Ph Sudah Boleh Lupakan Tun Mahathir Jika Mahu Semua Kaum Menyokong Kita





Penolakan rakyat, bukan sahaja orang-orang Melayu, bahkan kaum-kaum lain juga berlaku terhadap Mahathir.  Bermula dari PRK Tg Piai lagi kita telah beri amaran kepada Mahathir betapa penyokong-penyokong PH dan juga mereka di atas pagar majoritinya sudah hilang kepercayaan kepada bekas PM dua kali ini

Langkah-langkah politik beliau ternyata banyak melemahkan PH.  Bayangkan, semua tahu prinsip perjuangan PH adalah untuk memberi keadilan kepada semua kaum.  PH tidak mahu dilihat gabungan parti yang berunsurkan perkauman seperti Umno dan kejumudan agama seperti Pas, tetapi apabila menjelang PRK TG Piai atas kehendak beliau satu program Maruah Melayu telah diadakan di mana dijemput Umno dan Pas untuk turut serta.  Lebih musykil lagi, Anwar Ibrahim tidak dijemput pada awalnya.  Kononnya Mahathir mahu tarik pengundi-pengundi Melayu.  Ternyata di Tg Piai, calon dari parti beliau yang mewakili PH ketika itu tewas teruk.  Sokongan Melayu tiada, sokongan kaum Cina langsung tidak kelihatan untuk memenangkan calon partinya.  Apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.

Apabila kerajaan PH tumbang angkara pengkhianat yang diberi ruang mudah oleh Mahathir, sikap beliau yang anti Anwar semakin terserlah.  Sepatutnya apabila PH telah tumbang, hatinya puas kerana berjaya menidakkan Anwar sebagai PM selepasnya seperti yang dipersetujui oleh PH, dan beliau patut bersara kerana berjaya dalam misinya, namun hati orang tua ini tidak senang selagi Anwar punyai harapan untuk ke Kerusi PM.  Beliau tahu kerajaan pintu belakang ini umpama telor dihujung tanduk dan harapan Anwar untuk menjadi PM masih cerah, maka beliau mencari jalan untuk kucar kacirkan PH.

Rakyat melihat semua tindak tanduk Mahathir yang buruk itu.  Malangnya masih ada pimpinan di dalam PH yang masih mempercayai orang tua yang sering menipu ini.  Alasan mereka adalah untuk mendapatkan mandat rakyat, sedangkan jelas rakyat menolak manusia bernama Mahathir ini.  Kita juga mahu mandat rakyat itu dikembalikan semula secepat mungkin, tetapi bukan bermakna kita harus terpedaya lagi dengan Mahathir. 

Bagi Mahathir, beliau sudah tidak kisah samada beliau dapat jadi PM semula atau tidak, tetapi yang lebih penting baginya adalah Anwar tidak menjadi PM.  Sebab itu sepantas kilat beliau bersetuju dengan nama Shafie Apdal untuk menjadi PM sedangkan beliau tahu Shafie juga pemimpin parti berbilang kaum di Sabah. Alasan beliau tidak boleh terima Anwar adalah Anwar ini pemimpin parti berbilang kaum.  Mahathir terus menipu kita.

Lebih nyata lagi, tanpa Anwar memusuhinya, Mahathir berterus terang bahawa beliau tidak lagi mahu bekerjasama dengan Anwar dan Keadilan, tetapi masih mahu bersama Amanah dan Dap.  Usahanya untuk memecahkan PH jelas di sini.  Tapi, Anwar telah membaca strategi jahatnya dan Anwar tidak sedikit pun melatah dengan sikapnya itu.  Anwar membiarkan Amanah dan Dap melayani Mahathir dan Anwar terus fokus dengan Keadilan dan terus memimpin PH dengan baik. 

PRK Slim baru-baru ini, sekali lagi isyarat jelas diberikan oleh rakyat dari berbagai kaum iaitu Mahathir wajib bersara sekarang.  Saya bersetuju dengan kenyataan SUA Keadilan yang menyatakan Mahathir bukan faktor kemenangan PH di dalam PRU14.  Kerusi Parlimen partinya ketika itu hanya menang 12 Kerusi dari 52 Kerusi yang diberikan.  Itu pun kerana undian dari pengundi-pengundi bukan Melayu walaupun sedikit.

PRU15 akan datang, PH wajar bertanding tanpa Mahathir.  Biarlah anak-anak buahnya memilih haluan mana satu yang mahu diikuti samada PH atau puak pengkhianat.  Keadilan mesti tegas kali ini jika benar mahu melaksanakan reform.  Selagi PH membawa nama Mahathir, usah kita bermimpi untuk melaksanakan reform kerana Mahathir tidak pernah berminat dengan reform bahkan beliau anti reform.

Saya harap semua pimpinan PH kembali ke landasan asal perjuangan kita.  Jangan lupa derita kita berpuluh tahun dek kerana membayangkan kenikmatan selama 22 bulan di Putrajaya dahulu.  Jangan musnahkan PH hanya kerana Mahathir.  Mahathir pernah hancurkan Umno dahulu sehingga parti itu diharamkan.  Apakah kita mahu PH pula dihancurkan? 

WFAUZDIN NS




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/ph-sudah-boleh-lupakan-tun-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Sudah Boleh Lupakan Tun M

Ph Sudah Boleh Lupakan Tun M

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 280 hits
WFAUZDIN NS Penolakan rakyat bukan sahaja orang orang Melayu bahkan kaum kaum lain juga berlaku terhadap Mahathir Bermula dari PRK Tg Piai lagi kita telah beri amaran kepada Mahathir betapa penyokong penyokong PH dan juga mereka di atas pag...
Mahathir Boleh Ubah Pendirian Dalam 24 Jam Kata Rais Yatim

Mahathir Boleh Ubah Pendirian Dalam 24 Jam Kata Rais Yatim

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 326 hits
Enam bulan selepas Langkah Sheraton senator Bersatu Rais Yatim mendedahkan bagaimana mudahnya Dr Mahathir Mohamad mengubah keputusan meskipun untuk hal hal penting buat negara Menurut Rais pada satu pertemuan pada 28 Februari antara dirinya...
Terlalu Panjang Akal Tun Macam Mana Kereta Tun M Boleh Ada Di Uk

Terlalu Panjang Akal Tun Macam Mana Kereta Tun M Boleh Ada Di Uk

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 281 hits
KECOH di media sosial baru baru ini mengenai penemuan sebuah kereta Proton Perdana di bangunan terbengkalai di Surrey United Kingdom Ia gara gara sekumpulan pengembara dari UK yang memuat naik salah satu kisah pengembaraan mereka dalam salu...
Muafakat Nasional Untuk Semua Kaum Kata Shahril Hamdan Kepada Ku Li

Muafakat Nasional Untuk Semua Kaum Kata Shahril Hamdan Kepada Ku Li

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 274 hits
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan menyanggah kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggap Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak layak berada dalam Muafakat Nasional kerana membuka keahlian kepad...
Tun Mahathir Cabar Menteri Kewangan Dedah Senarai Penuh Projek Rundingan Terus

Tun Mahathir Cabar Menteri Kewangan Dedah Senarai Penuh Projek Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menerbitkan senarai penuh 101 projek bernilai RM6 61 bilion yang didakwa diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika mentadbir selama...
Fakta Tun M Dari Sumber Tidak Boleh Dipercayai Zahid

Fakta Tun M Dari Sumber Tidak Boleh Dipercayai Zahid

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 257 hits
Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa menggunakan fakta yang salah apabila mengatakan UMNO akan membolot kesemua kerusi yang dimiliki oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Dr ...
Apa Perlunya Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad

Apa Perlunya Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 576 hits
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Jika kita perhati politik negara sekarang tumpuan hanya kepada duit dan jawatan tidak lagi kepada dasar perjuangan untuk negara Yang berada dalam Kerajaan berada kerana pendapatan yang boleh didapati Soal dasar perju...
Mahathir Dah Boleh Bersara Duk Rumah Tarbiah Anak Cucu

Mahathir Dah Boleh Bersara Duk Rumah Tarbiah Anak Cucu

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 348 hits
Keputusan slim river sudah memberi petanda utama kepada mahathir dan juga balaci yang cuba membentuk satu lagi aliran politik melayu yang kononnya menggelarkan diri mereka pejuang Konon Undi solid BN di dun slim river kekal dengan 8k lebih ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan