Ph Hanya Pandai Kritik Tapi Gagal Tunai Janji Gaji Minimum Tinggi Najib


HASNIZA HUSSAIN




Najib Tun Razak


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang disifatkannya hanya pandai mengkritik tetapi gagal melokalisasikan janji gaji minimum tinggi.

Menurutnya, PH cuma kuat mengkritik sewaktu mereka menjadi pembangkang dan apabila diseru untuk menyelesaikan apa yang mereka pernah kritik, mereka beri 1,001 alasan kenapa tidak boleh dibuat.

Katanya, tanpa Barisan Nasional (BN) sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, pekerja-pekerja di Malaysia tidak akan mempunyai Akta gaji Minimum atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan.

"Ada yang masih mahu kutuk kerajaan BN yang gaji minimum masa kita adalah rendah tapi saya cuma nak beritahu bahawa Akta gaji minimum ini juga diperkenalkan masa saya jadi PM (Perdana Menteri).

"Kita mula dengan meluluskan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) yang dikuatkuasakan mulai 15 September 2011, malah kita juga mewartakan Perintah Gaji Minimum 2012 (P.U(A) 214) pada 16 Julai 2012 agar gaji minimum mula dilaksanakan pada 1 Januari 2013 pada kadar RM900 sebulan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta agar kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan untuk penjawat awam kerana kos pada hari ini yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, Dr Mahathir memberi reaksi secara berseloroh tentang cadangan itu dengan mengatakan semua kedai tomyam akan tutup sekiranya gaji minimum RM1,800 diberikan kepada penjawat awam.

Menerusi hantaran sama Najib memberitahu, apabila gaji minimum diperkenalkannya maka gaji untuk pangkat-pangkat di atas turut dinaikkan dan diselaraskan.
Najib sindir kerajaan PH yang disifatkan hanya pandai mengkritik tapi gagal menunaikan janji gaji minimum tinggi.

Najib sindir kerajaan PH yang disifatkan hanya pandai mengkritik tapi gagal menunaikan janji gaji minimum tinggi.

"Yang paling kuat membantah ketika itu antaranya ialah seorang bernama 'Chedet' (Dr Mahathir) yang mengatakan Malaysia akan muflis dengan Akta Gaji Minimum ini.

"Seterusnya, kita naikkan gaji minimum ini ke RM1,000 sebulan dan manifesto PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) BN kita adalah untuk menaikkannya lagi ke RM1,500. Masa itu, rata-rata pemimpin PH kata gaji minimum RM1,500 pun terlalu rendah dan rakyat tidak dapat hidup dengan gaji yang rendah ini," katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan BN sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri juga meluluskan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 di mana pekerja yang hilang kerja akan diberi bantuan kewangan yang merupakan sebahagian dari gaji terakhir mereka setiap bulan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Jadi siapa yang benar-benar berniat untuk menjaga nasib pekerja melalui aksi dan bukan cuma bermodalkan air liur bercampur kencing?

"Kamu yang kritik dan kamu yang janji, sekarang tunaikan sahaja tanpa alasan boleh?," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Cuepacs gesa kerajaan naikkan gaji minimum RM1,800

Gaji minimum RM1,800: Habis semua kedai tom yam tutup, kata Tun M



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/ph-hanya-pandai-kritik-tapi-gagal-tunai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Minimum Najib Kata Dulu Ph Janji Bulan Bintang

Gaji Minimum Najib Kata Dulu Ph Janji Bulan Bintang

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 284 hits
Melalui hantaran di media sosial bekas perdana menteri Najib Razak menempelak kerajaan Pakatan Harapan yang ketika ini dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan telah gagal melaksanakan janji gaji minimum yang t...
Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 487 hits
Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu Lafaz sumpah beliau...
Dah Boleh Agak Nasib Najib Tapi Ini K Jaan Pintu Belakang

Dah Boleh Agak Nasib Najib Tapi Ini K Jaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 315 hits
Gambar hiasan Heboh desas desus di katakan ada 3 orang MP dari Amanah 3 orang dari parti roket dan 15 orang dari PKR sudah bersetuju untuk menyokong kerajaan pintu belakang SEORANG pengomen menulis 1 comment Anonymous said Malu apa bossku S...
1 Januari 2020 Kadar Gaji Minimum Rm1 200

1 Januari 2020 Kadar Gaji Minimum Rm1 200

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 408 hits
Kadar gaji minimum di bawah pentadbiran 57 Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran dinaikkan kepada RM1 200 sebulan Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan berkata tarikh kuat kuasa perintah gaji minimum baharu adalah mulai 1 Januari 202...
Gaji Minimum Rm1 200 Sebulan Di 57 Bandar Utama

Gaji Minimum Rm1 200 Sebulan Di 57 Bandar Utama

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 341 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1 200 sebulan di bandar bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandaraya dan majlis perbandaran manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1 100 sebulan bagi selain dari...
Sukan Sea Manila Tahniah Tapi Nampak Gagal

Sukan Sea Manila Tahniah Tapi Nampak Gagal

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 290 hits
SUKANBERAKHIRNYA Sukan SEA Manila 2019 yang telah berlangsung pada 30 November hingga 11 Disember baru baru ini mencatatkan pelbagai kisah suka dan duka dengan pencapaian yang masih boleh dianggap baik dengan 55 Emas 58 Perak dan 71 Gangsa ...
Kerajaan Pertimbang Cadangan Gaji Minimum Rm1 800 Oleh Cuepacs

Kerajaan Pertimbang Cadangan Gaji Minimum Rm1 800 Oleh Cuepacs

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 376 hits
Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam yang meminta agar gaji minimum penjawat awam ditetapkan RM1 800 sebulan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata tuntutan itu ...
Pengaruh Najib Makin Menurun Yang Tinggal Hanya Minoriti Kaki Brim Dan Melayu Malas

Pengaruh Najib Makin Menurun Yang Tinggal Hanya Minoriti Kaki Brim Dan Melayu Malas

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 392 hits
Rakyat yang lain melayu yang rajin sudah mula menggerakan langkah sendiri usaha mencari income untuk perkayakan keluarga kerana BRIM sekadar gula politik YG tidak AKAN MEMBAWA jauh ke Mana Dan bukan jalan rintis untiuk senang atau Kaya Raky...
Menkominfo Johnny Plate Minta Media Jangan Hanya Beritakan Yang Benar Tapi Tidak Baik

Menkominfo Johnny Plate Minta Media Jangan Hanya Beritakan Yang Benar Tapi Tidak Baik

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 227 hits
Menteri Komunikasi dan Informatika Johnny Gerrard Plate ingin media mentransformasikan informasi atau berita dengan baik Menurut Johnny media tidak cukup bila hanya menyajikan berita yang benar Tapi juga harus bermanfaat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri