Ph Sudah Boleh Lupakan Tun M



WFAUZDIN NS
Penolakan rakyat, bukan sahaja orang-orang Melayu, bahkan kaum-kaum lain juga berlaku terhadap Mahathir. Bermula dari PRK Tg Piai lagi kita telah beri amaran kepada Mahathir betapa penyokong-penyokong PH dan juga mereka di atas pagar majoritinya sudah hilang kepercayaan kepada bekas PM dua kali ini
Langkah-langkah politik beliau ternyata banyak melemahkan PH. Bayangkan, semua tahu prinsip perjuangan PH adalah untuk memberi keadilan kepada semua kaum. PH tidak mahu dilihat gabungan parti yang berunsurkan perkauman seperti Umno dan kejumudan agama seperti Pas, tetapi apabila menjelang PRK TG Piai atas kehendak beliau satu program Maruah Melayu telah diadakan di mana dijemput Umno dan Pas untuk turut serta. Lebih musykil lagi, Anwar Ibrahim tidak dijemput pada awalnya. Kononnya Mahathir mahu tarik pengundi-pengundi Melayu. Ternyata di Tg Piai, calon dari parti beliau yang mewakili PH ketika itu tewas teruk. Sokongan Melayu tiada, sokongan kaum Cina langsung tidak kelihatan untuk memenangkan calon partinya. Apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.
Apabila kerajaan PH tumbang angkara pengkhianat yang diberi ruang mudah oleh Mahathir, sikap beliau yang anti Anwar semakin terserlah. Sepatutnya apabila PH telah tumbang, hatinya puas kerana berjaya menidakkan Anwar sebagai PM selepasnya seperti yang dipersetujui oleh PH, dan beliau patut bersara kerana berjaya dalam misinya, namun hati orang tua ini tidak senang selagi Anwar punyai harapan untuk ke Kerusi PM. Beliau tahu kerajaan pintu belakang ini umpama telor dihujung tanduk dan harapan Anwar untuk menjadi PM masih cerah, maka beliau mencari jalan untuk kucar kacirkan PH.
Rakyat melihat semua tindak tanduk Mahathir yang buruk itu. Malangnya masih ada pimpinan di dalam PH yang masih mempercayai orang tua yang sering menipu ini. Alasan mereka adalah untuk mendapatkan mandat rakyat, sedangkan jelas rakyat menolak manusia bernama Mahathir ini. Kita juga mahu mandat rakyat itu dikembalikan semula secepat mungkin, tetapi bukan bermakna kita harus terpedaya lagi dengan Mahathir.
Bagi Mahathir, beliau sudah tidak kisah samada beliau dapat jadi PM semula atau tidak, tetapi yang lebih penting baginya adalah Anwar tidak menjadi PM. Sebab itu sepantas kilat beliau bersetuju dengan nama Shafie Apdal untuk menjadi PM sedangkan beliau tahu Shafie juga pemimpin parti berbilang kaum di Sabah. Alasan beliau tidak boleh terima Anwar adalah Anwar ini pemimpin parti berbilang kaum. Mahathir terus menipu kita.
Lebih nyata lagi, tanpa Anwar memusuhinya, Mahathir berterus terang bahawa beliau tidak lagi mahu bekerjasama dengan Anwar dan Keadilan, tetapi masih mahu bersama Amanah dan Dap. Usahanya untuk memecahkan PH jelas di sini. Tapi, Anwar telah membaca strategi jahatnya dan Anwar tidak sedikit pun melatah dengan sikapnya itu. Anwar membiarkan Amanah dan Dap melayani Mahathir dan Anwar terus fokus dengan Keadilan dan terus memimpin PH dengan baik.
PRK Slim baru-baru ini, sekali lagi isyarat jelas diberikan oleh rakyat dari berbagai kaum iaitu Mahathir wajib bersara sekarang. Saya bersetuju dengan kenyataan SUA Keadilan yang menyatakan Mahathir bukan faktor kemenangan PH di dalam PRU14. Kerusi Parlimen partinya ketika itu hanya menang 12 Kerusi dari 52 Kerusi yang diberikan. Itu pun kerana undian dari pengundi-pengundi bukan Melayu walaupun sedikit.
PRU15 akan datang, PH wajar bertanding tanpa Mahathir. Biarlah anak-anak buahnya memilih haluan mana satu yang mahu diikuti samada PH atau puak pengkhianat. Keadilan mesti tegas kali ini jika benar mahu melaksanakan reform. Selagi PH membawa nama Mahathir, usah kita bermimpi untuk melaksanakan reform kerana Mahathir tidak pernah berminat dengan reform bahkan beliau anti reform.
Saya harap semua pimpinan PH kembali ke landasan asal perjuangan kita. Jangan lupa derita kita berpuluh tahun dek kerana membayangkan kenikmatan selama 22 bulan di Putrajaya dahulu. Jangan musnahkan PH hanya kerana Mahathir. Mahathir pernah hancurkan Umno dahulu sehingga parti itu diharamkan. Apakah kita mahu PH pula dihancurkan?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29494

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Sudah Boleh Lupakan Tun Mahathir Jika Mahu Semua Kaum Menyokong Kita

Ph Sudah Boleh Lupakan Tun Mahathir Jika Mahu Semua Kaum Menyokong Kita

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 309 hits
Penolakan rakyat bukan sahaja orang orang Melayu bahkan kaum kaum lain juga berlaku terhadap Mahathir Bermula dari PRK Tg Piai lagi kita telah beri amaran kepada Mahathir betapa penyokong penyokong PH dan juga mereka di atas pagar majoritin...
Fakta Tun M Dari Sumber Tidak Boleh Dipercayai Zahid

Fakta Tun M Dari Sumber Tidak Boleh Dipercayai Zahid

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 260 hits
Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa menggunakan fakta yang salah apabila mengatakan UMNO akan membolot kesemua kerusi yang dimiliki oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Dr ...
Terlalu Panjang Akal Tun Macam Mana Kereta Tun M Boleh Ada Di Uk

Terlalu Panjang Akal Tun Macam Mana Kereta Tun M Boleh Ada Di Uk

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 284 hits
KECOH di media sosial baru baru ini mengenai penemuan sebuah kereta Proton Perdana di bangunan terbengkalai di Surrey United Kingdom Ia gara gara sekumpulan pengembara dari UK yang memuat naik salah satu kisah pengembaraan mereka dalam salu...
Tun M Pembangkang Tak Boleh Hidup Bawah Muhyiddin

Tun M Pembangkang Tak Boleh Hidup Bawah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 329 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang sekarang seolah olah tidak boleh hidup selepas menentang kerajaan Perikatan Nasional Nasional Beliau mendakwa ahli Parlimen pembangkang sukar mendapat ...
Awas Penyebab Stres Lama Lama Boleh Bawa Penyakit Ini Cara Korang Kenal Pasti Tips Hadapi

Awas Penyebab Stres Lama Lama Boleh Bawa Penyakit Ini Cara Korang Kenal Pasti Tips Hadapi

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 487 hits
Di zaman serba mencabar macam sekarang ni bermacam benda boleh mengundang stres Bermacam sebab menjadi punca stres ini boleh mengundang masalah kesihatan lain di kemudian hari Sebab tulah kena kenalpasti apa yang buat korang stres dan cuba ...
Kawalan Gestur Penuh Android 10 Kini Boleh Digunakan Pada Pelancar Pihak Ketiga Dalam Oneui 2 5

Kawalan Gestur Penuh Android 10 Kini Boleh Digunakan Pada Pelancar Pihak Ketiga Dalam Oneui 2 5

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 256 hits
Sejak Android 10 diperkenalkan Google mewajibkan pengeluar mengimplementasikan kawalan gestur penuh mereka terus terbina dalam sistem operasi masing masing Secara tidak langsung menjadikan kawalan gestur penuh yang sudah dibangunkan oleh pe...
Pkpp Boleh Melancong Domestik Mulai 10hb Jun 2020

Pkpp Boleh Melancong Domestik Mulai 10hb Jun 2020

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 418 hits
Apa lagi nak diucapkan selain syukur alhamdulillah apabila Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dah umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai 10hb Jun ...
Berbelanja Di Pg Mall Boleh Menang Nestle Top Spender Bestnya

Berbelanja Di Pg Mall Boleh Menang Nestle Top Spender Bestnya

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 447 hits
Berbelanja di PG Mall Boleh Menang Nestle Top Spender Bestnya NESTLE Siapa tak kenal memang tak tahulah Daku sendiri membesar bersama dengan MILO salah satu produk keluaran Nestle sejak dari zaman kanak kanak hingga ke alam dewasa ni Bahkan...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl