Gaji Minimum Najib Kata Dulu Ph Janji Bulan Bintang


Melalui hantaran di media sosial bekas perdana menteri Najib Razak menempelak kerajaan Pakatan Harapan(PH) yang ketika ini dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan telah gagal melaksanakan janji gaji minimum yang tinggi.
Najib yang memetik laporan ketika era pentadbirannya berkata sebelum mengambil alih kuasa, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Menteri Belia dan Sukan pernah berkata adalah tidak munasabah untuk hidup dengan gaji bulanan RM1,500.
Loading… “Perdana Menteri PH kata semua kedai tomyam akan bungkus jika gaji minimum dinaikkan ke RM1,800 sebulan.
“Senang nak buat keputusan jika begini. Gaji minimum penjawat awam patut dinaikkan ke RM1,600 atau RM1,700 sebulan. Settle,” kata Najib yang juga MP Pekan.
Syed Saddiq pada ketika itu mencabar Najib untuk cuba hidup dengan RM1,500 sebulan bagi membuktikan kos sara hidup di Malaysia terendah di kalangan negara Asean.
“Cuba beliau hidup dengan gaji RM1,500 seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Cuba berbelanja dengan gaji sebanyak itu…boleh hidup tak, senang tak?” soal Syed Saddiq yang memilih jumlah itu kerana mendakwa ia adalah purata gaji kebanyakan rakyat Malaysia pada ketika itu.
Malaysia yang ketika itu dipimpin oleh Najib Razak memperkenalkan dasar gaji minimum pada 2012 selepas Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 diluluskan parlimen. Perintah gaji minimum 2016 menetapkan kadar minimum mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Bagaimanapun selepas PH mengambil alih pentadbiran, kerajaan telah meminda gaji minimum kepada RM1,100 sebulan.
Namun janji ke-34 dalam Buku Harapan, PH jelas telah menyatakan komitmen untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 dalam penggal pertama pentadbirannya, dan akan menyemak kadar itu setiap dua tahun.
Bagaimanapun Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika mengumumkan Belanjawan 2020 berkata gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,200 bermula Januari 2020 tetapi hanya terhad kepada pekerja di bandar-bandar utama Malaysia sahaja.
Bekas perdana menteri itu juga turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia Mahfuz Omar bahawa kerajaan perlu melihat kesan jangka panjang sebelum mempertimbangkan gaji minimum RM1,800 kerana ia akan memberi kesan terhadap pelbagai aspek terutama membabitkan ekonomi negara.
Melalui hantaran di Facebooknya malam tadi Najib membidas kenyataan Mahfuz dalam laporan BH Online sebelum ini dengan berkata: “Dahulu mereka janjikan bulan dan bintang.”
“Pekerjaan dengan gaji tinggi. Mereka kata ramai terima gaji kurang RM2,000 sebulan maka PH akan betulkan segera.
“Lain pula cerita sekarang. Gaji RM1,800 beri kesan kepada negara. Kita minta pula Mahfuz ni ambil gaji RM1,800, ok tak?” Soal bekas menteri kewangan itu.
Presiden baru Cuepacs Adnan Mat pada Khamis lalu menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,800 sesuai dengan peningkatan kos sara hidup.
“Hari ini, gaji minimum kami adalah RM1,900 jika dicampur elaun cola (bantuan sara hidup), elaun tetap perumahan dan elaun lain. Maknanya kita masih kurang lebih RM700 kalau nak sampai RM2,600.
“Maka kami ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya gaji minimum ini dinilai semula dan ditetap kepada RM1,800 dan apabila dicampur dengan elaun, maka ia sampai kepada sasaran yang telah kami buat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/12/gaji-minimum-najib-kata-dulu-ph-janji-bulan-bintang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Hanya Pandai Kritik Tapi Gagal Tunai Janji Gaji Minimum Tinggi Najib

Ph Hanya Pandai Kritik Tapi Gagal Tunai Janji Gaji Minimum Tinggi Najib

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 292 hits
HASNIZA HUSSAINNajib Tun RazakSHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan yang disifatkannya hanya pandai mengkritik tetapi gagal melokalisasikan janji gaji minimum tinggi Menurutnya PH cuma...
Saya Tidak Tahu Jho Low Berkomunikasi Dengan Ambank Mengenai Akaun Saya Kata Najib

Saya Tidak Tahu Jho Low Berkomunikasi Dengan Ambank Mengenai Akaun Saya Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 266 hits
9 Disember 2019 Bekas perdana menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari ini beliau terkejut apabila mendapati AmBank berkomunikasi dengan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho mengen...
Ini Semata Mata Rekaan Kata Najib

Ini Semata Mata Rekaan Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 371 hits
MALAYSIAKINI Najib Razak menafikan bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas polis Azilah Hadri bahawa beliau mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu Bercakap kepada Malaysiakini bekas perdana menteri juga mempersoalkan mengapa maklumat ...
Saya Terima As 1 05 Bilion Bagi Projek Csr Biayai Pru13 Kata Najib

Saya Terima As 1 05 Bilion Bagi Projek Csr Biayai Pru13 Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 213 hits
4 Disember 2019 Najib Razak memberitahu perbicaraan SRC International di Mahkamahh Tinggi di sini hari ini beliau menerima AS 1 05 bilion dari 2011 hingga 2013 untuk tujuan tanggungjawab sosial korporat dan membiayai Pilihan Raya Umum pada ...
Dakwaan Azilah Adalah Cerita Orang Terdesak Kata Najib

Dakwaan Azilah Adalah Cerita Orang Terdesak Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 386 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan terbaharu bekas pegawai polis Azilah Hadri yang disabitkan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 Memetik laporan Free Malaysia Today Najib menj...
Puak Umno Kata Kalau Najib Bersalah Kenapa Dah Lebih Setahun Dia Masih Berlegar Bebas Kesana Kesini

Puak Umno Kata Kalau Najib Bersalah Kenapa Dah Lebih Setahun Dia Masih Berlegar Bebas Kesana Kesini

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 267 hits
Oleh Sentum selalu Puak Umno kata kalau Najib bersalah KENAPA dah lebih setahun DIA MASIH berlegar BEBAS KESANA kesini Ni CARA kita NAK JAWAB 1 Kalau kita negara komunis KITA BOLEH tangkap NAJI hari ni DAN subuh ESOK JATUH HUKUM tembak Syuk...
Jadual Gaji Minimum Maksimum Guru Ssm Dg29 Dg54

Jadual Gaji Minimum Maksimum Guru Ssm Dg29 Dg54

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 2261 hits
Berdasarkan pekeliling yang menerusi Rasionalisasi Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Julai 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berikut adalah Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini bagi Gred DG29 sehingga DG54 Kategori Pendidik...
Kalau Bantah Awal Tak Jadi Sumpah Laknat Kata Najib

Kalau Bantah Awal Tak Jadi Sumpah Laknat Kata Najib

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 259 hits
December 23 2019 11 13 PMBekas perdana menteri Najib Razak berkata jika pihak berkuasa agama membantah keinginannya untuk membuat sumpah laknat beliau pasti menarik balik hasrat itu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoal...
Kit Siang Boleh Tunggu Luar Masjid Semasa Sumpah Laknat Kata Najib

Kit Siang Boleh Tunggu Luar Masjid Semasa Sumpah Laknat Kata Najib

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mengajak Lim Kit Siang ke masjid untuk sumpah laknat berhubung kes 1MDB selepas perbicaraannya selesai mengatakan beliau mahu berbual dengan veteran DAP itu Bekas presiden Umno itu meminta Lim...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Reaching Out

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor

Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul