Mahathir Boleh Ubah Pendirian Dalam 24 Jam Kata Rais Yatim




Enam bulan selepas Langkah Sheraton, senator Bersatu Rais Yatim mendedahkan bagaimana mudahnya Dr Mahathir Mohamad mengubah keputusan, meskipun untuk hal-hal penting buat negara.
Menurut Rais, pada satu pertemuan pada 28 Februari antara dirinya, Mahathir dan hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary di Yayasan Al-Bukhary, Mahathir sendiri menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri, tetapi mengubah pendiriannya dalam tempoh 24 jam.
Katanya, Dr Mahathir pada pertemuan tersebut menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri kerana dia hanya memperoleh 66 perakuan bersumpah (SD) daripada ahli-ahli Parlimen yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau dengan keadaan itu, katanya, biarlah Tan Sri Muhyiddin (Yassin) terus jadi perdana menteri.
“Selesai…saya keluar bilik itu dan kemudian menyampaikannya kepada Muhyiddin melalui emissary (wakil) yang terdekat. Malang, keesokannya juga Dr Mahathir dilaporkan hendak semula jawatan perdana menteri.
“Saya hilang cara logik untuk berinteraksi, malah saya semacam mati akal. Itulah bukti bahawa Dr Mahathir boleh tukar pendirian atas sesuatu hal yang begitu penting,” katanya dipetik Mingguan Malaysia.
Kata Rais, dia sendiri tidak mengerti bagaimana Mahathir boleh bertukar pendirian sebegitu rupa, namun tidak menolak Mahathir mungkin “diasuh” semula oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkannya menukar pendirian pada 29 Februari.
Akhbar itu turut menghubungi Mahathir bagi mendapatkan komen berhubung pendedahan Rais itu.

Langkah Sheraton berlaku pada 23 Februari apabila 11 wakil rakyat PKR yang diketuai Azmin Ali bertemu dengan BN, PAS, Bersatu, dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Hotel Sheraton, yang menumbangkan kerajaan PH.
Mahathir meletakkan jawatan keesokan harinya namun dilantik sebagai perdana menteri sementara.
Pada 29 Februari, PH menyatakan sokongan kepada Mahathir sebagai perdana menteri. Bagaimanapun, pada hari yang sama, Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Rais turut mempersoalkan keupayaan Mahathir untuk meyakinkan penduduk Slim mengundi parti barunya, Pejuang, yang turut bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.
“Di majlis kempen PRK Slim beberapa hari lalu beliau hanya menyatakan bahawa partinya bermisikan anti politik wang dan mahu orang Melayu khasnya menyokong partinya itu. [...] Apakah hanya dasar anti politik wang sahaja untuk memasuki pilihan raya umum ke-15?
“Wang dan politik macam air dengan lumpur. Kena disuling atau diproses dahulu, baru jernih.

“Muhyiddin dengan rakan-rakannya kini pun sedang melakukan proses ini,” katanya yang mendakwa misi itu pun gagal ditangani Mahathir selama menjadi perdana menteri- 22 tahun sebagi perdana menteri keempat, dan 22 bulan sebagai perdana menteri ketujuh.
Rais berkata, sejujurnya, walau apapun alasan serta sebab-musabab, Mahtahtir sepatutnya membantu Muhyiddin dan bukan sebaliknya.
“Itupun kalau sesungguhnya (Mahathir) sayangkan bangsa dan agama,” katanya.
Rais turut menzahirkan ketidakyakinannya terhadap Pejuang, terutamanya tentang berapa lama Mahathir akan mengepelainya, serta kemampuan Mukhriz Mahathir untuk mengambil alih kepemimpinan parti itu daripada ayahnya nanti.
PRK Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Tarikh pegundian ditetapkan 29 Ogos.
PRK itu menjadi gelanggang pertama buat Mahathir dan para penyokongnya bagi menguji kekuatan parti baru mereka.
MR :  Mahathir, 22 tahun kencing rakyat... siapa tak kenal  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/mahathir-boleh-ubah-pendirian-dalam-24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rais Yatim Dr Mahathir Formed New Party For Him And His Son

Rais Yatim Dr Mahathir Formed New Party For Him And His Son

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 304 hits
It was illogical for Dr Mahathir to claim that Pejuang was meant to champion the interests of the Malay Bumiputera community when the later established Bersatu expressly for that purpose in 2016 Bersatu leader Tan Sri Rais Yatim alleged in ...
Pertuduhan Rasuah Terhadap Guan Eng Bertujuan Politik Kata Mahathir

Pertuduhan Rasuah Terhadap Guan Eng Bertujuan Politik Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 342 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 16 Akta SPRM berhubung projek terowong dasar laut dan jalan di negeri itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad be...
Rais Yatim Dirasuk Perasaan

Rais Yatim Dirasuk Perasaan

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 198 hits
MSO Rais Yatim dedah Dr Mahathir mengubah pendirian dalam tempoh 24 jam Rais merujuk kepada apa yang berlaku bulan Februari lalu menjelang pengkhianatan ke atas kerajaan PH Kata Rais mulanya Dr Mahathir setuju Muhyiddin jadi perdana menteri...
Hanya Putrajaya Boleh Umum Pkpd Kata Ismail Sabri

Hanya Putrajaya Boleh Umum Pkpd Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 394 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan negeri tidak boleh bertindak sendiri di bawah Akta 342 kerana ia boleh mengelirukan orang ramai dari segi pelaksanaan peraturan PETALING JAYA Hanya kerajaan persekutuan mempunyai kuasa untu...
Mahathir Kata Dia Tak Pernah Letak Jawatan Korang Layan Jer Okey

Mahathir Kata Dia Tak Pernah Letak Jawatan Korang Layan Jer Okey

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 390 hits
Kalau semalam dia minta dipujuk supaya jangan letak jawatan Kita kena layanKalau esok dia pujuk lagi supaya bergabung semua Kita kena layan Kalau lusa dia kata melayu tercorot melayu pemalas melayu jangan iri hati melayu melayu meee laa yuu...
Boleh Percaya Ke Khadam Dap Kata Akan Teruskan Perjuangan Asal Pas

Boleh Percaya Ke Khadam Dap Kata Akan Teruskan Perjuangan Asal Pas

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 303 hits
Parti Amanah meneruskan perjuangan PAS era 1980 an yang membawa keluar parti Islam itu daripada perjuangan berteraskan Melayu Islam kata Khalid Samad Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata mereka bertindak meninggalkan PAS kerana menentang ...
Parti Mahathir Mampu Menjadikan Mukhriz Presiden Tetapi Tidak Boleh Bertahan Lama

Parti Mahathir Mampu Menjadikan Mukhriz Presiden Tetapi Tidak Boleh Bertahan Lama

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 299 hits
Dr M perlu akar umbi untuk jadi kuasa ketiga Penganalisis Pembentukan parti berasaskan Melayu dan Pribumi oleh Dr Mahathir Mohamad dilihat masih terlalu awal untuk menjadi kuasa penentu atau kuasa ketiga dalam politik tanah air Penganalisis...
Saya Sedia Timbang Jadi Pm Sekali Lagi Kata Mahathir

Saya Sedia Timbang Jadi Pm Sekali Lagi Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 367 hits
CYBERJAYA Bekas Perdana Menteri Ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara ringkas dengan CNBC Indonesia pada Jumaat lalu mengumumkan kesediaannya menjadi Perdana Menteri sekali lagi Dr Mahathir yang juga bekas PM4 berkata beliau sedia...
Dulu Kata Tak Tahu Duit Dari Mana Sekarang Untuk Anak Yatim

Dulu Kata Tak Tahu Duit Dari Mana Sekarang Untuk Anak Yatim

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 298 hits
FB Suararakyat Bila pendakwaraya berjaya buktikan elemen jenayah salahguna kuasa dalam pertuduhan dan Najib dipanggil membela diri Najib cuma defend dirinya dengan mengatakan SAYA TAK TAHU JHO LOW TIPU SAYA Bila bicara dah selesai sementara...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya