedua, Perak terus menguasai permainan dalam usaha menambah kelebihan jaringan. Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-51.


Berpunca daripada gerakan cantik pemain pertahanan kanan, Mohamad Idris Ahmad dari sebelah kiri pintu gol Sabah, Careca meledakkan rembatan kaki kiri padu untuk menghadiahkan gol kedua buat tuan rumah.


Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, pemain ‘nakal’ Perak, Leandro Dos Santos Oliveira menambah jaringan ketiga  apabila beliau dengan mudah menolak masuk bola susulan tandukan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi yang ditepis keluar Rozaimie Rohim.


Kemenangan 3-0 itu meletakkan Perak ketika ini di tangga teratas saingan kumpulan C, berkelebihan defisit jaringan berbanding Pahang yang turut mengumpul tiga mata.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2019/08/perak-benam-sabah-3-0-perlawanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Malaysia 2019 Langkah Kanan Buat Perak Rakam Kemenangan 3 0 Keatas Sabah

Piala Malaysia 2019 Langkah Kanan Buat Perak Rakam Kemenangan 3 0 Keatas Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 231 hits
Perak seolah olah pantas melupakan kehampaan pada aksi final Piala FA minggu lalu setelah mencatatkan kemenangan 3 0 keatas Sabah pada aksi sulung saingan Piala Malaysia 2019 di Stadium Perak Ipoh sebentar tadi Tidak banyak yang dapat diper...
Piala Malaysia 2019 Pulau Pinang Tewaskan Sabah 2 1

Piala Malaysia 2019 Pulau Pinang Tewaskan Sabah 2 1

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 332 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jadual Penuh Perlawanan Piala Malaysia 2019

Jadual Penuh Perlawanan Piala Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 579 hits
Jadual Penuh Perlawanan Piala Malaysia 2019 Seperti yang semua peminat bola sepak Malaysia ketahui bahawa Liga Super dan Piala FA telah pun melabuhkan tirainya Jadi kini bermula lah pula persaingan Piala Malaysia 2019 Terdapat 4 kumpulan ba...
Peter Anthony Yakin Sabah Mampu Buat Kejutan Saingan Piala Malaysia 2019

Peter Anthony Yakin Sabah Mampu Buat Kejutan Saingan Piala Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 643 hits
Peter Anthony yakin Sabah mampu buat kejutan saingan Piala Malaysia 2019PETER ANTHONYSkuad Tambadau Sabah akur mereka bukan pasukan pilihan tetapi yakin mereka mampu buat kejutan dalam saingan Piala Malaysia Sabah diundi memulakan cabaran d...
Final Piala Fa Malaysia 2019 Kedah Vs Perak

Final Piala Fa Malaysia 2019 Kedah Vs Perak

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 664 hits
sebelum perlawanan bermula Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Piala Malaysia 2019 Tfc Lebih Selesa Dengan Status Bukan Pilihan Menentang Kedah

Piala Malaysia 2019 Tfc Lebih Selesa Dengan Status Bukan Pilihan Menentang Kedah

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 306 hits
Terengganu FC bertandang ke Alor Setar dengan misi mengutip sekurang kurangnya satu mata berhadapan dengan lawan mereka yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA pada bulan lepas Sekalipun menyedari mereka akan turun dengan status...
Terkini Keputusan Undian Piala Malaysia 2019

Terkini Keputusan Undian Piala Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1029 hits
Undian bagi menempatkan 16 pasukan terbaik yang terdiri daripada 11 pasukan Liga Super dan 5 pasukan Liga Premier untuk menghadapi saingan kejohanan bola sepak Piala Malaysia musim 2019 telah diadakan pada jam 1200 tengahari tadi Kesemua 16...
Piala Malaysia 2019 K Devan Anggap Kesilapan Bentengnya Membantu Jdt

Piala Malaysia 2019 K Devan Anggap Kesilapan Bentengnya Membantu Jdt

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 252 hits
Pengendali PJ City FC K Devan menerima dengan hati terbuka kekalahan skuad kendaliannya kepada Johor Darul Ta zim dalam aksi kedua Kumpulan B Piala Malaysia 2019 malam tadi Begitupun dalam sidang media sejurus perlawanan pengendali berusia ...
Piala Malaysia 2019 Jdt Kukuhkan Kedudukan Di Tangga Teratas Kumpulan B

Piala Malaysia 2019 Jdt Kukuhkan Kedudukan Di Tangga Teratas Kumpulan B

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 319 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global

Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu