Philips Hair Clipper Hc3535 Hadiah Khas Untuk Mr Husband
hi there, hari tu mrs pip ada menang Lazada Voucher sempena sale 11.11 tu kan, dapatlah Lazada Voucher bernilai RM75.00 ... pada asalnya , kalau menang voucher ni niat nak belikan buku bacaan tambahan untuk Iman dan Amin , tapi bila kemas kemas storage box hari tu, banyak lagi buku buku budak berdua ni tak habis baca .. siap ada yang tak pernah sentuh langsung, still elok saja duduk dalam storage box ... hiks, bila nak start baca ni
so, tak jadilah belikan buku tambahan untuk budak berdua ni ... dah rasa mcm bukan keperluan pula, so kita belilah yang betul betul perlu
selama ni, dari Iman lahir sehinggalah ada Amin dan Baby Nami ni, anak anak mrs pip tak pernah pergi kedai gunting rambut pasal fesyen rambut dorang sangat simple, iaitu >>> #gengkepalabotak ... so, mr.Husband yang jadi tukang botakkan kepala anak anak kitorang guna mesin pencukur rambut ... dah lama beli mesin tu, since Iman lahir ..
Philips Hair Clipper HC3535 || Hadiah khas untuk mr.Husband
dijadikan cerita, mesin pencukur rambut tu ROSAK sekitar penghujung bulan December lepas, so mcm mana nak shave kepala anak anak lepas ni? bayangkan kalau masuk kedai gunting rambut, sorang kena bayar RM10.00, so kalau bertiga dah RM30.00 kan ... bukan berkira dengan anak anak, tapi kenalah fikir bab jimat cermat kan ... dahlah every month memang rambut Iman n Amin ni perlu cukur , so .... do the maths yo
Philips Hair Clipper HC3535 || what's included inside the box
berbalik kepada voucher tu, dah mesin pencukur lama rosak, why not hadiahkan mr.Husband mesin pencukur baru kan, moreover birthday dia hari tu tak bagi pun hadiah :(( , so jom bahagiakan suami sendiri
browsing punya browsing, mrs pip berkenan dengan mesin pencukur jenama Philips ... yang lama tu pun guna brand ni, jadi rasa yakin utk beli jenama yang sama itu ada ... so, ada few choices jenama Philips ni, and end up mrs pip pilih Philips hair Clipper HC3535 ..
Philips Hair Clipper HC3535
Jom tengok product details of Philips Hair Clipper HC3535 ni:-
Trim-n-Flow technologyDouble-sharpened bladesSelf-sharpening stainless steel bladeslock-in 13 length settings12 adjustable lengths75 minutes of cordless useErgonomic handleQuick release bladeslink product details: klik di sini
dan dalam pakej ni disertakan beg untuk menyimpan set pencukur ni ... yeah! lepas ni no more la mr.Husband asyik tanya mana kabel untuk charge mesin la, mana cleansing brush la, mana comb la, T_T
Philips Hair Clipper HC3535 || what's included inside the box
beli pada 7.01.2019, dan selamat tiba pada 11.01.2019
harga satu set ni ialah RM177.00, dan postage RM10.90, tapi lepas tolak voucher tu, adalah penjimatan kan, mrs pip hanya perlu bayar baki RM112.90 ... woha! alhamdulillah, dapat belikan mr.Husband birthday gift dia dan still dalam bajet mrs pip ... lepas tu, confirm hadiah ni dia akan guna setiap bulan, dan PALING BEST, jimat duit kitorang untuk hantar anak anak gunting rambut di barber shop kan ... dan jangka hayat mesin ni kitorang expect boleh bertahan up to 3 years, and maybe more hopefully
kalau yang nak beli shaver secara online, pastikan korang beli
shaver yang sesuai dengan tujuan pembelian korang .. ada sesetengah shaver hanya khusus untuk mencukur jambang, bulu ketiak, bulu kaki dan yang sewaktu dengannya, tapi bukan untuk rambut kepala ...dan ada shaver yang khas memang untuk rambut kepala dan jambang sahajapilih shaver yang berkualiti, dan bonus kalau ada local maufacturer warranty
apapun, mr.Husband happy sangat dapat shaver baru ni ... dahlah mr.Husband dan Iman satu spesis jenis rambut memang cepat panjang dan jenis rambut lebat ... so, shaver ni ialah salah satu MUST-HAVE-ITEM-FOR-MR.HUSBAND
dan satu lagi, nak jimat beli kat Lazada ni, korang sila guna SHOPBACK APP, lepas tu pilih LAZADA di SHOPBACK APP (sila download dulu app Shopback dan Lazada di PlayStore ya), lepas tu boleh shopping seperti biasa
then bila buat pembayaran, korang pilih LAZADA WALLET (kalau wallet tiada isi, it is ok, just pilih saja Lazada wallet untuk buat pembayaran, nanti Lazada akan connect korang ke internet banking untuk top up Lazada wallet tu) , then buatlah pembayaran
dan bonus lagi kalau korang ada Kad B-Infinite ... lepas buat pembayaran, korang akan dibawa semula ke page Lazada untuk confirmed-kan pembelian dan isi nombor Kad B-Infinite korang di ruang yang disediakan ..
why SHOPBACK? why Lazada Wallet? why Kad B-Infinite?
coz, korang akan dapat sedikit CASHBACK , then korang boleh withdraw masuk akaun bank korang ... dan setiap kali pembayaran melalui Lazada Wallet, korang boleh dapat sehingga 5% rebate duit yang akan dibayar oleh Lazada, dan setiap kali menggunakan Kad B-Infinite, korang boleh kumpul mata ganjaran / points yang korang boleh guna untuk tebus di kedai terpilih
mcm mrs pip, mata ganjaran B-Infinite ni mrs pip akan tebus secara online dengan shopping di laman web 11Street ...
Mrs Pip punya Cashback dalam akaun Shopback
so far mrs pip ada RM46.95 di dalam SHOPBACK , dan amount ni mrs pip tak withdraw lagi coz nak tunggu sampai cecah RM50.00 ... actually, dah boleh withdraw dah kalau nak, tapi dah niat hanya akan withdraw kalau cecah RM50.00 ... hehe
mengenai SHOPBACK ni, mrs pip pernah tau review kat entry mrs pip , nak baca dan tahu lebih lanjut, boleh klik entry mrs pip ya
>>> Kelebihan shopping online melalui SHOPBACK <<<
mengenai Lazada Wallet tu, insya allah mrs pip akan buat entry khas pula ok, so stay tune ... dah dua kali Lazada bagi rebet kat mrs pip :)) yeah.
p/s: mesin shaver ni mr.Husband tak rasmi lagi, so once dah rasmi, nnt kita review mesin shaver ni, ok atau tak ok .... insya allah ..
thanks for reading
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2019/01/philips-hair-clipper-hc3535-hadiah-untuk-suami.html