Kerajaan Pertimbang Cadangan Gaji Minimum Rm1 800 Oleh Cuepacs


Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta agar gaji minimum penjawat awam ditetapkan RM1,800 sebulan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata tuntutan itu merupakan salah satu hak Cuepacs dalam menjamin sesuatu yang lebih baik kepada penjawat awam, bagaimanapun kerajaan juga turut mempunyai hak yang sama sebelum membuat keputusan.
“Kerajaan juga ada hak untuk pertimbangkan sesuatu yang munasabah dengan keperluan lonjakan ekonomi dalam negara kita. Kerajaan mempunyai pandangan ‘cermin besar’ yang perlu dilihat untuk masa hadapan masyarakat bukan hanya kepada golongan pekerja yang bermajikan dan semua itu harus diambil kira.
“Tuntutan Cuepacs itu menunjukkan sensitiviti mereka dalam membantu pekerja sama ada sektor awam atau swasta tetapi kerajaan sudah tentu ada pertimbangan dari sudut berkemampuan dan keupayaan kerajaan dan mengambil kira keupayaan majikan di peringkat swasta,” katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Komuniti di Pokok Sena di sini, hari ini.
Katanya, sekiranya pihak majikan tidak berupaya untuk membayar gaji dan kerajaan memaksa serta meletakkan syarat, pihak majikan mungkin menutup operasi dan itu akan menyebabkan lebih ramai orang akan hilang pekerjaan.
Sementara itu, Mahfuz berkata kerajaan juga memutuskan kadar gaji minimum akan dinaikkan daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan bermula awal tahun hadapan di kawasan bandar yang terpilih yang dilihat kos sara hidup pekerja lebih tinggi.
“Isu gaji minimum ini memang ramai tidak puas hati. Bermula RM980 naik kepada RM1,100 namun masih ada yang tidak berpuas hati tetapi dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) kita telah berjanji untuk naikkan sehingga RM1,500 namun proses itu secara berperingkat dalam tempoh masa lima tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat Presiden Cuepacs Adnan Mat, Khamis lalu yang meminta agar kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan untuk penjawat awam kerana kos hidup pada hari ini yang terus meningkat.
Adnan berkata keperluan gaji minimum baharu itu dibuat berdasarkan kepada beberapa aspek, antaranya keperluan rumah, nilai harga rumah mampu milik dan kadar potongan bulanan selain dapat mengurangkan masalah tekanan kos sara hidup di samping membentuk generasi yang lebih baik pada masa depan.
— BERNAMA
The post Kerajaan Pertimbang Cadangan Gaji Minimum RM1,800 Oleh CUEPACS appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/21/kerajaan-pertimbang-cadangan-gaji-minimum-rm1800-oleh-cuepacs/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Minimum Rm1 800 Kerajaan Akan Pertimbangkan

Gaji Minimum Rm1 800 Kerajaan Akan Pertimbangkan

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 496 hits
ALOR SETAR Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam yang meminta agar gaji minimum penjawat awam ditetapkan RM1 800 sebulan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata tu...
Govt Considering Cuepacs Minimum Pay Proposal Of Rm1 800 Says Deputy Minister

Govt Considering Cuepacs Minimum Pay Proposal Of Rm1 800 Says Deputy Minister

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 475 hits
The government will consider the proposal of the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services Malaysia which sought to fix the minimum salary of civil servants at RM1 800 a month Deputy Human Resources Minister Datuk Mah...
Habis Kedai Tomyam Semua Tutup Dr M Berseloroh Gaji Penjawat Awam Rm1 800 Mahathir

Habis Kedai Tomyam Semua Tutup Dr M Berseloroh Gaji Penjawat Awam Rm1 800 Mahathir

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 768 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad secara berseloroh berkata semua kedai tomyam akan tutup susulan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam mencadangkan gaji minimum RM1 800 kepada penjawat awam Tidak apa kita bayar Habis k...
Teresa Harap Majikan Sokong Langkah Kerajaan Ph Naikkan Gaji Minimum

Teresa Harap Majikan Sokong Langkah Kerajaan Ph Naikkan Gaji Minimum

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 377 hits
Pada 25 Disember 2019oleh PentadbirPersekutuan Majikan Majikan Malaysia digesa supaya menyokong langkah kerajaan Pakatan Harapan menaikkan gaji minimum kepada RM1 200 bagi pekerja di 57 kawasan bandar bermula tahun depan Menteri Industri Ut...
1 Januari 2020 Kadar Gaji Minimum Rm1 200

1 Januari 2020 Kadar Gaji Minimum Rm1 200

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 594 hits
Kadar gaji minimum di bawah pentadbiran 57 Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran dinaikkan kepada RM1 200 sebulan Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan berkata tarikh kuat kuasa perintah gaji minimum baharu adalah mulai 1 Januari 202...
Gaji Minimum Rm1 200 Sebulan Di 57 Bandar Utama

Gaji Minimum Rm1 200 Sebulan Di 57 Bandar Utama

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 457 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1 200 sebulan di bandar bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandaraya dan majlis perbandaran manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1 100 sebulan bagi selain dari...
Gaji Minimum Najib Kata Dulu Ph Janji Bulan Bintang

Gaji Minimum Najib Kata Dulu Ph Janji Bulan Bintang

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 415 hits
Melalui hantaran di media sosial bekas perdana menteri Najib Razak menempelak kerajaan Pakatan Harapan yang ketika ini dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan telah gagal melaksanakan janji gaji minimum yang t...
Bolehkah Penjawat Awam Yang Berkerja Dan Makan Gaji Dengan Kerajaan Mengundi Pembangkang Ini Jawapannya

Bolehkah Penjawat Awam Yang Berkerja Dan Makan Gaji Dengan Kerajaan Mengundi Pembangkang Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 846 hits
Untuk mengundi sesiapa pun itu adalah hak anda yang dijaga oleh perlembagaan Anda berkerja dengan kerajaan dan makan gaji dengan kerajaan tidak bermakna anda wajib menyokong mereka Kerajaan yang baik dan bertanggungjawab tidak akan sesekali...
Cuepacs Tiada Penjawat Awam Sabotaj Kerajaan Ph Hanya Masalah Komunikasi

Cuepacs Tiada Penjawat Awam Sabotaj Kerajaan Ph Hanya Masalah Komunikasi

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 519 hits
Setiausaha agung Cuepacs Adnan Mat KUALA LUMPUR Insiden daulah terpendam atau rasa tidak puas dalam kalangan penjawat awam hati yang menyebabkan mereka mensabotaj pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan tidak berlaku Setiausaha agung Kongres K...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Checklist Beli Rumah 2026

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri